Terier rubah mainan
Terier rubah mainan atau fox terrier mainan[a] ialah satu baka anjing terier yang langsung diturunkan daripada terier rubah licin yang lebih besar tetapi, sejak tahun 1936, ia telah didaftarkan di Amerika Syarikat dengan UKC sebagai baka terpisah.
Nama lain | Terier mainan Amerika Amertoy |
---|---|
Negara asal | Amerika Syarikat |
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Perihal
suntingPenampilan
suntingTerier rubah mainan ialah anjing kecil dengan penampilan berotot dan atletik. Trait ketara termasuk lapis licau pendek dan kebanyakannya putih, sekali dengan kepala yang kebanyakannya pepejal, dan ekor pendek dan terletak tinggi-tinggi. Baka ini telah dianggap elegan dan anggun dengan telinga berbentuk V dan mata besar. Ekornya dapat berukuran pendek dan bersifat lurus atau berukuran panjang dan bersifat bersinar dan para pembiak baka kerap memendekkan ekor beberapa hari selepas kelahiran dengan memotongnya kira-kira tiga perlima dari hujung (pada sendi ketiga atau keempat). Lapis bulunya pendek, halus, dan licau dengan warna hitam dengan sawo matang, dengan kawasan sawo matang pada muka; terdapat dua varian lain, salah satu dengan 'coklat' yang menggantikan warna hitam di kawasan (UKC tidak mengizinkan varian ini untuk ditunjukkan), lagi satu yang berwarna putih menyeluruh dengan sawo matang tanpa hitam langsung, dan satu lagi berwarna putih dengan tanda-tanda hitam tanpa kesan sawo matang. Varian-varian ini kerap dikenali sebagai 'triwarna', 'coklat', dan 'putih dan sawo matang', dan 'hitam dan putih" masing-masing. Ketinggian berkisar dalam lingkungan 8.5–11.5 inci (21.6–29.2 cm) dan berat pula dalam lingkungan 3.5–9 paun (1.6–4.1 kg).
Perangai
suntingTerier rubah mainan pernah digunakan dengan lazim dalam pertunjukan sarkas oleh badut dan ia dikatakan sesuai sebagai pendamping hebat untuk pemilik yang mempunyai rasa lucu baik.[1] Sebagai baka terier, ia kerap aktif, walaupun mungkin tidak seaktif terier Jack Russell, dan dikatakan sangat sesuai untuk pemilik lebih tua. Ia agak boleh dilatih dan kerap disebut sebagai teman baik untuk orang kurang upaya. Ia juga sangat penyayang dan setia kepada pemiliknya. Sebagai tambahan, anjing baka ini cenderung untuk tidak menyalak dengan banyak sangat jika terlatih dengan baik.[2]
Kesihatan
suntingSebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.9 tahun daripada sampel 52 kematian untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[3] Terier rubah mainan, seperti banyak baka mainan lain, terdedah kepada kehelan tempurung lutut (stifel tergelincir), sindrom Legg–Calvé–Perthes, dan penyakit von Willebrand.[4]
Sejarah
suntingSesetengah pembiak baka terier rubah mainan dapat menjejaki zuriat anjing mereka kembali kepada seekor terier rubah licin yang dipanggil "Foiler", terier rubah pertama yang didaftarkan oleh The Kennel Club di Britain, pada sekitar tahun 1875–1876.[5] Pembiakbakaan cermat daripada terier rubah licin yang lebih kecil tanpa silangan dengan baka mainan lain seperti terier Manchester dan anjing Chihuahua dipercayai menghasilkan terier rubah mainan zaman kini.
Terier rubah mainan diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) pada tahun 1936 dan ditempatkan dalam Kumpulan Terier dan oleh American Kennel Club (AKC) pada tahun 2003 (Kumpulan Mainan).[6]
Lihat juga
sunting- Senarai baka anjing
- Terier rubah, untuk perincian tambahan tentang sejarah, genetik, warna bulu, dll.
- Baka anjing jarang
Catatan
sunting- ^ Jawi: تيريئر روبه ماءينن; فوکس تيريئر ماءينن ; bahasa Inggeris: toy fox terrier
Rujukan
sunting- ^ "Breed Spotlight: A Devoted Clown, the Toy Fox Terrier" [Tumpuan Baka: Badut Berdedikasi, Terier Rubah Mainan]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ "American Toy Fox Terrier Club, Toy Fox Terrier, ATFTC". American Toy Fox Terrier Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ "PetMD Mobile - Breeds" [PetMD Mobile - Baka]. M.petmd.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ "Another Look at the History of the Toy Fox Terrier" [Sudut Pandangan Lain bagi Sejarah Terier Rubah Mainan]. Thedogplace.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mac 2024.
- ^ "Toy Fox Terrier Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Terier Rubah Mainan]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2015. Dicapai pada 25 Mac 2024.
Bibliografi
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Terier mainan Amerika |
- Baker-Kreuger, Sherry (1993). Toy Fox Terriers [Terier Rubah Mainan] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 9780866228688. OCLC 31050009.
- Bielsky-Braham, Tanya, Send in the Clowns (dalam bahasa Inggeris). AKC Gazette, Disember 2002
- Davidson, John F. (30 Ogos 2006). The Toy Fox Terrier, Wired for Action [Terier Rubah Mainan, Bersedia untuk Beraksi] (dalam bahasa Inggeris). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577790778. OCLC 62282311.
- Hopkins, Eliza L.; Flamholtz, Cathy J. (1988). The Toy Fox Terrier [Terier Rubah Mainan] (dalam bahasa Inggeris). Fort Payne, Alabama, Amerika Syarikat: OTR Publications. ISBN 9780940269019. OCLC 20526440.