Tetuan Ang & Rahimin

Tetuan Ang & Rahimin ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan bersama Wan Alauddin dan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Dibintangi oleh Ben Amir, Daiyan Trisha dan Rashidi Ishak, drama ini memulakan tayangan di Astro Ria bermula 14 Februari 2022 menggantikan 4 Abdul 1 Mohd.[1][2]

Tetuan Ang & Rahimin
Genre
Ditulis oleh
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Nurulsyahida
  • Mohd Fadzil Than
  • Rashidi Ishak
  • Johan Bahar
  • Keen
Pengarah
  • Wan Alauddin
  • Wan Hasliza
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran43 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal14 Februari 2022 – 17 Mac 2022

Sinopsis sunting

Sebuah firma guaman hampir mengalami kerugian apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya.

Tetuan Ang & Rahimin sebuah firma guaman yang dimiliki Azlan Ang (Rashidi Ishak) dan Rahimin (Ben Amir). Budi (Daiyan Trisha) merupakan penguam junior yang baru memulakan tugas sudah tertekan dengan situasi di firma tersebut.

Hal ini kerana, Karina (Nurkamelia Mustaffa Kamal Bashah) yang merupakan peguam cemerlang di situ telah berpindah ke firma guaman lain dengan membawa bersama semua klien yang pernah mendapatkan khidmat guamannya.

Rahimin pula mengambil kes yang mudah dengan cara meminta anak guamnya terus mengaku bersalah kerana tidak mahu mengalami proses mahkamah yang panjang. Manakala Ang pula menolak sebarang kes yang memerlukan dia masuk ke mahkamah kerana trauma dengan satu kes lampau.

Ketiadaan Karina memberi kesan kepada firma mereka sehingga suatu hari, Rahimin mendapat tawaran daripada Shaukie (Wan Ellyas) untuk bekerja secara eksklusif dengannya dan bayaran yang akan diterima sangat lumayan.

Rahimin mahu menerima tawaran tersebut kerana dapat membantu kewangan firma mereka yang mempunyai masalah walaupun Ang tidak bersetuju kerana latar belakang Shaukie sebagai ketua samseng yang akan mendatangkan masalah di kemudian hari. Ternyata jangkaan Azlan Ang berasas apabila satu demi satu insiden melibatkan kegiatan Shaukie mula mengganggu kehidupan mereka.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Anita Baharom sebagai Salmah
  • Ellyas Abdullah sebagai Shaukie
  • Shahril Sarjen sebagai Maiman
  • Nurkamelia Mustaffa Kamal Bashah sebagai Karina
  • Hydar Hasanudin sebagai Asyraff
  • Muhammad Taufiq Azhar sebagai Taufiq
  • Ieka Zulkifli sebagaai Datin Julie
  • Anna Melissa sebagai Nabilove
  • Siti Hajar Ahmad Oshin sebagai Yuyuan
  • Shukri Tahir sebagai Peguam Syakirin
  • Adi Bear sebagai Samsudin
  • Syahiera Abu Hasan sebagai Lydia
  • Razali Hussain sebagai TPR Ehsan
  • Syed Nahar sebagai Dato Jalil
  • Ustaz Nazeri Md Ismail sebagai Pak Sakor
  • Henzi Andaalas sebagai Haris Pi
  • Lash Mokhtar sebagai Harun
  • Iman Corinne Adrienne sebagai Cik Kalsom
  • Haeriyanto Hassan sebagai Razali

Penerbitan sunting

Wan Hasliza berkata mengenai drama ini:

"Drama kami pada kali ini memang lain daripada genre yang biasa kami lakukan. Setiap pihak memberikan usaha yang banyak untuk memastikan penggambaran drama ini dilakukan dengan lancar.

Memandangkan penggambaran drama ini dilakukan ketika musim COVID-19, kebanyakan lokasi yang dalam perancangan tidak dapat digunakan terutamanya mahkamah.

Lantas, kami mengambil inisiatif untuk membina set mahkamah kami sendiri di sebuah studio dan menggunakan sebuah sekolah di Sendayan, Seremban sebagai set luaran mahkamah tersebut".[3]

Untuk drama ini, Rashidi Ishak kembali melakonkan watak Azlan yang pernah dilakonkannya dalam i-Tanggang: Mother of All Lies.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Tetuang Ang dan Rahimin. MyInfoTaip. Dicapai 13 Februari 2022
  2. ^ Amri Hassan (11 Januari 2022). "5 Tetuan Yang Mengendalikan Kes Berprofil di Malaysia, Kes #2 & Kes #4 Tu Masih On Going, Tapi #6 Tu Siapa?". Astro Gempak. Dicapai pada 15 Mac 2022.
  3. ^ Budiey (15 Februari 2022). "Sinopsis Drama TETUAN ANG & RAHIMIN Lakonan Daiyan Trisya & Ben Amir". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Mac 2022.
  4. ^ Nor Eryani Yusup (15 Februari 2022). "Rashidi Ishak hidup dalam paranoid". Kosmo!. Dicapai pada 15 Mac 2022.
  5. ^ Tahir Alhamzah (24 Februari 2022). "#Showbiz: Playing legal eagles". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mac 2022.

Pautan luar sunting