Titi DJ

Penyanyi dan pelakon wanita Indonesia

Titi Dwi Jayati (lahir di Jakarta, 27 Mei 1966; umur 58 tahun), lebih dikenali sebagai Titi DJ, ialah seorang penyanyi, pelakon, dan penulis lagu berkarayatan Indonesia berketurunan Melayu dan Batak, China

Titi DJ
Titi DJ
Latar belakang
Nama lahir Titi Dwi Jayati
Lahir (1966-05-27) 27 Mei 1966 (umur 58)
Indonesia Jakarta, Indonesia
Etnik
Jenis Muzik
Pekerjaan
Tahun aktif 1983-kini
Syarikat rakaman E-Motion Entertainment
Anak 4 termasuk, Stephanie Poetri
Orang tua John Sutanto
Yeni Veronica Simanjuntak
Anggota
3 Diva
Truth
Mantan Anggota
Elfa's Singers
Adarapta

Latar belakang

sunting

[1] Ia merupakan salah satu diva pop dan tergabung dalam kumpulan 3 Diva yang beranggotakan Krisdayanti dan Ruth Sahanaya.[2] Sebelumnya ia juga pernah tergabung dalam kumpulan muzik Adarapta dan Elfa's Singers. Titi juga telah menjadi juri dalam pelbagai acara pencaharian bakat menyanyi, yakni Indonesian Idol, Indonesian Idol Junior, Golden Memories, dan The Voice Indonesia.[3]

Mengawali kerjaya sebagai penyanyi latar, Titi berkesempatan menerbitkan album pertamanya bertajuk Bukan Hanya Satu Kali (1983) yang tidak berjaya di pasaran. Ia mula dikenali awam saat mewakili Indonesia dalam ajang Miss World pada tahun yang sama di London, United Kingdom, seangkatan dengan pelakon Michelle Yeoh (Miss Malaysia) dan Maggie Cheung (Miss Hongkong).[4][5] Ia selanjutnya meletakkan beberapa album selama era 1980-an di antaranya Imajinasi (1985), Yang Pertama Yang Bahagia (1986), dan Ekspresi (1988).

Puncak kerjaya bermuzik Titi ialah saat diterbitkannya album Bahasa Kalbu (1999) yang meledak di pasaran dengan single "Bahasa Kalbu", "Tak Akan Cinta Yang Lain", dan "Jangan Berhenti Mencintaiku". Album ini menjadikannya pemenang terbanyak dalam Anugerah Musik Indonesia 1999 dengan total lima piala, termasuk tiga kategori utama: Album Terbaik-Terbaik, Penyanyi Rakaman Terbaik-Terbaik, dan Penulis Lagu Terbaik-Terbaik.

Kehidupan sosial

sunting

Titi ditunjuk oleh Perhimpunan Donor Darah Indonesia sebagai Duta Donor Darah Indonesia.[6]

Filemografi

sunting
  • Tirai Malam Pengantin (1983)
  • Hati Seorang Wanita (1984)
  • Susana-Susana Buktikan Cintamu (1984)
  • Gejolak Kawula Muda (1985)
  • Rini Tomboy (1991)
  • Lenong Rumpi (1991)
  • Lenong Rumpi II (1992)
  • Madame X (2010)
  • Arisan! 2 (2011)
  • Get Married 3 (2011)
  • Perahu Kertas (2012)
  • Perahu Kertas 2 (2012)

Diskografi

sunting

Album solo

sunting
  • Bukan Hanya Satu Kali (1983)
  • Imajinasi (1985)
  • Yang Pertama Yang Bahagia (1986)
  • Ekspresi (1988)
  • Titi DJ 1989 (1989)
  • Dunia Boleh Tertawa bersama Indra Lesmana (1990)
  • Take Me To Heaven (1992)
  • Bintang Bintang (1995)
  • Ku Ingin (1996)
  • Bahasa Kalbu (1999)
  • Menyanyikan Kembali (2001)
  • Senyuman (2003)
  • Immaculate Collection (2004)
  • Melayani Hatimu (2006)
  • The Best Of (2007)
  • Titi to Diana (2010)
  • Titi ini Love with Yovie (2015)[7]

Bersama Adarapta

sunting
  • Dalam Lagu Dara Puspita (1985)

Bersama 3 Diva

sunting
  • Semua Jadi Satu (2006)
  • 3 Diva (2008)
  • Selamat Tinggal (KFC Adu Bintang 2 "Diva VS Divo") (2014)

Bersama Truth

sunting
  • About Us (2012)
  • Cinta Mati (duet bersama Marcell) (2014)
  • Ulurkan Tanganmu (duet bersama Marcell & Mike Mohede) (2014)

Rujukan

sunting
  1. ^ Titi DJ Luncurkan Album Lagu Terbaiknya
  2. ^ Menyandingkan Diva Era 90-an, Titi DJ dan Reza Artamevia
  3. ^ Sering Jadi Juri, Titi DJ Ungkap Perbezaan Indonesian Idol dan TVI
  4. ^ Titi DJ Bersaing dengan Michelle Yeoh & Maggie Cheung
  5. ^ Lebih Dekat Tentang Kehadiran Indonesia di Ajang Miss World
  6. ^ "Titi DJ Jadi Duta Donor Darah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-08. Dicapai pada 2007-03-08.
  7. ^ Guess what?: TIti DJ to release new album

Pautan luar

sunting