Tunjuk perasaan Sri Lanka 2022

Tunjuk Perasaan Sri Lanka 2022 merupakan siri bantahan oleh parti politik pembangkang dan pelbagai tunjuk perasaan bukan kepartisan terhadap kerajaan Presiden Gotabaya Rajapaksa yang dituduh salah urus ekonomi dan menghasilkan krisis ekonomi dengan inflasi yang teruk, gangguan bekalan elektrik, kekurangan bahan api dan barang keperluan. Penunjuk perasaan menuntut kerajaan Rajapaksa segera meletakkan jawatan. [6] [7] Kebanyakan penunjuk perasaan tidak sehaluan dengan mana-mana parti politik, dan terdapat juga yang menyatakan rasa ketidakpuasan hati dengan pembangkang politik. [8]

Tunjuk perasaan Sri Lanka 2022
Tarikh16 March 2022-ongoing
Lokasi
Sri Lanka,
Demonstrasi oleh komuniti Sri Lanka di Australia dan New Zealand
Punca
  • Salah urus ekonomi oleh kerajaan yang mengakibatkan krisis ekonomi Sri Lanka (2019–sekarang)
  • Gangguan bekalan elektrik
  • Kekurangan bahan api dan barang keperluan harian
  • Inflasi tinggi dan kenaikan kos sara hidup
  • Rasuah dan nepotisme keluarga Rajapaksa[1]
Matlamat
  • Resignation of president Gotabaya Rajapaksa and the Rajapaksa administration
KaedahTunjuk perasaan, aktivisme Internet, rusuhan
StatusBerterusan
  • Pengisytiharan darurat
  • Mengenakan perintah berkurung di seluruh negara
  • Sekatan akses ke atas media sosial
  • Peletakan jawatan beramai-ramai kabinet Gotabaya Rajapaksa Kedua
Pihak terlibat

Protesters and opposition organizations:

Tokoh dan pemimpin utama
Largely unorganized and decentralized leadership.
Korban
50 penunjuk perasaan cedera[2]
600 arrested[3]
1 died[4]
24 anggota polis cedera[5]

Penunjuk perasan menyasarkan ahli keluarga Rajapaksa dan ahli politik kerajaan. Kerajaan pula menggunakan kaedah autoritarian seperti mengenakan darurat yang membolehkan tentera menangkap orang awam, mengenakan perintah berkurung, menyekat media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram, Viber dan YouTube, menyerang penunjuk perasaan dan wartawan serta menangkap aktivis yang aktif secara dalam talian. [9] [10] [11] Langkah-langkah ini menyebabkan populariti kerajaan menurun dan diaspora Sri Lanka memulakan demonstrasi menentang penindasan hak asasi manusia. [12] [13] Sekatan media sosial juga menjadi memakan diri kerana penggunaan VPN yang berat oleh rakyat Sri Lanka menyebabkan #GoHomeRajapaksas, #GoHomeGota menjadi trend di negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Jerman dan sekatan itu ditarik balik pada hari yang sama. suruhanjaya Hak Asasi Manusia Sri Lanka kemudianya mengecam tindakan tersebut dan memanggil pegawai bertanggungjawab yang menyekat dan melakukan kekejaman terhadap penunjuk perasaan. [14] [15]

Pada 3 April 2022, kesemua 26 anggota kabinet Gotabaya Rajapaksa Kedua kecuali Perdana Menteri Rajapaksa meletakkan jawatan secara beramai-ramai. [16] [17]

Reaksi sunting

Reaksi kerajaan sunting

Susulan penunjuk perasaan di seluruh negara, kerajaan Rajapaksa mengisytiharkan darurat 36 jam dari 2 April 2022 sehingga pagi 4 April 2022. Pengenaan darurat dikatakan adalah demi kepentingan "keselamatan awam, perlindungan ketenteraman awam dan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting untuk kehidupan masyarakat". [18] Berpuluh-puluh anggota polis Sri Lanta telah dikerah ke dataran utama di Colombo untuk menghalang penunjuk perasaan daripada berkumpul. Kementerian Pertahanan Sri Lanka juga telah bertindak menyekat akses kepada beberapa media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Twitter kerana kritikan orang ramai telah meningkat terhadap keluarga Rajapaksa yang memerintah. [19] [20] Bagaimanapun, Menteri Sukan dan Belia Namal Rajapaksa berkata bahawa mengenakan sekatan internet adalah "tidak berguna sama sekali" kerana ketersediaan VPN telah meluas. [21] Akses telah dipulihkan 15 jam kemudian.

Reaksi pembangkang sunting

Beberapa ahli politik pembangkang mengkritik dan mengecam tindakan kerajaan ke atas penunjuk perasaan. Ahli Parlimen Pembangkang Perikatan Kebangsaan Tamil MA Sumanthiran mengecam tindakan kerajaan dalam mengendalikan penunjuk perasaan dan memanggil Presiden Gotabaya Rajapaksa untuk segera membatalkan pemberitahuan warta ini. Selain itu, Sumanthiran juga menggesa rakan-rakan ahli parlimen untuk menolak rang undang-undang darurat. [18] Ahli Parlimen SJB Harsha de Silva pula berkata kerajaan telah kehilangan legitimasinya atas kesalahan pengendalian krisis hutang negara. [22] Ketua pembangkang Sajith Premadasa menggelar darurat sebagai tidak berperlembagaan dan mengutuk kerajaan kerana melanggar undang-undang.

Rujukan sunting

[19]

  1. ^ "Sri Lanka's all-powerful Rajapaksas under fire". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2022. Dicapai pada 1 April 2022.
  2. ^ Dhillon, Amrit (1 April 2022). "Sri Lanka: 50 injured as protesters try to storm president's house amid economic crisis". The Guardian. Dicapai pada 3 April 2022.
  3. ^ "Sri Lanka arrests over 600 protestors violating curfew in Western Province". The New Indian Express. 3 April 2022. Dicapai pada 3 April 2022.
  4. ^ "Man gets electrocuted while protesting against power cuts in Sri Lanka: Police". Deccan Herald. Colombo. 3 April 2022. Dicapai pada 3 April 2022.
  5. ^ "Sri Lanka president declares public emergency after protests against economic crisis". The Guardian. 2 April 2022. Dicapai pada 3 April 2022.
  6. ^ Dhillon, Amrit (2022-04-01). "Sri Lanka: 50 injured as protesters try to storm president's house amid economic crisis". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-03.
  7. ^ "Main opposition SJB to hold mass protest rally in Colombo". NewsWire. 13 March 2022. Dicapai pada 1 April 2022.
  8. ^ Nadeera, Dilshan. "The betrayal of the young" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-03.
  9. ^ "Sri Lanka Declared State Of Emergency As Crisis Sparks Protests". Viral Bake. 2 April 2022. Dicapai pada 2 April 2022.
  10. ^ "Sri Lanka imposes curfew amid food, fuel and power shortage protests". BBC News. 2 April 2022. Dicapai pada 2 April 2022.
  11. ^ "Sri Lanka imposes curfew after protests over food, fuel shortages". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2022.
  12. ^ "ඇදිරිය හා සමාජ මාධ්‍ය තහනම නිසා රජයට ඇති අප්‍රසාදය ඉහළට?". www.ada.lk (dalam bahasa Sinhala). Dicapai pada 2022-04-03.
  13. ^ "Sri Lankans in NZ, Australia take to the street against govt. - Breaking News | Daily Mirror". www.dailymirror.lk (dalam bahasa English). Dicapai pada 3 April 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Social media ban backfires : Anti Govt slogans trends in other countries". NewsWire. 3 April 2022. Dicapai pada 3 April 2022.
  15. ^ "Sri Lanka lifts social media ban, HRCSL summons officials". NewsWire. 3 April 2022. Dicapai pada 3 April 2022.
  16. ^ "Sri Lanka's cabinet ministers resign as crisis protesters defy curfew". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-03. Dicapai pada 2022-04-03.
  17. ^ "Cabinet resigns". www.dailymirror.lk (dalam bahasa English). Dicapai pada 4 April 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ a b Srinivasan, Meera (3 April 2022). "Sri Lanka imposes curfew until April 4 morning". The Hindu. Colombo. Dicapai pada 3 April 2022.Srinivasan, Meera (3 April 2022). Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Srinivasan" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  19. ^ a b "Sri Lankan government imposes curfew, blocks social media platforms". CBC News. 3 April 2022. Dicapai pada 3 April 2022."Sri Lankan government imposes curfew, blocks social media platforms". Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "CBC" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  20. ^ Srinivasan, Meera (3 April 2022). "Sri Lanka crisis: Govt. blocks social media ahead of protests". The Hindu. Colombo. Dicapai pada 3 April 2022.
  21. ^ ""Completely Useless": Lanka PM's Minister Son On Social Media Blackout". NDTV. 3 April 2022. Dicapai pada 3 April 2022.
  22. ^ Bala, Sumathi (14 March 2022). "Sri Lanka's opposition says government lost its legitimacy, claims it mishandled the debt crisis". CNBC. Dicapai pada 3 April 2022.