Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail

Raja Muda Johor

Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail[2] (diputerakan pada (2017-10-14)14 Oktober 2017 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru) merupakan Raja Muda Johor serta anakanda kedua dan putera sulung kepada Tunku Mahkota Johor dan Pemangku Sultan Johor, Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Tunku Iskandar
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor
Raja Muda Johor[1]
Pemerintahan22 November 2018 - kini
Didahului olehTunku Ismail
KeputeraanTunku Iskandar
Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar
(2017-10-14)14 Oktober 2017 (umur 6 tahun, 11 bulan dan 29 hari)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Nama penuh
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail
Nama diraja
Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail
KerabatTemenggong
AyahandaMejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail
BondaChe’ Puan Mahkota Khaleeda
AgamaIslam

Kehidupan awal

sunting

Tunku Iskandar diputerakan di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pada 14 Oktober 2017.[3] Namanya, Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail telah diumumkan melalui kenyataan media pada hari yang sama dan namanya dipilih atas telek pandang dan limpah perkenan paduka nendanya Sultan Ibrahim serta persekutuan Jumaah Majlis Diraja Johor.[4]

Tunku Iskandar juga merupakan cucunda kedua kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Kehidupan peribadi

sunting

Tunku Iskandar mempunyai seorang kekanda perempuan iaitu YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah, yang diputerakan pada 25 Jun 2016. Baginda juga mempunyai seorang adinda lelaki, YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim, yang diputerakan pada 17 Julai 2019 dan seorang adinda perempuan, YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah, yang diputerakan pada 21 April 2021.

Kerabat dan keluarga

sunting
Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Duli Yang Amat Mulia
Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor)
(1984-06-30)30 Jun 1984 Johor Bahru 40 tahun, 3 bulan dan 13 hari
Yang Amat Mulia
Che' Puan Mahkota Khaleeda binti Bustamam
(1993-07-16)16 Julai 1993 Kuala Lumpur 31 tahun, 2 bulan dan 27 hari
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah (2016-06-25)25 Jun 2016 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 8 tahun, 3 bulan dan 18 hari
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim (2019-07-17)17 Julai 2019 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 5 tahun, 2 bulan dan 26 hari
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah (2021-04-21)21 April 2021 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 3 tahun, 5 bulan dan 22 hari

Terasul dan gelaran

sunting
Gelaran hormat bagi
Tunku Iskandar
 
Gaya panggilan Duli Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Tunku
Gaya pilihan Raja Muda
  • 14 Oktober 2017 - 22 November 2018 : Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail
  • 22 November 2018 - kini  : Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor

Darjah kebesaran

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Tunku Iskandar Abdul Jalil dilantik Raja Muda Johor
  2. ^ Rasid, Junita Mat (2018-11-22). "Putera sulung TMJ dilantik Raja Muda Johor". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-13.
  3. ^ Mohd Fahmi Mohd Yusof (14 Oktober 2017). "TMJ sambut putera, pewaris takhta". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2018.
  4. ^ Mohd Sabran Md Sani (14 Oktober 2017). "Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2018.

Pautan luar

sunting