Uji kaji pemikiran

Uji kaji pemikiran ialah keadaan hipotetikal di mana hipotesis, teori, [a] atau prinsip dibayangkan untuk mengenalpasti natijah dan akibatnya. Konsep ini, juga dikenali sebagai Gedankenexperimente dalam karya Ernst Mach [2], merangkumi pemikiran berkenaan dengan apa yang mungkin berlaku jika tindakan berbeza diambil berbanding dengan apa yang sebenarnya berlaku. [3] [4] Uji kaji pemikiran ini penting kerana ia membolehkan kita memahami implikasi terhadap setiap tindakan yang berbeza, serta membayangkan apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan. [5] [6]

Kucing Schrödinger (1935) merupakan seekor kucing yang berada dalam superposisi keadaan hidup dan mati, bergantung pada peristiwa kuantum rawak. Ia menggambarkan masalah interpretasi Copenhagen mekanik kuantum yang dipakai pada objek seharian.[1]

Sejarah sunting

δείκνυμι atau deiknymi (dari bahasa Yunani Purba: 'uji kaji pemikiran') merupakan "corak bukti matematik yang paling purba" dan wujud sebelum matematik Euclid, di mana penekanan adalah pada konsep, dan bukannya pada bahagian uji kaji di dalam uji kaji pemikiran.

Menurut Johann Witt-Hansen, Hans Christian Ørsted merupakan orang pertama yang menggunakan istilah Gedankenexperiment (dari bahasa Jerman: 'uji kaji pemikiran') pada sekitar tahun 1812. [7] [8] Ørsted juga orang pertama yang menggunakan istilah Gedankenversuch pada tahun 1820.

Menjelang tahun 1883, Ernst Mach menggunakan istilah Gedankenexperiment tetapi merujuk kepada perkara yang berbeza, iaitu uji kaji pemikiran yang dijalankan secara khayalan yang kemudiannya akan dijalankan secara fizikal dan sebenar oleh pelajarnya. [9] Tujuannya agar uji kaji khayalan dan fizikal boleh dibandingkan, dimana Mach akan meminta pelajarnya membentangkan sama ada hasil uji kaji fizikal dan sebenar berbeza daripada uji kaji khayalan mereka sebelum ini.

Istilah bahasa Inggeris thought experiment merupakan pinjam terjemah daripada Gedankenexperiment mengikut definisi Mach, dan ia pertama kali muncul dalam terjemahan bahasa Inggeris pada tahun 1897 untuk salah satu kertas kerja Mach.[10] Sebelum kemunculan istilah ini, aktiviti pengemukaan soalan hipotesis yang menggunakan penaakulan sembawa telah wujud sejak lama lagi dalam kalangan saintis dan ahli falsafah. Modus irrealis digunakan sebagai cara untuk mengkategorikan atau membicarakannya, untuk membantu menghuraikan lagi julat penggunaan istilah "thought experiment" yang sangat luas dan pelbagai setelah ia diperkenalkan dalam bahasa Inggeris.

 
Uji kaji pemikiran Galileo melibatkan hasil (c) melekatkan batu kecil (a) pada batu yang lebih besar (b)

Demonstrasi Galileo yang menunjukkan objek yang jatuh mesti jatuh pada kadar yang sama tanpa mengira jisimnya merupakan langkah ke depan yang penting dalam sejarah sains moden. Walaupun demonstrasi ini dianggap secara meluas [11] sebagai demonstrasi fizikal yang jelas dan mudah, yang melibatkan seseorang memanjat Menara Condong Pisa dan menjatuhkan dua beban berat ke bawah, sebenarnya ia merupakan demonstrasi logik yang menggunakan teknik 'uji kaji pemikiran'. 'Uji kaji' ini diterangkan oleh Galileo dalam Discorsi e dimostrazioni matematiche (1638) (dari bahasa Itali: 'Wacana dan Demonstrasi Matematik'):

Salviati. If then we take two bodies whose natural speeds are different, it is clear that on uniting the two, the more rapid one will be partly retarded by the slower, and the slower will be somewhat hastened by the swifter. Do you not agree with me in this opinion?

Simplicio. You are unquestionably right.

Salviati. But if this is true, and if a large stone moves with a speed of, say, eight while a smaller moves with a speed of four, then when they are united, the system will move with a speed less than eight; but the two stones when tied together make a stone larger than that which before moved with a speed of eight. Hence the heavier body moves with less speed than the lighter; an effect which is contrary to your supposition. Thus you see how, from your assumption that the heavier body moves more rapidly than the lighter one, I infer that the heavier body moves more slowly.[12]

Penggunaan sunting

Matlamat umum uji kaji pemikiran adalah untuk meneroka natijah terhadap prinsip yang dipersoalkan:

A thought experiment is a device with which one performs an intentional, structured process of intellectual deliberation in order to speculate, within a specifiable problem domain, about potential consequents (or antecedents) for a designated antecedent (or consequent).[13]

Struktur uji kaji pemikiran itu barangkali tidak membolehkan uji kaji tersebut untuk dijalankan, dan walaupun ia boleh dijalankan, ia tidak semestinya memerlukan tujuan untuk menjalankannya.

Antara contoh uji kaji pemikiran ialah kucing Schrödinger yang menggambarkan ketidakpastian kuantum melalui manipulasi persekitaran tertutup sempurna bersama sedikit bahan radioaktif, dan syaitan Maxwell yang cuba membuktikan keupayaan makhluk terhingga hipotetikal untuk melanggar hukum termodinamik kedua.

Ia merupakan asas kepada pelbagai cerita fiksyen sains.[14]

Uji kaji pemikiran yang mempunyai soalan hipotesis yang berstruktur baik, ditakrifkan dengan baik, dan menggunakan penaakulan sembawa (modus irrealis) – "Apa yang boleh jadi berlaku (atau apa yang boleh jadi telah berlaku) jika . . . " – telah digunakan untuk mengemukakan persoalan dalam falsafah sejak zaman purba Yunani dan sebahagiannya sebelum zaman Socrates. [15] Dalam fizik dan pelbagai ilmu sains lain, banyak uji kaji pemikiran digunakan sejak abad ke-19 dan terutamanya pada abad ke-20, dan contoh lebih lama boleh didapati seawal zaman Galileo.

Dalam uji kaji pemikiran, seseorang itu memperoleh maklumat baharu dengan menyusun atau mengatur semula data empirik yang telah diketahui dengan cara yang baharu, kemudian sama ada mendapatkan kesimpulan baharu (a priori) daripadanya atau melihat data tersebut daripada perspektif yang berbeza. Contohnya, dalam uji kaji pemikiran Galileo, penyusunan semula pengalaman empirik berasal daripada idea asalnya untuk menggabungkan jisim yang berlainan berat. [16]

Uji kaji pemikiran telah digunakan dalam pelbagai bidang seperti falsafah (terutamanya etika), fizik, psikologi kognitif, sejarah, sains politik, ekonomi, psikologi sosial, undang-undang, kajian organisasi, pemasaran dan epidemiologi. Dalam undang-undang, "hipotesis" merupakan istilah sinonim yang digunakan untuk merujuk kepada uji kaji pemikiran.

Semua uji kaji pemikiran, tidak kira matlamat akhirnya, memaparkan corak cara pemikiran yang membolehkan kita menerangkan, meramal dan mengawal peristiwa dengan cara yang lebih baik dan lebih produktif.

Natijah terhadap teori sunting

Dari segi natijah atau kesan terhadap teori, uji kaji pemikiran secara amnya:

  • mencabar (malah menyangkal) teori yang lazim, selalunya dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai reductio ad absurdum, (seperti dalam hujah asal Galileo iaitu bukti menerusi percanggahan),
  • mengesahkan teori lazim,
  • mencipta teori baru, atau
  • menyangkal teori lazim sambil mencipta teori baru melalui proses saling eksklusif.

Penerapan dan aplikasi praktikal sunting

Uji kaji pemikiran mampu memberikan sudut pandang penting dan berlainan terhadap teori yang tidak diketahui atau tidak diterima sebelum ini. Ia juga boleh menjadikan teori tersebut tidak relevan, malah boleh mencipta dan memulakan permasalahan baru yang sama sukar atau lebih sukar untuk diselesaikan.

Dari segi aplikasi praktikalnya, uji kaji pemikiran biasanya dijalankan untuk:

  • mencabar status quo semasa (seperti membetulkan maklumat salah (atau salah faham), mengenal pasti kelemahan dalam hujah yang dikemukakan, mengekalkan fakta yang telah dibuktikan secara objektif untuk jangka panjang, dan untuk menyangkal dakwaan khusus bahawa beberapa perkara tertentu sama ada dibenarkan, dilarang, diketahui, dipercayai, berkemungkinan, atau diperlukan);
  • menentuluar (atau menentudalam) perkara yang melampaui sempadan fakta yang telah ditetapkan;
  • meramal dan menelah masa depan yang tidak pasti dan tidak dapat diketahui;
  • menerangkan peristiwa masa lalu;
  • meramal dan menelah peristiwa masa lalu yang tidak pasti dan tidak dapat diketahui;
  • membantu membuat keputusan, pilihan, dan pemilihan strategi;
  • menyelesaikan masalah dan menjana idea;
  • mengalihkan masalah semasa (yang tidak dapat diselesaikan) ke ruang masalah lain yang lebih membantu dan lebih produktif (cth: penetapan kefungsian);
  • menetapkan sebab, kebolehcegahan, kesalahan, dan tanggungjawab untuk hasil tertentu;
  • menilai kebersalahan dan ganti rugi pampasan dalam konteks sosial dan undang-undang;
  • mengkaji sejauh mana peristiwa masa lalu boleh berlaku secara berbeza;
  • memastikan kejayaan masa lalu berulang; atau
  • mengelakkan kegagalan masa lalu berlaku pada masa depan.

Jenis sunting

 
Gambaran masa untuk uji kaji pemikiran prafakta. [17]

Secara umumnya, terdapat tujuh jenis uji kaji pemikiran yang mengemukakan sebab kepada kesan, atau kesan kepada sebab: [18] [19]

Prafakta sunting

Uji kaji pemikiran prafakta (sebelum fakta) membuat spekulasi tentang kebarangkalian hasil masa depan berdasarkan masa kini, dan bertanya "Apakah kesudahannya jika peristiwa E berlaku?". [20] [21] Istilah prafakta dicipta oleh Lawrence J. Sanna pada tahun 1998 [22].

Kontrafakta sunting

 
Gambaran masa untuk uji kaji pemikiran kontrafakta. [23]

Uji kaji pemikiran kontrafakta (bertentangan dengan fakta hakikat) membuat spekulasi tentang kebarangkalian hasil masa lalu yang berbeza; [24] dan bertanya "Apakah yang mungkin berlaku sekiranya A yang berlaku dan bukannya B?" (cth, "Jika Isaac Newton dan Gottfried Leibniz telah bekerjasama antara satu sama lain, apakah rupa matematik hari ini?"). [25] [26] [21] Istilah kontrafakta dicipta oleh Nelson Goodman pada tahun 1947 [27] yang memperluas idea Roderick Chisholm (1946) tentang "kenyataan bersyarat yang bertentangan-dengan-fakta" [28].

Kajian menspekulasikan kontrafakta telah menarik minat para sarjana dalam pelbagai bidang seperti falsafah, [29] psikologi, [30] psikologi kognitif, [31] sejarah, [32] sains politik, [33] ekonomi, [34] psikologi sosial, [35] undang-undang, [36] teori organisasi, [37] pemasaran, [38] dan epidemiologi. [39]

Separafakta sunting

 
Gambaran masa untuk uji kaji pemikiran separafakta. [23]

  

Bidang sunting

Falsafah sunting

Sains sunting

Sifat sunting

Contoh sunting

Kemanusiaan sunting

 

Fizik sunting

 

Falsafah sunting

Matematik sunting

Biologi sunting

Sains Komputer sunting

Ekonomi sunting

Lihat juga sunting

Nota sunting

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting

  1. ^ Bild, Marius; et al (20 Apr 2023) Schrödinger cat states of a 16-microgram mechanical oscillator Science Vol.380 (6642) pp. 274–278 doi/10.1126/science.adf7553
  2. ^ Miyamoto, Kentaro; Rushworth, Matthew F.S.; Shea, Nicholas (2023-05-01). "Imagining the future self through thought experiments". Trends in Cognitive Sciences. 27 (5): 446–455. doi:10.1016/j.tics.2023.01.005. ISSN 1364-6613.
  3. ^ Gendler, Tamar Szabó (2022-01-01). "Thought Experiments Rethought—and Reperceived". Philosophy of Science (dalam bahasa Inggeris). 71 (5): 1152–1163. doi:10.1086/425239. ISSN 0031-8248.
  4. ^ Grush, Rick (2004-06-01). "The emulation theory of representation: Motor control, imagery, and perception". Behavioral and Brain Sciences (dalam bahasa Inggeris). 27 (3): 377–396. doi:10.1017/S0140525X04000093. ISSN 0140-525X.
  5. ^ Aronowitz, S., & Lombrozo, T. (2020). Learning through simulation. Philosophers Imprint, 20(1), 1-18.
  6. ^ Bourget, David; Chalmers, David J. (2023-07-25). "Philosophers on Philosophy: The 2020 PhilPapers Survey". Philosophers' Imprint. 23 (1). doi:10.3998/phimp.2109. ISSN 1533-628X.
  7. ^ Witt-Hansen (1976). Although Experiment is a German word, it is derived from Latin. The synonym Versuch has purely Germanic roots.
  8. ^ Brown, James Robert; Fehige, Yiftach (30 September 2019). Zalta, Edward N. (penyunting). The Stanford Encyclopedia of Philosophy. Metaphysics Research Lab, Stanford University – melalui Stanford Encyclopedia of Philosophy.
  9. ^ Mach, Ernst (1883), The Science of Mechanics (6th edition, translated by Thomas J. McCormack), LaSalle, Illinois: Open Court, 1960. pp. 32–41, 159–62.
  10. ^ Mach, Ernst (1897), "On Thought Experiments", in Knowledge and Error (translated by Thomas J. McCormack and Paul Foulkes), Dordrecht Holland: Reidel, 1976, pp. 134-47.
  11. ^ Cohen, Martin, "Wittgenstein's Beetle and Other Classic Thought Experiments", Blackwell, (Oxford), 2005, pp. 55–56.
  12. ^ "Galileo on Aristotle and Acceleration". Dicapai pada 2008-05-24.
  13. ^ Yeates, 2004, p. 150
  14. ^ "SFE: Thought Experiment". sf-encyclopedia.com. Dicapai pada 2022-12-03.
  15. ^ Rescher, N. (1991), "Thought Experiment in Pre-Socratic Philosophy", dalam Horowitz, T.; Massey, G.J. (penyunting), Thought Experiments in Science and philosophy, Rowman & Littlefield, (Savage), m/s. 31–41.
  16. ^ Brendal, Elke, "Intuition Pumps and the Proper Use of Thought Experiments". Dialectica. V.58, Issue 1, pp. 89–108, March 2004
  17. ^ Yeates, Lindsay Bertram (2004). Thought Experimentation: A Cognitive Approach (Tesis).
  18. ^ Yeates, Lindsay Bertram (2004). Thought Experimentation: A Cognitive Approach (Tesis).
  19. ^ Garbey, M., Joerger, G. & Furr, S. (2023), "Application of Digital Twin and Heuristic Computer Reasoning to Workflow Management: Gastroenterology Outpatient Centers Study", Journal of Surgery and Research, Vol.6, No.1, pp. 104–129.
  20. ^ See Yeates, Lindsay Bertram (2004). Thought Experimentation: A Cognitive Approach (Thesis). pp. 139–140, 141–142, 143.
  21. ^ a b Also, see Garbey, Joerger & Furr (2023), pp. 112, 126.
  22. ^ Sanna, L.J., "Defensive Pessimism and Optimism: The Bitter-Sweet Influence of Mood on Performance and Prefactual and Counterfactual Thinking", Cognition and Emotion, Vol.12, No.5, (September 1998), pp. 635–665. (Sanna used the term prefactual to distinguish these sorts of thought experiment from both semifactuals and counterfactuals.)
  23. ^ a b Yeates, Lindsay Bertram (2004). Thought Experimentation: A Cognitive Approach (Tesis). Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "auto1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  24. ^ Roger Penrose (Shadows of the Mind: A Search for the Missing Science of Consciousness, Oxford University Press, (Oxford), 1994, p. 240) considers counterfactuals to be "things that might have happened, although they did not in fact happen".
  25. ^ In 1748, when defining causation, David Hume referred to a counterfactual case: "…we may define a cause to be an object, followed by another, and where all objects, similar to the first, are followed by objects similar to the second. Or in other words, where, if the first object had not been, the second never had existed …" (Hume, D. (Beauchamp, T.L., ed.), An Enquiry Concerning Human Understanding, Oxford University Press, (Oxford), 1999, (7), p. 146.)
  26. ^ See Yeates, Lindsay Bertram (2004). Thought Experimentation: A Cognitive Approach (Thesis). pp. 139–140, 141–142, 143–144.
  27. ^ Goodman, N., "The Problem of Counterfactual Conditionals", The Journal of Philosophy, Vol.44, No.5, (27 February 1947), pp. 113–128.
  28. ^ Chisholm, R.M., "The Contrary-to-Fact Conditional", Mind, Vol.55, No.220, (October 1946), pp. 289–307.
  29. ^ Goodman, N., "The Problem of Counterfactual Conditionals", The Journal of Philosophy, Vol.44, No.5, (27 February 1947), pp. 113–128; Brown, R, & Watling, J., "Counterfactual Conditionals", Mind, Vol.61, No.242, (April 1952), pp. 222–233; Parry, W.T., "Reëxamination of the Problem of Counterfactual Conditionals", The Journal of Philosophy, Vol.54, No.4, (14 February 1957), pp. 85–94; Cooley, J.C., "Professor Goodman's Fact, Fiction, & Forecast", The Journal of Philosophy, Vol.54, No.10, (9 May 1957), pp. 293–311; Goodman, N., "Parry on Counterfactuals", The Journal of Philosophy, Vol.54, No.14, (4 July 1957), pp. 442–445; Goodman, N., "Reply to an Adverse Ally", The Journal of Philosophy, Vol.54, No.17, (15 August 1957), pp. 531–535; Lewis, D., Counterfactuals, Basil Blackwell, (Oxford), 1973, etc.
  30. ^ Fillenbaum, S., "Information Amplified: Memory for Counterfactual Conditionals", Journal of Experimental Psychology, Vol.102, No.1, (January 1974), pp. 44–49; Crawford, M.T. & McCrea, S.M., "When Mutations meet Motivations: Attitude Biases in Counterfactual Thought", Journal of Experimental Social Psychology, Vol.40, No.1, (January 2004), pp. 65–74, etc.
  31. ^ Kahneman, D. & Tversky, A., "The Simulation Heuristic", pp. 201–208 in Kahneman, D., Slovic, P. & Tversky, A. (eds), Judgement Under Uncertainty: Heuristics and Biases, Cambridge University Press, (Cambridge), 1982; Sherman, S.J. & McConnell, A.R., "Dysfunctional Implications of Counterfactual Thinking: When Alternatives to reality Fail Us", pp. 199–231 in Roese, N.J. & Olson, J.M. (eds.), What Might Have Been: The Social Psychology of Counterfactual Thinking, Lawrence Erlbaum Associates, (Mahwah), 1995;Nasco, S.A. & Marsh, K.L., "Gaining Control Through Counterfactual Thinking", Personality and Social Psychology Bulletin, Vol.25, No.5, (May 1999), pp. 556–568; McCloy, R. & Byrne, R.M.J., "Counterfactual Thinking About Controllable Events", Memory and Cognition, Vol.28, No.6, (September 2000), pp. 1071–1078; Byrne, R.M.J., "Mental Models and Counterfactual Thoughts About What Might Have Been", Trends in Cognitive Sciences, Vol.6, No.10, (October 2002), pp. 426–431; Thompson, V.A. & Byrne, R.M.J., "Reasoning Counterfactually: Making Inferences About Things That Didn't Happen", Journal of Experimental Psychology: Learning, Memory, and Cognition, Vol.28, No.6, (November 2002), pp. 1154–1170, etc.
  32. ^ Greenberg, M. (ed.), The Way It Wasn't: Great Science Fiction Stories of Alternate History, Citadel Twilight, (New York), 1996; Dozois, G. & Schmidt, W. (eds.), Roads Not Taken: Tales of Alternative History, The Ballantine Publishing Group, (New York), 1998; Sylvan, D. & Majeski, S., "A Methodology for the Study of Historical Counterfactuals", International Studies Quarterly, Vol.42, No.1, (March 1998), pp. 79–108; Ferguson, N., (ed.), Virtual History: Alternatives and Counterfactuals, Basic Books, (New York), 1999; Cowley, R. (ed.), What If?: The World's Foremost Military Historians Imagine What Might have Been, Berkley Books, (New York), 2000; Cowley, R. (ed.), What If? 2: Eminent Historians Imagine What Might have Been, G.P. Putnam's Sons, (New York), 2001, etc.
  33. ^ Fearon, J.D., "Counterfactuals and Hypothesis Testing in Political Science", World Politics, Vol.43, No.2, (January 1991), pp. 169–195; Tetlock, P.E. & Belkin, A. (eds.), Counterfactual Thought Experiments in World Politics, Princeton University Press, (Princeton), 1996; Lebow, R.N., "What's so Different about a Counterfactual?", World Politics, Vol.52, No.4, (July 2000), pp. 550–585; Chwieroth, J.M., "Counterfactuals and the Study of the American Presidency", Presidential Studies Quarterly, Vol.32, No.2, (June 2002), pp. 293–327, etc.
  34. ^ Cowan, R. & Foray, R., "Evolutionary Economics and the Counterfactual Threat: On the Nature and Role of Counterfactual History as an Empirical Tool in Economics", Journal of Evolutionary Economics, Vol.12, No.5, (December 2002), pp. 539–562, etc.
  35. ^ Roese, N.J. & Olson, J.M. (eds.), What Might Have Been: The Social Psychology of Counterfactual Thinking, Lawrence Erlbaum Associates, (Mahwah), 1995; Sanna, L.J., "Defensive Pessimism, Optimism, and Simulating Alternatives: Some Ups and Downs of Prefactual and Counterfactual Thinking", Journal of Personality and Social Psychology, Vol.71, No.5, (November 1996), pp. 1020–1036; Roese, N.J., "Counterfactual Thinking", Psychological Bulletin, Vol.121, No.1, (January 1997), pp. 133–148; Sanna, L.J., "Defensive Pessimism and Optimism: The Bitter-Sweet Influence of Mood on Performance and Prefactual and Counterfactual Thinking", Cognition and Emotion, Vol.12, No.5, (September 1998), pp. 635–665; Sanna, L.J. & Turley-Ames, K.J., "Counterfactual Intensity", European Journal of Social Psychology, Vol.30, No.2, (March/April 2000), pp. 273–296; Sanna, L.J., Parks, C.D., Meier, S., Chang, E.C., Kassin, B.R., Lechter, J.L., Turley-Ames, K.J. & Miyake, T.M., "A Game of Inches: Spontaneous Use of Counterfactuals by Broadcasters During Major League Baseball Playoffs", Journal of Applied Social Psychology, Vol.33, No.3, (March 2003), pp. 455–475, etc.
  36. ^ Strassfeld, R.N., "If...: Counterfactuals in the Law", George Washington Law Review, Volume 60, No.2, (January 1992), pp. 339–416; Spellman, B.A. & Kincannon, A., "The Relation between Counterfactual ("but for") and Causal reasoning: Experimental Findings and Implications for Juror's Decisions", Law and Contemporary Problems, Vol.64, No.4, (Autumn 2001), pp. 241–264; Prentice, R.A. & Koehler, J.J., "A Normality Bias in Legal Decision Making", Cornell Law Review, Vol.88, No.3, (March 2003), pp. 583–650, etc.
  37. ^ Creyer, E.H. & Gürhan, Z., "Who's to Blame? Counterfactual Reasoning and the Assignment of Blame", Psychology and Marketing, Vol.14, No.3, (May 1997), pp. 209–307; Zeelenberg, M., van Dijk, W.W., van der Plight, J., Manstead, A.S.R., van Empelen, P., & Reinderman, D., "Emotional Reactions to the Outcomes of Decisions: The Role of Counterfactual Thought in the Experience of Regret and Disappointment", Organizational Behavior and Human Decision Processes, Vol.75, No.2, (August 1998), pp. 117–141; Naquin, C.E. & Tynan, R.O., "The Team Halo Effect: Why Teams Are Not Blamed for Their Failures", Journal of Applied Psychology, Vol.88, No.2, (April 2003), pp. 332–340; Naquin, C.E., "The Agony of Opportunity in Negotiation: Number of Negotiable Issues, Counterfactual Thinking, and Feelings of Satisfaction", Organizational Behavior and Human Decision Processes, Vol.91, No.1, (May 2003), pp. 97–107, etc.
  38. ^ Hetts, J.J., Boninger, D.S., Armor, D.A., Gleicher, F. & Nathanson, A., "The Influence of Anticipated Counterfactual Regret on Behavior", Psychology & Marketing, Vol.17, No.4, (April 2000), pp. 345–368; Landman, J. & Petty, R., ""It Could Have Been You": How States Exploit Counterfactual Thought to Market Lotteries", Psychology & Marketing, Vol.17, No.4, (April 2000), pp. 299–321; McGill, A.L., "Counterfactual Reasoning in Causal Judgements: Implications for Marketing", Psychology & Marketing, Vol.17, No.4, (April 2000), pp. 323–343; Roese, N.J., "Counterfactual Thinking and Marketing: Introduction to the Special Issue", Psychology & Marketing', Vol.17, No.4, (April 2000), pp. 277–280; Walchli, S.B. & Landman, J., "Effects of Counterfactual Thought on Postpurchase Consumer Affect", Psychology & Marketing, Vol.20, No.1, (January 2003), pp. 23–46, etc.
  39. ^ Randerson, J., "Fast action would have saved millions", New Scientist, Vol.176, No.2372, (7 December 2002), p. 19; Haydon, D.T., Chase-Topping, M., Shaw, D.J., Matthews, L., Friar, J.K., Wilesmith, J. & Woolhouse, M.E.J., "The Construction and Analysis of Epidemic Trees With Reference to the 2001 UK Foot-and-Mouth Outbreak", Proceedings of the Royal Society of London Series B: Biological Sciences, Vol.270, No.1511, (22 January 2003), pp. 121–127, etc.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan