Ulil Abshar Abdalla

Ulil Abshar-Abdalla (lahir di Pati, Jawa Tengah, 11 Januari 1967; umur 57 tahun) merupakan pendokong Jaringan Islam Liberal dari Indonesia . Keluarganya cenderung kepada kumpulan Nahdlatul Ulama. Ayahnya Abdullah Rifa'i dari pesantren Mansajul Ulum, Pati. Sementara mertuanya, Mustofa Bisri, kyai dari pesantren Raudlatut Talibin, Rembang.

Ulil Abshar Abdalla
Ulil Abshar Abdalla (2011)
Kelahiran (1967-01-11) 11 Januari 1967 (umur 57)
WarganegaraIndonesia
OrganisasiJaringan Islam Liberal
Terkenal keranaTokoh Islam Liberal berkait dengan Jaringan Islam Liberal
Ibu bapaAbdullah Rifa'i (Ayah)
Ulil Abshar Abdalla, 2004

Pendidikan sunting

Ulil belajar di Madrasah Mathali'ul Falah, Kajen, Pati, Jawa Tengah pimpinan KH. M. Ahmad Sahal Mahfudz 19941999). Beliau pernah menjadi santri di pesantren Mansajul 'Ulum, Cebolek, Kajen, Pati, serta Pondok Pesantren Al-Anwar, Sarang, Rembang. Kemudian belajar di Fakulti Syariah LIPIA (Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab) Jakarta, dan di Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara. Seterusnya mendapat PhD dari Universiti Boston, Massachussetts, AS.

Aktiviti sunting

Beliau pernah menjadi Ketua Lakpesdam (Lembaga Kajian dan Pengembangan Sumber Daya Manusia) Nahdlatul Ulama, Jakarta dan penyelidik di Institut Studi Arus Informasi (ISAI), Jakarta, serta Direktur Program Indonesian Conference on Religion and Peace (ICRP).

Namannya mulai terkenal apabila aktif sebagai koordinator Jaringan Islam Liberal. Jaringan Islam Liberal merupakan sebuah kelompok diskusi yang sering membincangkan liberalisasi tafsir Islam. Aktiviti beliau mendapat banyak sokongan dan kritikan dan seiringan dengan tokoh Nurcholish Majid.

Politik sunting

Ulil menjadi Ketua Strategi Partai Demokrat[1] masa jabatan Ketua Umum Anas Urbaningrum.

Kontroversi sunting

Pada tahun 2003, Ulama Islam Indonesia dari Forum Ulama Umat Islam menggesa akan Ulil dihukum mati [2] kerana rencana tulisannya dalam akhbar Kompas pada 2002 "Menyegarkan Kembali Pemahaman Islam"[3][4] Rencana ini dianggap jauh menyimpang dari ajaran Islam. Pada Mac 2011, sebuah bom surat dikirim kepada Ulil dan menyebabkan seorang anggota polis cedera.

Ulil sangat kesal dengan pendirian kerajaan Indonesia terhadap aliran Ahmadiyyah. Beliau juga mengkritik fatwa dari Majelis Ulama Indonesia berhubung memberi salam kepada penganut Kristian.

Cerammah di Malaysia sunting

Pada 12 Oktober 2014, NGO Malaysia Ikatan Muslimin Malaysia membantah keras kedatangan Dr Ulil Abshar Abdalla kerana boleh menimbulkan ketegangan.Sekretariat Majlis Ulama Isma, Dr Mohd Isa Hamzah menyatakan bahawa tafsiran semula terhadap al-Quran dengan kaedah hermeneutik yang digunakan Ulil Abshar bertentangan dengan kaedah digunakan mufasirin yang muktabar.Beliau mengatakan tudung ialah budaya dan bukan ajaran al-Quran, dan hukuman potong tangan adalah tradisi zaman itu, sesuai dengan masyarakat ketika itu sahaja.

Banyak tafsiran kontekstual ayat-ayat al-Quran yang dipegang Ulil Abshar menyeleweng daripada kefahaman jumhur ulama. Ulil menyatakan bahawa undang-undang syariah tidak wujud dan Nabi Muhammad SAW hanya tokoh sejarah.

Ulil diundang menghadiri diskusi bertajuk Tentangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini, anjuran Islamic Ranaissance Front (IRF) pada 18 Oktober 2014 di Kuala Lumpur. Ulil Abshar dikecam kerana menyokong ajaran Ahmadiah yang difatwakan sebagai sesat di Malaysia dan Indonesia.Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan larangan penganjuran program itu kerana Ulil Abshar tiada tauliah agama menyebarkan Islam di Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berpendapat bahawa diskusi itu tidak sesuai kerana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1996 mengeluarkan arahana bahawa hanya aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dibenar diamalkan di Malaysia dan usaha membawa pemikiran bertentangan [dengan ajaran itu perlu disekat.

Pihak Barat sering melabel puak Islam sederhana dan Islam moderat sebagai pemikiran yang menolak syariah.Seharusnya kebebasan bersuara juga dijamin oleh Islam tetapi perlu ada batasannya.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.demokrat.or.id/pengurus-dpp-partai-demokrat
  2. ^ CNN
  3. ^ Kompas
  4. ^ "Article in JIL website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-06. Dicapai pada 2014-10-12.
  5. ^ Ulil Abshar akan cetus ketegangan