Wang Yi (Bahasa Cina: 王毅; pinyin: Wáng Yì; lahir 19 Oktober 1953) ialah seorang diplomat dan ahli politik China yang telah menjadi menteri luar negeri sejak Mac 2013.[1] Beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri luar, duta besar negara ke Jepun dan pengarah Pejabat Hal Ehwal Taiwan. Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri sejak Mac 2013 serta Ahli Majlis Negara sejak Mac 2018.

Wang Yi
王毅
Ahli Majlis Negara Republik Rakyat China
Memegang jawatan
19 Mac 2018
PremierLi Keqiang
Menteri Luar Negeri Ke-11
Memegang jawatan
16 Mac 2013
PremierLi Keqiang
TimbalanLe Yucheng
Setiausaha PartiZhang Yesui
Didahului olehYang Jiechi
Pengarah Pejabat Hal-Ehwal Taiwan Ke-8
Dalam jawatan
1 Jun 2008 – 16 Mac 2013
PremierWen Jiabao
Didahului olehChen Yunlin
Digantikan olehZhang Zhijun
Duta China ke Jepun
Dalam jawatan
26 September 2004 – 24 September 2007
Didahului olehWu Dawei
Digantikan olehCui Tiankai
Butiran peribadi
Lahir (1953-10-19) 19 Oktober 1953 (umur 70)
Beijing, China
Parti politikParti Komunis China
Alma materUniversiti Pengajian Antarabangsa Beijing
Universiti Luar Negeri China

Awal kehidupan sunting

Wang dilahirkan di Beijing. Setelah menamatkan pendidikan sekolah menengah pada September 1969, beliau dihantar ke timur laut China. Beliau kemudian berkhidmat di Kor Tentera Pembinaan Timur Laut di provinsi Heilongjiang selama lapan tahun. Pada bulan Disember 1977, Wang kembali ke Beijing dan pada tahun yang sama, didaftarkan di jurusan Bahasa Asia dan Afrika di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing. Beliau belajar bahasa Jepun di institusi itu lalu lulus pada Februari 1982 dengan ijazah sarjana muda. Beliau diketahui fasih berbahasa Inggeris dan Jepun.[2] Isteri Wang adalah anak perempuan Qian Jiadong yang merupakan setiausaha Perdana Menteri negara pertama, Zhou Enlai.

Rujukan sunting

  1. ^ "Foreign Minister Wang Yi" (dalam bahasa Inggeris). The US-China Business Council. Dicapai pada 18 April 2021.
  2. ^ Ford, Peter (18 Mac 2013). "The new face of Chinese diplomacy: Who is Wang Yi?". Christian Science Monitor (dalam bahasa Inggeris). Beijing. Dicapai pada 14 Mei 2020.

Pautan luar sunting