Wikileaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden[3] yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang didapati daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan. Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.[1] Pertubuhan ini mendakwa ia diasaskan oleh para penentang politik China, wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.[1] Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australia bernama Julian Assange adalah pengarahnya.[4] Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan dokumen melebihi 1.2 juta.[5]

WikiLeaks
Grafik jam pasir, diwarnakan biru dan kelabu; peta membulat hemisfera barat dunia menitik dari kebuk atas ke bawah jam itu
Jenis laman web
Arkib dokumen
Terdapat dalam bahasaBerbilang bahasa
PemilikThe Sunshine Press[1]
Diciptakan olehJulian Assange
URLwww.wikileaks.org
KomersialTidak

Pembocoran Sunting

2010 Sunting

Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder. Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari Perang Afghan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.[6]Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. Seterusnya pada November, ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama.[7][8] Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".[9]

Rujukan Sunting

  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan aboutwikileaks tidak disediakan
  2. ^ "wikileaks.org – Traffic Details from Alexa". Alexa Internet, Inc. Dicapai pada 27 November 2010.
  3. ^ Haddow, Douglas (7 April 2010). "Grim truths of Wikileaks Iraq video". The Guardian. London. Dicapai pada 7 April 2010. ... a Sweden based non-profit website
  4. ^ McGreal, Chris. Wikileaks reveals video showing US air crew shooting down Iraqi civilians, The Guardian, 5 April 2010.
  5. ^ "Wikileaks has 1.2 million documents?". Wikileaks. Dicapai pada 28 Februari 2008.
  6. ^ "Afghanistan war logs: the unvarnished picture". guardian.co.uk. London. 25 Julai 2010. Dicapai pada 26 Julai 2010.
  7. ^ "Twitter / WikiLeaks: El Pais, Le Monde, Speigel". Twitter.com. Dicapai pada 2010-11-29.
  8. ^ Kris Danielle (2010-11-25). "1,796 memos from US embassy in Manila in WikiLeaks 'Cablegate'". ABS-CBN News. Dicapai pada 29 November 2010.
  9. ^ Scott Shane (28 November 2010). "Leaked Cables Offer Raw Look at U.S. Diplomacy". The New York Times. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar Sunting