Wikipedia:Calon rencana pilihan/Khatijah Tan/arkib1

Khatijah Tan sunting

 
Seniwati Khatijah Tan.
Pencalon: Saiff Naqiuddin (bincang · sumbangan · log) 13:54, 21 November 2020 (UTC)[balas]

Khatijah binti Tan (Tulisan Jawi: خطيجه تن, lahir 1 Januari 1961), merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan juga merupakan salah seorang dari seniwati filem Melayu.

@SNN95:, @Yosri:, @Fandi89:, @Ricky250:, @Kupi2:, @NikoUMS:, @Mrpresidentfaris:, @CyberTroopers:, @Polar:, @Rachun Dunia:, @Syman51:, @26 Ramadan:
// minta maaf kerana telah mentioned anda semua !

Hi, Saya Saiff Naqiuddin, ini merupakan kali kedua saya mencalonkan rencana pilihan hasil karya saya (sebelum ini ialah A. B. Ibrahim dengan menggunakan nama JohhnyFrankie13). Pada pandangan saya, rencana ini sudah layak untuk dijadikan sebagai rencana pilihan kerana saya telah mengeluarkan usaha yang sehabis baik untuk menjadikan rencana ini sebagai rencana yang terbaik. Untuk pengetahuan, saya telah berusaha memperbaiki rencana Khatijah Tan ini sejak 2018 serta saya juga menjadikan Leonardo DiCaprio filmography sebagai inspirasi rencana terbaik di dalam kategori Filemografi dan Britney Spears.

Di bawah ini saya akan menuliskan beberapa ciri mengapa rencana ini layak dijadikan sebagai rencana pilihan:

  Saya telah mengikut format WP:FILMOGRAPHY yang terkini dimana bentuk jadualnya adalah seperti di bawah;

Tahun Tajuk Watak Pengarah Ruj.
1996 Yes, Tuan! Orang Gaji Zulkeflee Said

  Saya telah membuat karangan tentang kerjaya beliau, saya meminta maaf jika bentuk ayat karangan itu tidaklah sedap dan berintonasi seperti karangan pelajar sekolah kerana saya masih lagi pelajar sekolah jadi saya tidak mampu untuk membuat karangan seperti ahli-ahli Wikipedia BM yang lain seperti Fandi dan sebagainya. Karangan ini telah menepati syarat-syarat WP:BLPSTYLE dan WP:BLPBALANCE.

  Rencana ini mempunyai gambar dimana gambar-gambar itu adalah hasil tangkapan saya. Untuk pengetahuan anda, saya ada hubungan keluarga ipar bersama Khatijah Tan.

  Setiap filem/telefilem/drama dan lain-lain mempunyai rujukan yang boleh dipercayai kecuali terdapat beberapa rujukan adalah bersumberkan blog. Saya tahu blog itu ialah bukan sumber yang berkualiti tinggi tetapi disebabkan tidak semua telefilem atau drama dan lain-lain terkenal jadi jikalau terdapat sumberpun mestilah dari blog. Saya harap ahli-ahli Wikipedia yang saya hormati dapat bertolak ansur. Namun terdapat juga yang saya labelkan "{{n/a}}", itu bermaksud sumber untuk perkara itu adalah dari Instagram, Facebook dan Twitter. Saya tidak boleh menjadikan tiga sosial media tersebut sebagai rencana kerana rujukan itu adalah sangat-sangat tidak berkualiti tinggi.

  Saya menggunakan tarikh yang sekata iaitu berfomat DD-MM-YYYY. Namun, saya juga telah menggunakn format rujukan yang betul dan tepat. Sebagai contoh, jika sesuatu sumber itu saya mengambil dari Harian Metro, saya akan menggunakan {{cite news}}.

  Terdapat kawalan kewibaan dan kategori

Saiff Naqiuddin (bincang) 13:54, 21 November 2020 (UTC)[balas]

Jika tiada bantahan, rencana ini akan dijadikan RP Januari 2021. SNN95 Talk to me, beybeh! 11:54, 25 November 2020 (UTC)[balas]