A. B. Ibrahim

Pelukis Malaysia

Ibrahim bin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai A. B. Ibrahim (Jawi: أ. ب. ابراهيم; lahir sekitar tahun 1925 — 25 Disember 1977) ialah seorang pelukis Malaysia tanpa ada kelulusan akedemik tetapi tetap berjuang dengan hasil usahanya.[1] Namun demikian, apa yang membuatkan beliau terkenal kerana lukisan cat airnya yang dihasilkan oleh beliau tersiratnya kecantikan semulajadi yang menonjolkan identiti masyarakat dan suasana yang aman dan damai.[2] Oleh itu, anak kelahiran Kedah, Malaysia ini telah mencipta nama di peringkat antarabangsa, kira-kira 20,000 lukisanya telah dibawa ke luar negara antaranya ialah Australia, Itali, London, Jerman, Denmark, Britain, Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Belanda, Switzerland, Qatar, Hong Kong, Perancis.[3][4][5]

A. B. Ibrahim
أ. ب. ابراهيم
Kelahiran
Ibrahim bin Abu Bakar

1925
Meninggal dunia25 Disember 1977(1977-12-25) (umur 51–52)
Dato' Kumbar, Alor Setar
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Masjid Derga, Alor Setar
Nama lainTokwan Em
PendidikanSekolah Melayu Derga
Terkenal keranaPelukis cat air ketiga Malaysia; pertama dari negeri Kedah, pelukis komik Majalah Guru: Puteri Langkawi (1954—56)
PasanganChe Mah binti Haji Din (k. 1951)
Anak-anak5
KeluargaA. B. Kechik
A. B. Hassan
Ahmad
Yusof
Pengasas Persatuan Pelukis Melayu, Malaya
Dalam jawatan
1945–1970
Tandatangan

Kehidupan Awal sunting

Beliau dilahirkan sekitar tahun 1925 di Derga, Alor Setar, Kedah. Ibrahim merupakan anak kelima dari sembilan orang adik-beradik dikalangan adik-beradik yang juga berbakat terdiri dari Hassan, Kecik (atau yang lebih dikenali sebagai A. B. Kechik[6]), Ahmad dan Yusuf. Abang-abangnya amat meminati seni lukisan sejak dari mereka kecil lagi, namun Ibrahim mengasahkan bakatnya sendiri dengan mengguna warna air.[2] Namun demikian, pendidikan formalnya terhenti setakat darjah empat iaitu darjah yang paling tinggi di sekolah rendah Melayu Derga pada masa itu, oleh itu demi untuk menyara keluarganya yang berpendapatan sederhana beli membantu keluarganya menjaga kedai kopi, menjual ais kacang dan menjadi pembantu peniaga di Pekan Rabu. Semasa Perang Dunia Kedua dalam tahun 1941, Ibrahim baru berumur 16 tahun dan menjadi seorang buruh JKR membina jalanraya. Beliau kemudiannya menjadi seorang peniaga semula di Pekan Rabu. Namun demikian, pada masa itu terdapat banyak pertandingan melukis seperti poster dan logo yang dianjurkan oleh pihak Jepun. Ini merupakan satu propaganda kepada rakyat sebagai satu cara meningkatkan taraf hidup. Walau bagaimanapun, peluang ini diambil oleh Ibrahim untuk mendorong beliau bergiat aktif dalam seni dan mempamerkan karya-karyanya kepada orang ramai. Beliau sekali lagi amat bersyukur kerana dengan keistimewaan bakat melukis yang ada pada dirinya telah membolehkan beliau terlepas dari dikerah oleh pihak Jepun untuk membina jalan kerata api diantara Siam dan Burma yang dikenali sebagai “Jalan Kereta api Maut”. Sikapnya yang sentiasa peramah dan baik hati serta berdisiplin disenangi oleh rakan-rakan dan orang ramai. Masyarakat Cina waktu itu juga amat mengenali A.B. Ibrahim dan sanggup menempah melukis potret wajah ahli keluarga mereka sebagai menghormati pada gambar potret yang disimpan apabila sudah tiada.[4][7]Beliau mendirikan rumah tangga bersama Che Mah Lebai Din, dan dikurniakan lima orang anak. Di kalangan anaknya mewarisi bakat yang sama dalam seni lukis seperti Faridah dan IB Fauad.

Kerjaya sunting

1946: Permulaan Kerjaya dan Warna Art Studio sunting

Ketika Ibrahim berumur 21 tahun, beliau dengan A. J. Rahman (Aziz Haji Abdul Rahman) dan Saidin Yahya membuka sebuah kedai seni lukis di Pekan Rabu, Alor Setar. Kedai itu diberi nama Warna Art Studio.[8] Masyarakat pada tahun 1946 ialah masyarakat sisa pendudukan Jepun. Makanan dan pakaian lebih penting dari seni. Warna Art Studio hidup sebagai kedai membuat iklan, poster, papan kenyataan berbentuk grafik pula di samping menghasilkan karya seni halus. Sambutan dari masyarakat luar Kedah khususnya dari akhbar-akhbar pada masa itu mengharumkan lagi nama tiga serangkai tuan punya Warna Art Studio. Begitu juga mereka memperolehi sambutan yang hebat dari pegawai-pegawai British yang ketika itu mereka sedang mengumpul bahan-bahan lukisan untuk dibawa balik ke Eropah.[9][10]

Tiga Serangkai: A. B. Ibrahim, A. J. Rahman & Saidin Yahaya sunting

Sejarah seni negeri Kedah bermula daripada kumpulan yang diberi nama Tiga Serangkai, mereka telah memulakan sejarah seni lukisan cat air di negeri Kedah sehinggakan nama mereka sudah muncul di peringkat antarabangsa sehingga hari ini, tiga pelukis terkenal ini telah membuktikan bahawa orang Melayu boleh berniaga apa saja jika mahu berbuat demikian dan sekali arung mereka mempopularkan lukisan cat air kepada penduduk tempatan. Sejak tahun 1946 - melalui Warna Art Studio A. B. Ibrahim amat cergas menganjurkan pameran-pameran seni lukis dan lain-lain kegiatan mempopularkan seni lukis di negeri ini. Lukisan A. B. Ibrahim mula menjelajah keseluruhan ceruk rantau tanahair bermula apabila beliau menjadi seorang pengasas Persatuan Pelukis Melayu yang ditubuhkan di Singapura. Namun demikian, diantara Tiga Serangkai, A. B. Ibrahim lebih produktif dari Saidin Yahya dan A. J. Rahman kerana beliau tidak mempunyai kerja lain berbanding Saidin Yahya & A. J. Rahman yang menjadi guru sekolah. Disebabkan itu, A. B. Ibrahim lebih terkenal dan menjadi pelukis pertama di Malaysia yang bergantung hidup hanya kepada melukis.[4]

1957: Mass Production sunting

Pada tahun 1957, Tiga Serangkai terpaksa menutup studio mereka di Pekan Rabu atas sebab tertentu dan mereka telah berpecah untuk meneruskan kejayaan mereka sebagai pelukis. A. B. Ibrahim membina rumah di Jalan Dato' Kumbar di mana di dalam rumah itu beliau menghasilkan karya-karyanya. Setelah 10 tahun A. B. Ibrahim di dalam bidang ini dan namanya sering menjadi perbulan orang ramai ketika itu, beliau tercebut dalam kegiatan "Mass Production" iaitu yang bermaksud pengeluaran banyak-banyak, di dalam "Mass Production" beliau terpaksa melukis berpuluh keping pemandangan yang sama pada satu-satu masa dan ini merupakan satu cara mengumpul wang cepat dan menambah pendapatan bagi A. B. Ibrahim. Beliau menyediakan kertas tujuh atau lapan keping kemudian dia akan melukis awan dan air di atas kertas-kertas itu, kemudian melukis pula batang kelapa serentak dan menambahkan daun, bila siap dan kering dilukiskan pula rumah. Sebelum "Tukang Jual" datang, beliau sempat mengenakan tempuh-tempuhan akhir dan menandatangani lapan keping lukisan yang sama pemandangannya. Beliau juga menjadikan rumahnya sebagai studio dan menghabiskan masa dengan "Mass Production" yang rancak kerana memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan. Oleh itu, apa yang membuatkan masyarakat kagum denganya kerana beliau dapat melukis berpuluh-puluh lukisan yang sama tema tanpa berubah warna, ton cahaya dan mood setelah lukisan mendapat permintaan pasaran yang sangat menggalakan. Karya A. B. Ibrahim sangat unik dan sangat sukar ditiru. Lukisan A. B. Ibrahim adalah hasil karya seni terulung di Negeri Kedah Darul Aman.[11][12]

Pameran Anjuran sunting

Saya menyanjung tinggi usaha Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman menganjurkan pameran dari cat air pelukis ulung Negeri ini A. B. Ibrahim [...] Syukur, saya lihat ramai yang mengikut jejak A. B. Ibrahim mengharumkan nama negeri ini dalam bidang seni lukis.

Sepanjang tempoh beliau aktif di dalam bidang ini, beliau menyertai semua pameran-pameran anjuran Kerajaan dan Persatuan Pelukis Melayu di seluruh negara dan tidak pernah menolak pelawaan daripada Penang Trade Fair yang membuat pameran di Pesta Perniagaan Pulau Pinang. Agak banyak kali beliau mengadakan pameran solo di tanahair sejak beliau terkenal di bidang seni lukis. Pameran yang agak mempesonakan peminat seni ialah dalam tahun 1962 yang dibuatnya di Dewan Besar Perniagaan Cina di Ipoh dan sebelumnya dalam tahun 1958, beliau dijemput mempamerkan karyanya dalam Pameran Pelukis Malaysia anjuran British Council kali ke-4 di Kuala Lumpur.[4][14]

Meninggal Dunia sunting

Pada tanggal 25 Disember 1977 iaitu jatuh pada Hari Krismas, beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah kediamannya, Datuk Kumbar, Alor setar pada usia 52 tahun kerana serangan jantung. Kehilangan beliau amat dirasai khususnya dunia seni lukis, rakan taulan dan masyarakat. Semoga semangat dan keyakinannya terus tersemat didalam jiwa anak-anak seni generasi kini.[15]

Penghargaan sunting

 
Terdapat 12 buah lukisan karya A.B. Ibrahim di National Art Gallery

Rujukan sunting

  1. ^ Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 2017, m/s. 29.
  2. ^ a b Pameran lukisan A. B. Ibrahim 1992, m/s. 7.
  3. ^ Rashid, Zaidi Zainol (3 Mac 2009). "Lukisan A.B. Ibrahim dilelong di London". Dicapai pada 25 April 2020.
  4. ^ a b c d "Semangat dan Jiwa Pelukis Cat Air A.B. Ibrahim" (PDF) (Siaran akhbar). Ismaliza Badarudin. 2018. m/s. 1-6. Dicapai pada 13 April 2020.
  5. ^ Sinikini: Malaysian Art Now 2018, m/s. 20.
  6. ^ Ahmad, Amerrudin (25 Ogos 2008). "Curate". Balai Seni Lukis Negara. Dicapai pada 25 April 2020.
  7. ^ Pameran lukisan A. B. Ibrahim 1992, m/s. 8.
  8. ^ Sinikini: Malaysian Art Now 2011, m/s. 16.
  9. ^ Ahmad, Amerrudin. "Pameran Lukisan Kedah". Balai Seni Lukis Negara.
  10. ^ Pameran lukisan A. B. Ibrahim 1992, m/s. 7-11.
  11. ^ "A.B. Ibrahim (Ibrahim Abu Bakar)" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Galerie. Dicapai pada 13 April 2020.
  12. ^ Pameran lukisan A. B. Ibrahim 1992, m/s. 9-10.
  13. ^ Pameran lukisan A. B. Ibrahim 1992, m/s. 3.
  14. ^ "Masterpiece Fine Art Auction" (PDF) (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Masterpiece Auction Malaysia. 2019. m/s. 9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-10-01. Dicapai pada 25 April 2020.
  15. ^ Pameran lukisan A. B. Ibrahim 1992, m/s. 12.

Bibliografi sunting