Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)/Arkib/2014

Saya lihat hal semasa tidak dikemaskini bagi bulan Januari 2014. Jadi saya disini ingin pendapat masing-masing untuk berita baru bagi bulan ini. Ada idea? SNN95      12:36, 6 Januari 2014 (UTC)[balas]

@SNN95: Bagaimana dengan pilihan raya Bangladesh? --Algazel (hubung) 00:05, 7 Januari 2014 (UTC)[balas]
Okey juga apa yang dicadangkan oleh @Algazel:. Saya ada letak satu cadangan berita di Perbincangan templat:Peristiwa Terkini. - 26 Ramadan (Bincang) 02:40, 7 Januari 2014 (UTC)[balas]
Terima kasih atas cadangan itu! Saya nak masukkan tentang pembukaan Tahun Melawat Malaysia 2014 tetapi rencana yang berkaitan hanya untuk tahun 2007. Malangnya tahun sebelum-sebelum 2014 tiada. Saya cadang untuk bekerjasama akan rencana ini, bagaimana? SNN95      06:10, 7 Januari 2014 (UTC)[balas]
Tahun melawat Malaysia ini hanya berlaku 5 tahun sekali ataupun secara ad-hoc kalau tak silap. Silakan dengan rancangan anda. Saya mohon maaf tak dapat banyak membantu di sini buat seketika kerana ada kerja sedikit di projek saudara. --Algazel (hubung) 10:35, 7 Januari 2014 (UTC)[balas]
Tak mengapa... Saya sudah cipta dan masih perlukan penambhan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang tahun 2014. SNN95      11:17, 7 Januari 2014 (UTC)[balas]

Cadangan mengenai rencana 'Raja Noorjan Shah'. sunting

Salam semua. Saya nak cadangkan utk mencipta rencana tersebut memandangkan saya lihat banyak isi2 yg boleh kita dapati dan mungkin juga banyak sumber rujukan. Jadi saya nak tanya pasal pendapat korang semua. Setuju tak sekiranya saya mulakan rencana tersebut? Terima kasih.Azim Melaka (bincang) 15:27, 28 April 2014 (UTC)[balas]

Sila rujuk syarat https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(people) Saya tak fikir dia layak, sebab tiada pihak berwibawa menyokong tuntutannya. Syok sendiri sahaja. Yosri (bincang) 15:32, 28 April 2014 (UTC)[balas]

Baiklah, saya tidak akan menciptanya. Sebagai rakyat Melaka, saya sebenarnya menolak dengan adanya sultan dkt negeri saya ni sebab kami semua dah rasa selesa dgn tiadanya sultan di negeri ini. Terima kasih atas pendapat saudara Yosri.Azim Melaka (bincang) 15:42, 28 April 2014 (UTC)[balas]

Padanan "disambiguation" dalam bahasa Melayu sunting

Saya ingin mencadangkan pertukaran perkataan "nyahkekaburan" yang dipadankan dengan "disambiguation" dalam Wikipedia bahasa Inggeris kepada "penyahtaksaan". Disambiguation bermaksud perihal pembuangan ketaksaan (ambiguiti) dan oleh itu, menurut saya, mungkin penggunaan "nyahkekaburan" patut ditukarkan kepada "penyahtaksaan" untuk memadankan maksud serta mengikuti cara pembentukan istilah (pe(ng)- + [nyah- taksa] + -an). Ada yang setuju?Amir Hamzah 2008 (bincang) 10:49, 12 Mei 2014 (UTC)[balas]

Saya tak membantah. ...Aurora... (b) 16:02, 12 Mei 2014 (UTC)[balas]
Betul juga. Sokong! SNN95      09:00, 13 Mei 2014 (UTC)[balas]
Masalahnya, adakah pengguna biasa faham apa itu taksa? --Kurnia [ bual ] 03:43, 15 Mei 2014 (UTC)[balas]
Saya pada awalnya pun tak tahu maksud "taksa". Tapi saya tak membantah untuk penggunaan istilah "penyahtaksaan". 26 Ramadan (Bincang) 03:47, 15 Mei 2014 (UTC)[balas]
Dalam templat tersebut sekarang, ada ayat ini: "Laman nyahkekaburan ini mengandungi rencana-rencana yang mempunyai tajuk yang sama." Rasanya ayat ini dah menerangkan apa itu nyahkekaburan/penyahtaksaan. ...Aurora... (b) 15:44, 16 Mei 2014 (UTC)[balas]
Saya rasa tidak ada masalah menggunakan kedua-dua istilah kerana keduanya boleh diguna pakai. Terpulang pada penyunting, istilah mana yang hendak digunakan. CTMakerbot (bincang) 15:54, 16 Mei 2014 (UTC)[balas]

Atau lebih dikenali dengan "Article wizard" di WBInggeris. Saya sudah lama mahu membuat bahagian ini cuma tiada masa nak diluangkan untuk ini. Sekarang saya tengah membina bahagian ini. Cuma saya nak perkataan yang sesuai untuk memberi maksud sama dengan wizard. Tetapi saya mengharapkan perkataan selain ahli sihir, magik, bijak, kepintaran, dan bestari. Saya rasa Bestari bukan perkataan yang sesuai. Tolong! XS SNN95      08:54, 9 Jun 2014 (UTC)[balas]

Tak tahu. Tapi en:Wikipedia:File Upload Wizard nampaknya dihubungkan dengan Wikipedia:Muat naik. ...Aurora... (b) 09:28, 9 Jun 2014 (UTC)[balas]
Bagaimana dengan tajuk "Wikipedia:Proses pembuatan rencana" atau "Wikipedia:Aplikasi pembuatan rencana"? SNN95      11:07, 9 Jun 2014 (UTC)[balas]
Saya cenderung kepada "Wikipedia:Pembuatan rencana bestari" atau "Wikipedia:Penciptaan rencana bestari". Perlukan tajuk yg cukup berbeza daripada Wikipedia:Bagaimana memulakan laman baru atau Wikipedia:Rencana pertama anda. ...Aurora... (b) 09:24, 10 Jun 2014 (UTC)[balas]
Betul juga! Saya sokong Wikipedia:Penciptaan rencana bestari. Saya harap dengan terciptanya aplikasi ini dapat memberikan sebuah rencana yang bestari. ;P SNN95      07:41, 11 Jun 2014 (UTC)[balas]

TA Minggu 25 sunting

Bolehkah saya memasukkan semua/beberapa info berkaitan sejarah dan teknologi piala dunia terkini? SNN95      07:46, 11 Jun 2014 (UTC)[balas]

Tentu sahaja boleh. Cuma kalau boleh, pelbagaikan topiknya. ...Aurora... (b) 07:28, 17 Jun 2014 (UTC)[balas]

Tahun melawat malaysia sempena pada bulan ramadan. sunting

Aktiviti masjid ,dan pendekatan mengenai agama islam yg harus dilakukan pada bulan ramadan.pelancongan dan para pelancong ada kalanya turut serta membuka juadah berbuka puasa.aktiviti sukan air dan pantai hanya dilakukan pada waktu malam sahaja.terutama kawasan pantai pulau pangkor dan lumut,juga tidak asing di batu ferringgi georgetown.

Jadi, apa cadangan anda @Ageoffire:? Sila ambil perhatian yang laman ini dan Kedai Kopi bukan untuk ruminations peribadi tapi untuk mengutarakan perbincangan perkara-perkara khusus agar dapat dibincang bersama. Sila baca tutorial jika tidak pasti. Terima kasih. --Algazel (hubung) 23:46, 2 Julai 2014 (UTC)[balas]

Salam, saya mohon pentadbir untuk memasukan templat tersebut kedalam lajur pilihan lesen dalam ruang memuat naik fail. Saya tidak tahu dimana laman bagi menyuting bahagian memasukkan templat ini... SNN95      18:48, 7 Ogos 2014 (UTC)[balas]

Abaikan cadangan ini! Saya sudah jumpa! SNN95      18:56, 7 Ogos 2014 (UTC)[balas]

Penjanaan Info Tahukah anda? separuh automatik sunting

Saya terfikir untuk menggunakan cara yang digunakan di Portal:Jepun/Tahukah anda. Dengan cara ini info-info lama dahulu dikitar semula secara automatik untuk tatapan pembaca yang baru sahaja menjejak kaki atau yang sudah lama berkencimpung tapi tidak mengambil tahu info lama.
Bukan apa, saya cadangkan teknik ini kerana info menarik semakin kurang dan saya kena struggle setiap penghujung minggu. Saya sudah tidak mampu berbuat sedemikian setiap minggu kerana alam universiti saya masih belum habis dan assignment berlambak untuk disiapkan. Saya hanya ada waktu yang singkat untuk menyelia. Jadi banyak info yang saya tinggal dan nak mengharapkan bantuan lain agak malu kerana saya yang mahu menyelia bahagian ini.
Tetapi jika guna cara ini, teknik pengarkiban seperti selalu tidak digunakan lagi. Sebaliknya cara mengarkib info baru dalam kategori yang sudah disediakan.
Saya cadangkan teknik ini digunakan sebaik sahaja akhir tahun 2014 atau awal tahun 2015. Bagaimana? SNN95      15:28, 25 Ogos 2014 (UTC)[balas]

Saya rasa tidak salah jika entri TA dijana secara separa automatik kerana semua maklum yang ramai penyelia kesuntukan masa dan kaedah ini akan memudahkan tugas. Bezanya kita akan dapat paparan rencana yang bercampur — ada yang lama dan ada yang baharu, bukan? Itu tidak mengapa kerana ia masih menepati tujuan TA. Hanya, saya fikir pengarkiban cara baharu itu mungkin membawa implikasi, misalnya susah nak cross check atau disemak sama ada sudah dipaparkan kerana pengarkiban tidak mengikut kronologi, dsb. Jika itulah halnya, mungkin kita dapat memasukkan kategori baharu < Kategori:TA minggu Y > dalam rencana utama, yakni rencana yang judulnya ditebalkan, dan dengan cara ini dapat "mengumpulkan" rencana2 TA mengikut kronologi seperti yang dilakukan kini. --Algazel (hubung) 17:03, 25 Ogos 2014 (UTC)[balas]

Pasal nak cross check jangan risau! Lepas saya buat begini, saya hanya akan pautkan semula seperti ini. Pasal kronologi maksud @Algazel: begini? SNN95      18:13, 25 Ogos 2014 (UTC)[balas]

+ Bukan. Sekarang rencana2 disusun mengikut Minggu (kronologi) dan sistem baharu mengikut Topik ("Gambar", "Berkaitan perang" dll). Maksud saya adalah cross checking mengikut kronologi dengan topik.
Buat masa sekarang, pembaca dapat melihat arkib mengikut minggu dari Laman Utama tapi tidak akan dapat melakukan ini dengan sistem baharu—mereka hanya akan dapat melihat arkib mengikut topik. Ini kekok sedikit kerana paparan kita dilakukan mengikut minggu. Justeru saya fikir kita perlu ada satu sistem yang membolehkan si pembaca menatap rencana2 TA mengikut kronologi juga, dan seperti saya katakan terdahulu, satu cara adalah dengan mewujudkan Kat TA buat setiap minggu. Dengan cara ini kita dapat membolehkan pembaca menatap rencana2 TA dari segi topik dan kronologi. Nanti saya buat laman contoh dan saya akan maklumkan di sini. --Algazel (hubung) 00:43, 26 Ogos 2014 (UTC)[balas]
Teknik pengarkiban mengikut tahun dikekalkan tetapi tidaklah disusun seperti selalu. SNN95      18:38, 25 Ogos 2014 (UTC)[balas]
Apa maksud anda? Bagaimana perubahan susunan?
Untuk cross checking, kita hanya perlu buatkan pautan dari laman arkib baharu macam mock-up ini. (Pautan dalam mock-up ke laman arkib sedia ada dan akan berubah mengikut perubahan Daftar mingguan.) Malangnya kalau kita guna Kat untuk mengumpulkan rencana buat sesuatu Minggu, paparannya sudah tentu akan menyenaraikan rencana2 sahaja tanpa teks TA.
Apapun, saya kira cadangan anda ini suatu peningkatan buat ms-wiki. --Algazel (hubung) 02:24, 26 Ogos 2014 (UTC)[balas]
Maafkan saya jika anda tak faham apa yang diperkatakan oleh saya. Saya maksudkan lebih kurang seperti mock-up pertama yang awak buat. Cuma laman itu dinamakan sempana tahun diarkibkan. Bagi kategori pula sila lihat . Saya sudah buat pengkategorian bagi semua info dalam 2% sahaja, itupun info yang terbaru. Jika mahu kategorikan dalam bentuk tahunan, penambahan param diperlukan atau arkib info mengikut tahun melalui cara mock-up pertama yang awak tunjukkan.
Bagi senarai paparan TA di Laman Utama pula perlu ditambah sehingga kurang 10 seperti di WBInggeris. Pasal kod templat penjanaan biar buat. Saya ada idea bernas. SNN95      04:17, 26 Ogos 2014 (UTC)[balas]

Komen saya:

Sekarang pun, info lama dikitar semula secara automatik. Tapi tahun lepas punya sahajalah. Maksud anda anda mahu kitar semula yang sebelum itu juga? Ok.
Sedikit sejarah, awal2 dulu pakai arkib ikut topik sebegini. Tapi leceh nak arkib dan orang nak baca mengikut minggu (seperti kata Algazel), jadi barulah buat teknik arkib sekarang.
Tentang isu teknikal, anda berdua lebih pakar. Bagaimanapun, saya sarankan panjang TA tidak diubah. Kalau sentiasa tak cukup rencana baharu, sepatutnya dipendekkan. ...Aurora... (b) 09:10, 26 Ogos 2014 (UTC)[balas]
Baik bos! Sekarang ni persiapan sudah diatur. Bagi paparan, {{ta}} digunakan. Sekarang saya hanya perlu mengasingkan satu-satu info kedalam laman begini untuk penyesuaian dengan kod templat. Abaikan apa yang saya sedang buat dan memang nampak pelik dan kompleks tapi itu sahaja penyelesaiannya. Saya juga sudah sediakan laman untuk memeriksa kekosongan laman janaan tanpa info. Laman ini memudahkan pembuatan laman janaan info baru tanpa memeriksa satu-satu secara manual. Saya berbuat demikian jika ada sesiapa yangmahu menolong. Saya akan memulakan pengarkiban baru pada tahun 2015 nanti. SNN95      13:50, 26 Ogos 2014 (UTC)[balas]


Mengapa pautan seperti Wikipedia:Tahukah anda/10/3 muncul di Laman Utama? ...Aurora... (b) 08:49, 3 September 2014 (UTC)[balas]

Abaikan. Ada kod switch rupanya. ...Aurora... (b) 08:53, 3 September 2014 (UTC)[balas]
Nasib baik perasan...   Saya wujudkan kod sebegitu supaya senang untuk cross-check. SNN95      17:00, 3 September 2014 (UTC)[balas]

"Bot" sementara sunting

Ada sesiapa kisah jika saya beri status bot sementara pada diri saya sendiri bagi menghapuskan laman perbincangan yg banyak tu? Atau mungkin @Algazel: nak buat lagi sekali? ...Aurora... (b) 13:34, 7 Oktober 2014 (UTC)[balas]

Kalau untuk kebaikan Wikipedia Melayu saya ok je.Azim Melaka (bincang) 15:47, 7 Oktober 2014 (UTC)[balas]
Setuju. Yosri (bincang) 16:42, 7 Oktober 2014 (UTC)[balas]
Saya dah buang lebih kurang 25 rencana pagi ini, waktu low traffic. Kalau nak saya buangkan yang lain, tak ada masalah, hanya menunggu flag. --Algazel (hubung) 23:01, 7 Oktober 2014 (UTC)[balas]
Silakan @Algazel:. ...Aurora... (b) 14:43, 8 Oktober 2014 (UTC)[balas]
Selesai. 129 laman dihapuskan. Tolong ubah flag. --Algazel (hubung) 23:06, 8 Oktober 2014 (UTC)[balas]

Ulang tahun sunting

26 Oktober ini genap ulangtahun ke-12 Wikipedia bahasa Melayu. Mari kita adakan sambutan sedikit. Yosri (bincang) 14:58, 17 Oktober 2014 (UTC)[balas]

Sambutan macam mana? (awal sikit) ...Aurora... (b) 05:19, 19 Oktober 2014 (UTC)[balas]

Bataskan penciptaan laman kepada pengguna yang disahkan sahaja? sunting

Patutkah penciptaan laman dibataskan kepada pengguna yang disahkan (confirmed atau autoconfirmed) sahaja, seperti di enwiki? Kelihatannya kami mempunyai banyak pelaku musnah anon yang menciptakan laman-laman yang tidak sesuai. Ini dapat mengurangkan laku musnah jenis ini yang boleh menyembunyikan diri dari pengesanan untuk banyak tahun. Kami juga boleh mengelakkan juga spam penciptaan laman dan ini memberikan kesempatan untuk pengguna-pengguna yang baru berdaftar untuk menunjukkan bahawa mereka boleh membuat sumbangan yang baik dan bukan laku musnah. Di enwiki hak ini telah dibataskan kerana seorang pengguna anon telah menciptakan sebuah rencana biografi yang palsu yang telah mendapat perhatian media dan telah menghindari pengesanan untuk lebih daripada empat bulan. Pizza1016 (bincang (ms) | talk (en) | sumb) 04:56, 22 November 2014 (UTC)[balas]

Contohnya, ini dan ini baru berlaku. Pizza1016 (bincang (ms) | talk (en) | sumb) 07:14, 22 November 2014 (UTC) Tambahan Pizza1016 (bincang (ms) | talk (en) | sumb) 08:33, 22 November 2014 (UTC)[balas]
tambahan lagi tidak perlulah bersusah payah memerhati anonymous Ab8 (bincang) 10:58, 5 Disember 2014 (UTC)[balas]
Entahlah. Beberapa pengguna yang tidak berdaftar pun ada yang mencipta beberapa rencana yang menepati kriteria seperti pengguna 175.136.216.192. Terdapat juga yang membuat rencana-rencana yang merapu-rapu kandungannya tetapi tajuk rencananya menepati kriteria seperti Suara dan Pengangkutan di Perancis. Mungkin pengguna-pengguna ini inginkan pengguna-pengguna yang berpengalaman untuk membaikinya dan menambah lagi lebih maklumat? --توفيق بينچڠ 12:21, 5 Disember 2014 (UTC)[balas]

Adakah Vocaloid 2 dan Megurine Luka sama? sunting

Assalamualaikum... Boleh saya tanya kenapa Megurine Luka yang berpaut kepada laman Vocaloid 2 dalam bahasa lain? Ini kerana tajuk Megurine Luka tidak sama sekali dengan tajuk Vocaloid 2.

Sila lihat:https://ms.wikipedia.org/wiki/Megurine_Luka berserta laman pautannya https://en.wikipedia.org/wiki/Vocaloid_2

Saya cadangkan bahawa laman ini dipautkan kepada laman https://en.wikipedia.org/wiki/Vocaloid_2 dan lain-lain seumpama dengannya --محمد حكيمي 15:44, 19 Disember 2014 (UTC)

Abaikannya, sebab saya baru tahu bagaimana untuk mengendalikannya.--محمد حكيمي 23:11, 19 Disember 2014 (UTC)

pantau semua peringkat pengawal sunting

ramai pegawai & anggota pengawal kselamtn trlibat dgn pil kuda. patut Urine Test trutama yg kena kursus c.s. g

Sekat pengguna ini sunting

Bagaimana suntingan tidak bermakna di Negara Mikro ini boleh terlepas. Bukan rencana ini sahaja, rencana lain juga. Dalam rencananya, negara mikro, ada ditulis Kerajaan Gay dan Lesbian Kepulauan Laut Koral (sejarah). Saya rasa @Bradul: semakin megarut. Rencana TV yang tidak wujud banyak dicipta. Saya cadang mahu sahaja disekat. Hampir 10 rencana tanpa rujukan kukuh dan tidak wujud langsung di dunia dicipta degan meletakkan istilah Ferbnessa dan Phenian (dari nama watak Phineas dan Ferb). SNN95      18:35, 27 Disember 2014 (UTC)[balas]

Saya sudah sekat pengguna ini. Selepas sahaja menulis cadangan ini, saya nampak terlalu banyak rencana palsu yang dibuat atas nama Bradul. SNN95      18:44, 27 Disember 2014 (UTC)[balas]
Baru sekarang perasan :p Pengguna:Phinbella DPRK tu Pengguna:Badrul kan?