Perdana Menteri Malaysia ke-8
- 1947: Dilahirkan di Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim, Malayan Union (kini Malaysia) pada 15 Mei
- 1954 (7 tahun): Mula mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar
- 1957 (10 tahun): Bertukar ke sekolah aliran Inggeris di Ismail School, Muar
- 1959 (12 tahun): Menamatkan persekolahan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Satu; menduduki peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Exam
- 1960 (13 tahun): Meneruskan pelajaran sekolah menengah di Government English School, Muar
- 1962 (15 tahun): Menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education
- 1964 (17 tahun): Menduduki peperiksaan Malaysia Certificate of Education
- 1966 (19 tahun): Menduduki peperiksaan Higher School Certificate
- 1967 (20 tahun): Memulakan pengajian bagi ijazah sarjana muda di Universiti Malaya
- 1971 (24 tahun): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu di Universiti Malaya
- 1971 (24 tahun) dilantik menjadi Bendahari UMNO Muar Dalam-Pagoh dan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir
- 1972 (25 tahun): Berkahwin dengan Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman
- 1974 (27 tahun): Dianugerahi Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS) (II) oleh Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim
- 1976 (29 tahun): Dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim
- 1978 (31 tahun): Menang kerusi Parlimen Pagoh dan dilantik sebagai Ahli Parlimen Malaysia buat kali yang pertama
- 1979 (32 tahun): Dianugerahi Bintang Sultan Ismail Pangkat Kedua (BSI) (II) oleh Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim
- 1980 (33 tahun): Dianugerahi Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ) oleh Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim
- 1981 (34 tahun): Dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia
- 1982 (35 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia; dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Darul Ta'zim; dilantik sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
- 1983 (36 tahun): Bertukar portfolio menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian I Malaysia
- 1984 (37 tahun): Bertanding di peringkat Majlis Tertinggi UMNO, tetapi tidak cukup undian
- 1985 (38 tahun): Dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, menewaskan Tan Sri Othman Saat
- 1986 (39 tahun): Bertanding di kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang dan berjaya memenangi kerusi Dewan Negeri tersebut; dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim yang ke-13
- 1988 (41 tahun): Dianugerahi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Yang di-Pertuan Agong Malaysia (Sultan Johor Darul Ta'zim)
- 1990 (43 tahun): Mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang; dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim buat penggal kedua; bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, tetapi tewas
- 1991 (44 tahun): Dianugerahi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Darul Ta'zim; dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen
- 1993 (46 tahun): Memenangi jawatan Naib Presiden UMNO buat kali yang pertama
- 1995 (48 tahun): Bertanding semula dii kerusi Parlimen Pagoh dan memenanginya; dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
- 1996 (49 tahun): Tidak berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
- 1999 (52 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
- 2000 (53 tahun): Memenangi semula jawatan Naib Presiden UMNO dan berjaya mempertahankannya selama 8 tahun
- 2002 (55 tahun): Mengasaskan TSM Charity Golf Foundation untuk tujuan kerja-kerja amal
- 2004 (57 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
- 2007 (60 tahun): Dianugerahi Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis
- 2008 (61 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia; dianugerahi Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Bumi Kenyalang
- 2009 (62 tahun): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia; memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO menewaskan Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib
- 2010 (63 tahun): Dianugerahi Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima oleh Tun Ahmadshah Abdullah, Yang di-Pertua Negeri Sabah Negeri di Bawah Bayu; dianugerahi Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) yang membawa gelaran Dato' Seri Utama oleh Tuanku Muhriz, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus; dianugerahi Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia, Darjah Paduka Sultan Azlan Shah (SPSA) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
- 2013 (66 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pendidikan I Malaysia; menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO; dianugerahi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran Datuk Patinggi oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Bumi Kenyalang
- 2014 (67 tahun): Dianugerahi Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Yang Amat Dihormati, Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SHMS) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja oleh Sultan Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman
- 2015 (68 tahun): Digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari senarai Kabinet Malaysia 2013 semasa rombakan Kabinet Malaysia 2015 kerana menegur cara Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menanggani isu 1Malaysia Development Berhad dan isu derma RM2.6 Billion; digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan diganti oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi; dihalang untuk membuat ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2015
- 2016 (69 tahun): Digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga Pemilihan UMNO akan datang; dipecat dari UMNO; menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan dilantik sebagai Presiden BERSATU
- 2017 (70 tahun): Dilantik sebagai Timbalan Presiden III Pakatan Harapan dan Pengerusi Pakatan Harapan Johor Darul Ta'zim
- 2018 (71 tahun): Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, dilantik semula sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir yang baharu
- 2019 (72 tahun): Dianugerahi Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama oleh Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka
- 2020 (73 tahun): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 pada 29 Februari dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac
- 2020 (73 tahun): Menubuhkan Parti Perikatan Nasional seterusnya mengetuai kerajaan campuran yang dinamakan sebagai Kerajaan Perikatan Nasional
- 2021 (74 tahun): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14 yang diketuai oleh 15 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan 105 dari pihak Pembangkang Malaysia yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah, Parti Pejuang Tanah Air, Parti Sarawak Bersatu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu dan Bebas berbanding 100 orang yang beliau perolehi
- 2021 (74 tahun): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 pada 16 Ogos dan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan dari 16 Ogos hingga 20 Ogos
- 2021 (74 tahun): Dilantik sebagai Pengerusi bertaraf Menteri Majlis Pemulihan Negara dan dikenali sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara
|