70
Tahun
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 70. Bagi kegunaan lain, sila lihat 70 (nombor).
70 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium pertama |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
suntingMengikut tempat
suntingAfrika
sunting- Septimius Flaccus dari Rom membuat satu ekspedisi ke selatan Mesir dan mungkin tiba di Sudan.
- Ze-Hakèlé (Zoscales dalam bahasa Greek) menjadi raja Aksum.
Asia
sunting- India memperlihatkan keakhiran dinasti-dinasti Keyunanian.
Empayar Rom
sunting- Pembinaan bangunan Colosseum bermula (tarikh anggaran).
- Frontinus menjadi praetoria Rom.
- Pliny si Lebih Tua berkhidmat sebagai peguam cara di Gallia Narbonensis.
- 5 Jun - Titus dan legion-legion Rom memecahkan tembok tengah Jerusalem.
- 4 Ogos - Titus, jeneral dan bakal maharaja Rom, memusnahkan Candi Yahudi di Jerusalem sehingga hanya meninggalkan Tembok Barat yang kini terkenal. Rom menempatkan askar-askarnya di Jerusalem serta membatalkan kepaderian Yahudi dan majlis Sanhedrin. Ini kemudian dikenali sebagai Kejatuhan Jerusalem, suatu peristiwa yang tidak dapat dipertikaikan dalam Perang Pertama Yahudi-Rom. Selepas peristiwa ini, pimpinan agama Yahudi berpindah dari Jerusalem ke Jamnia (Yavne masa kini), dan kemusnahan Jerusalem dikabung setiap tahun dengan berpuasa pada hari Tisha B'Av.
- Neapolis (Nablus masa kini) diasaskan di Provinsi Iudaea.
- V Alaudae dan XV Primigenia, legion-legion Rom, dimusnahkan dalam Pemberontakan Batavia. Quintus Petillius Cerialis kemudian menewaskan tentera puak Batavia di bawah Gaius Julius Civilis.
- I Germanica serta IIII Macedonica, legion-legion Rom, dibubarkan dan II Audiutrix ditubuhkan.
- Domitian, bakal maharaja Rom, berkahwin dengan Domitia Longina.
- Tentera Rom membuat ekspedisi punitif terhadap masyarakat Garamantes, dan memaksa mereka mengadakan hubungan yang rasmi dengan Empayar Rom.
- Empayar Rom di bawah Vespasian mengilhakkan pulau Samothrace.
Mengikut tempat
suntingAgama
sunting- Avignon menjadi sebuah pusat kawasan pentadbiran biskop.
Kelahiran
suntingKematian
sunting- Hero dari Alexandria (tarikh anggaran)