A. M. Azahari
Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
(Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)
|
Sheikh Azahari bin Sheikh Mahmud (3 September 1928 – 20 April 2002) atau lebih dikenali sebagai A.M. Azahari merupakan seorang ahli politik Brunei. Beliau orang utama terlibat dalam Pemberontakan Brunei yang dilihat menyanggah rancangan pembentukan Persekutuan Malaysia selain menggabungkan Sabah, Sarawak dan Brunei membentuk suatu negara baharu iaitu Kesatuan Kalimantan Utara.
A.M. Azahari | |
---|---|
Perdana Menteri Persekutuan Kalimantan Utara (Tidak diiktiraf) | |
Dalam jawatan 7 November 1961 – 18 Disember 1962 | |
Pengerusi Parti Rakyat Brunei | |
Dalam jawatan 2 Oktober 1947 – 18 Disember 1962 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Jajahan Mahkota Labuan (kini Labuan, Malaysia) Dipertikai* | 3 September 1928
Meninggal dunia | 20 April 2002 Bogor, Indonesia | (umur 73)
Pasangan | tidak diketahui |
Awal hidupSunting
Beliau keturunan kacukan Arab-Melayu. Ramai orang mendakwa belia dilahirkan di Labuan, namun Azahari menolak dengan tegas dakwaan tersebut dan berkata beliau dilahirkan di Bandar Brunei di sebuah rumah di tapak terbinanya Muzium Peringatan Churchill (kini Muzium Alat Kebesaran Diraja) namun pernyataan tersebut dilihat para sejarawan mustahil untuk disahihkan[1]
Beliau mendapat pendidikan di Jawa dan kemudian bertarung melawan Belanda di sana.
Kerjaya politikSunting
Beliau pemimpin Partai Rakyat Brunei yang berupaya untuk mengurangkan kekuasaan mutlak Sultan Omar Ali Saifuddin III agar digantikan dengan sebuah kerajaan perlembagaan.
Partai Azahari memenangkan seluruh 16 kerusi terpilih dalam dewan perundangan beranggotakan 33 orang dan sebagai ahli politik sayap kiri, Azahari sangat menentang gagasan Sultan agar Brunei menjadi anggota dalam Federasi Malaysia, bersama dengan Borneo Utara Britania (yang kemudian berganti nama menjadi Sabah), Sarawak dan Singapura.
Gagasan Kalimantan Utara awalnya diusulkan oleh Azahari, yang memiliki hubungan dengan pemikir nasionalis seperti Sukarno dan Ahmad Zaidi Adruce di Jawa pada 1940an. Gagasan tersebut mendukung dan mencanangkan penyatuan seluruh teritorial Borneo yang berada di bawah kekuasaan Inggris membentuk sebuah negara Kalimantan Utara sayap kiri independen.
Azahari secara peribadi mendorong kemerdekaan Brunei dan bergabung dengan Borneo Utara dan Sarawak untuk membentuk federasi dengan Sultan Brunei sebagai suatu negara berkerajaan perlembagaan.
Namun, Partai Rakyat Brunei sepakat untuk bergabung dengan Malaysia dalam kondisi tiga teritorial Borneo utara yang disatukan dengan Sultan mereka sendiri, dan sangat menolak dominasi oleh Malaya, Singapura, para administrator Melayu atau para pedagang Tionghoa.[2]
Usulan Kalimantan Utara dipandang sebagai alternatif pasca-penyahjajahan setempat yang menentang rencana Persekutuan Malaysia. Oposisi lokal di seluruh teritorial Borneo utamanya berdasarkan pada perbedaan budaya, sejarah, politik dan ekonomi antara negara-negara Borneo dan Malaya, serta penolakan dominasi politik kuasa Tanah Melayu yang lebih tertumpu di Semenanjung.
Pada masa Pemberontakan Brunei, Azahari berada di Manila dan berupaya untuk menghindari penangkapan oleh pasukan British dan Komanwel yang membantu meredam pemberontakan tersebut. Beliau pernah terlibat dalam pemberontakan Limbang.
Hidup di pengasingan dan kematianSunting
Setelah percubaan beliau ditumpaskan, beliau melarikan diri ke Jakarta mendapat suaka dari Presiden Sukarno pada 1963 dan tinggal dalam pengasingan di Kalimantan. A. M. Azahari kemudian meninggal pada 2002 di Bogor, Indonesia. Ia berusia 75 tahun meninggalkan seorang istri dan lebih dari 10 anak.
RujukanSunting
- World History Study Guide. "Parti Rakyat Brunei History Summary". Retrieved 15 December 2005.
- Sejarah Indonesia "The Sukarno years: 1950 to 1965". Retrieved 15 December 2005.
- Jabatan Negara A.S.. "Brunei". Retrieved 17 September 2010.