A. Rahman bin Mokhtar
Dr. A. Rahman Bin Mokhtar dilahirkan pada 22 Mac 1958. Anak jati Pulau Perhentian, Besut ini kini meniti usia 55 tahun. Hasil perkongsian hidup bersama Puan Azizah Binti Bt. Omar, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata, 3 lelaki dan seorang perempuan.
Dr. A. Rahman bin Mokhtar | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Kuala Besut | |
Dalam jawatan Mac 2008 – April 2013 | |
Raja | Mizan Zainal Abidin |
Didahului oleh | Abdullah Che Muda |
Digantikan oleh | Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman |
Majoriti | 2,434 (PRU-13) 2,631 (PRU-12) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pulau Perhentian, Besut, Terengganu | 22 Mac 1958
Meninggal dunia | 26 Jun 2013 Kuala Terengganu, Terengganu | (umur 55)
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Azizah binti Omar |
Anak-anak | Empat |
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu dan seterusnya menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kuala Besut, Besut. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan dapat meneruskan pengajian ke peringkat Matrikulasi di Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur dan juga Matrikulasi UKM, Sek. Men. Sultan Abd. Halim, Jitra, Kedah.
Minat beliau dalam bidang perubatan mendorong beliau menyambung pengajian di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Kolej Kesihatan Umum Universiti Of Philippines, di Manila.
Beliau aktif dalam komuniti setempat dan pernah menjadi Pengerusi Peti Undi Seberang Barat, Kuala Besut, AJK Penyelaras Dun Kuala Besut dan AJK Pilihanraya – Peti Undi, Dun & Parlimen Besut 2004. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah Ketua Umno Cawangan Kuala Besut, Pengerusi Penyelaras Umno Dun Kuala Besut, Setiausaha Umno Bahagian Besut dan Adun Kawasan Kuala Besut.
Pada 26 Jun 2013, Dr A. Rahman meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat barah peparu. Kematian beliau bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU-13.[1] Ia bakal menjadi satu pilihan raya kritikal, kerana BN hanya mendapat kelebihan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu 2013.[2]
Rujukan sunting
- ^ BERNAMA (26 Jun 2013). "Speaker Akan Maklumkan Kekosongan Kerusi DUN Kuala Besut Kepada SPR Khamis". mStar Online. Dicapai pada 26 Jun 2013.[pautan mati kekal]
- ^ Nurul Ain Mohd Hussain (26 Jun 2013). "Pilihan Raya Kecil Kuala Besut Bakal Berlangsung Sengit - Anwar". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-03. Dicapai pada 26 Jun 2013.
Pautan luar sunting
- A. RAHMAN BIN MOKHTAR Diarkibkan 2013-06-29 di Wayback Machine