APEC Malaysia 2020

APEC Malaysia 2020 ialah mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Malaysia[1][2] bermula pada Disember 2019 hingga November 2020.[3]

APEC Malaysia 2020
Tuan rumahMalaysia
Tarikh20 November 2020
TempatKuala Lumpur
Persidangan sebelum iniAPEC Chile 2019
Persidangan seterusnyaAPEC New Zealand 2021

Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah mesyuarat APEC pada tahun 1998. Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah dipilih menjadi pemimpìn pertama yang dipilih untuk mengacarakan mesyuarat APEC buat kali kedua.[4]

Namun, selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tugas itu diambil alih oleh pengganti beliau selaku Pengerusi APEC 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mesyuarat terpaksa ditunda kerana wabak penyakit koronavirus 2019 masih menular. Namun, Menteri Kanan Kluster Ekonomi, Azmin Ali menyatakan mesyuarat tersebut akan diteruskan juga setelah mendapat komitmen daripada para pemimpin negara-negara APEC.[5]

Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC

sunting

Wakil yang menghadiri ke mesyuarat ini :[6]

Ahli Gelaran Wakil
  Amerika Syarikat Presiden Amerika Syarikat   Donald Trump
  Australia Perdana Menteri   Scott Morrison
  Brunei Sultan   Hassanal Bolkiah
  Chile Presiden   Sebastián Piñera
  Republik Rakyat China Presiden   Xi Jinping
  Filipina Presiden   Rodrigo Duterte
  Hong Kong Ketua Eksekutif   Carrie Lam
  Indonesia Presiden   Joko Widodo
  Jepun Perdana Menteri   Suga Yoshihide
  Kanada Perdana Menteri   Justin Trudeau
  Korea Selatan Presiden   Moon Jae-in
  Malaysia Perdana Menteri Malaysia   Muhyiddin Yassin (hos)
  Mexico Setiausaha Ekonomi   Graciela Márquez Colín
  New Zealand Perdana Menteri   Jacinda Ardern
  Papua New Guinea Perdana Menteri   James Marape
  Peru Presiden   Francisco Sagasti
  Rusia Presiden   Vladimir Putin
  Singapura Perdana Menteri   Lee Hsien Loong
  Taiwan CT Wakil Khas   Morris Chang Zhong Mou
  Thailand Perdana Menteri   Prayut Chan-o-cha
  Vietnam Perdana Menteri   Nguyễn Xuân Phúc

Mesyuarat

sunting

Pada 20 November 2020, Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump adalah antara 21 pemimpin yang menyertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC tahun ini secara maya yang telah dihoskan oleh Perdana Menteri Malaysia kelapan Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, Malaysia.[6][7][8][9][10]

Presiden Trump mengulangi komitmen dan berjanji bahawa pentadbirannya akan menggalakkan keamanan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik melalui pertumbuhan ekonomi yang utuh, bekerjasama ke arah pewujudan perniagaan dan pelaburan bebas, terbuka dan tanpa diskriminasi untuk memulihkan ekonomi mereka yang terjejas oleh koronavirus.[6][8][9][10]

Semua ahli wakil APEC bersetuju dengan Presiden Trump dan buat pernyataan bersama untuk melaksanakan perdagangan bebas dan terbuka serta membantu orang yang dikena oleh pandemik COVID-19.[6][8][9][10]

Mereka juga menyenaraikan akses digital dan keselamatan digital secara saksama dalam satu lagi pernyataan bersama yang mereka namakan sebagai "Wawasan Putrajaya APEC 2040 (APEC Putrajaya Vision 2040)".[6][8][9][11]

Rujukan

sunting
  1. ^ Landau, Esther (8 August 2019). "APEC 2020 host job will benefit Malaysian economy". New Straits Times.
  2. ^ "APEC 2020 will be an important event for Malaysia — Australian envoy". theedgemarkets.com. 12 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-27. Dicapai pada 2020-02-22.
  3. ^ "Ministry of International Trade and Industry - APEC 2020 Volunteer". miti.gov.my. Dicapai pada 17 November 2019.
  4. ^ "Malaysian Investment Development Authority - APEC 2020: Charting New Frontiers". mida.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-18. Dicapai pada 2020-02-22.
  5. ^ APEC 2020 diteruskan - Azmin
  6. ^ a b c d e APEC Leaders Issue Kuala Lumpur Declaration dari Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
  7. ^ Donald Trump wakili AS sertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC dari Berita RTM
  8. ^ a b c d Statement from the Press Secretary dari White House
  9. ^ a b c d "Negara-negara Asia Pasifik Serta China, AS Komited Laksana Perdagangan Bebas dan Terbuka" dari Benar News
  10. ^ a b c "Pemimpin APEC kerjasama wujud perniagaan bebas" dari Media Permata Online
  11. ^ "APEC Putrajaya Vision 2040" di APEC

Pautan luar

sunting
Didahului oleh
APEC Chile 2019
Mesyuarat APEC
2020
Diikuti oleh:
APEC New Zealand 2021