Abdul Aziz Mohd Noh
Datuk Abdul Aziz Mohd Noh (1946 - 3 Ogos 2010) merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Permatang di Kuala Selangor untuk penggal 2004 hingga 2008.
Datuk Abdul Aziz Mohd Noh | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Permatang | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Abu Hassan Omar |
Digantikan oleh | Sulaiman Abdul Razak |
Majoriti | 533 (PRU-11) |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1946 |
Meninggal dunia | 3 Ogos 2010 km 445, Lebuhraya PLUS,Sg. Buluh |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | BN-UMNO |
Pasangan | Siti Fatimah Mohd Noor |
Anak-anak | 3 |
Kediaman | Seksyen 9 , Shah Alam |
Pekerjaan | bekas ADUN |
Keluarga
suntingIsterinya Siti Fatimah Mohd Noor (62). Anaknya Norazilah (40), pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Sementara Norazian (37) pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel). Anak lelakinya Mohd Anis Hisham (33) exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Mereka menetap di Seksyen 9 , Shah Alam dan pejabat di Jalan 16/11, Petaling Jaya.
Politik
suntingBeliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omarpada 1997. Abdul Aziz boleh berbahasa Mandarin dan memiliki lesen pistol.
Pada pilihanraya umum 2004, Datuk Aziz menjadi calon BN dan berjaya menewaskanSamry Masri dari PKR dengan majoriti 4,285 undi. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, kerusi Permatang diserahkan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili UMNO.
Meninggal dunia
suntingPada 3 Ogos 2010, Datuk Abdul Aziz (64) dan pembantu peribadi (PA) Siti Rohana Ihsamat (43) ditembak mati ketika sedang memandu kereta Toyota Caldina. Mulanya polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buloh. Kereta itu didapati terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Kereta itu dalam keadaan sedikit kemek dan tiada kesan tembakan.[1]Terdapat dua kesan tembakan di kepala dalam sebuah kereta di Kilometer 445, Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara dekat Sungai Buloh. Jaraknya beberapa kilometer selepas Restoran Jejantas Sungai Buloh
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam laman Facebooknya memaklumkan bahawa siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa. Tembakan dilepaskan dari dalam kereta .Sepucuk pistol revolver .38 ditemui dalam kereta dan masih mempunyai beberapa butir peluru. Abdul Aziz adalah pemilih sah (berlesen) pistol tersebut.
Siti Rohana merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang dan ketua Wanita Cawangan Umno Sungai Gulang-Gulang. Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Namun setakat ini, tidak ada orang ketiga terlibat. Jenazah Siti Rohana dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 7 1/2 , Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang. Beliau dalam perjalanan ke majlis Hari Guru di Tanjung Karang. Dia bercerai dengan bekas suaminya Abdul Aziz Hamim (43) dan mempunyai 4 orang anak.[2] Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.[3]Pada 10 Ogos 2010, polis mengesahkan bahawa kes ini disahkan sebagai sebagai kes bunuh dan bunuh diri.[4]
Rujukan
sunting- ^ ""Bekas ADUN dan pembantu peribadi maut dengan kesan tembakan", Utusan Online. 3 Ogos 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-06. Dicapai pada 2010-08-03.
- ^ ""Bekas ADUN S'gor ditembak mati", Malaysiakini.com. 3 Ogos 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-13. Dicapai pada 2010-08-03.
- ^ Kematian bekas ADUN Selangor dengan kesan tembakan masih misteri[pautan mati kekal]
- ^ "Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri", Malaysiakini.com. 10 Ogos 2010.