Abd Rani Osman

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Abdul Rani Osman)

Dr Haji Abdul Rani bin Osman (14 April 1958—23 Januari 2023[1]) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.[2]

Dr.

Abdul Rani Osman
Dr. Haji Abdul Rani bin Osman memberi ucapan
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Meru
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului olehDatuk Jaei Ismail (BN-UMNO)
Digantikan olehMohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PH-AMANAH)
Majoriti5,513
Pesuruhjaya PAS Selangor
Dalam jawatan
2011–2013
Didahului olehHasan Mohamed Ali
Digantikan olehIskandar Abdul Samad
Butiran peribadi
Lahir14 April 1958
Pelabuhan Klang, Selangor
Meninggal dunia23 Januari 2023(2023-01-23) (umur 64)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanPersiaran Hamzah Alang, Kapar, Selangor
PekerjaanAhli politik, doktor
Laman web rasmiPusat Khidmat Masyarakat DUN Meru

Kerjaya sunting

Sebelum beliau turun ke kancah politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru iaitu Klinik Fitrah[3]. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) dari Universiti Tanta, Republik Arab Mesir.

Khidmat masyarakat sunting

Selain mendekatkan diri beliau dengan penduduk Meru, Selangor melalui perkhidmatan perubatan, beliau juga merupakan seorang imam di Masjid Asy-Syarif, Meru. Kerap kali dalam beberapa minggu, akan kedengaran suara beliau membaca khutbah Jumaat di masjid dan mengimamkan solat tersebut. Beliau juga sering mengikuti program-program anjuran masjid yang mana secara tidak langsung menjadi seorang tokoh yang islamik dan sistematik.

Beliau juga kerap memenuhi jemputan penduduk untuk memeriahkan majlis kenduri mahupun perkahwinan tanpa mengira agam dan bangsa. Kelibat beliau juga sering dilihat memberi bantuan kepada penduduk Meru yang memerlukan. Rata-rata penduduk Meru amat berpuas hati dengan kepimpinan beliau tanpa mengira parti yang beliau naungi.

Keputusan pilihan raya sunting

Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2004 N42 Meru Abdul Rani Osman PAS 7,751 Jaei Ismail BN 11,850 4,099
2008 N42 Meru Abdul Rani Osman PAS 14,826 Md Ghazali Md Amin BN 9,313 5,513
2013 N42 Meru Abdul Rani Osman PAS 22,086 Sukaiman Ahmad BN 13,007 9,079
2018 P109 Kapar Abdul Rani Osman PAS 31,425 Abdullah Sani Abdul Hamid PH 47,731 16,306
S. Manikavasagam PRM 525
Mohana Muniandy BN 26,412

Rujukan sunting

  1. ^ "Dr Rani Osman kembali ke rahmatullah". Harakahdaily. 23 Januari 2023. Dicapai pada 23 Januari 2023.
  2. ^ Harakahdaily (12 Jun 2011). "Dr Abd Rani Osman Dilantik Sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Yang Baru". PKM DNS Sungai Burong. Dicapai pada 23 Januari 2023.
  3. ^ "Bekas ADUN Meru meninggal dunia". Utusan Malaysia. 23 Januari 2023. Dicapai pada 23 Januari 2023.