Abdul Razak Abdul Rahman
Yang Berhormat Datuk Abdul Razak Abdul Rahman ataupun lebih dikenali dengan nama "Tok Ajak" adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka UMNO Barisan Nasional kawasan Telok Mas, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Melaka, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka. Beliau juga adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka (2008-2018), Bendahari Pemuda UMNO Malaysia (2013-2018) dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2008-2013).
Yang Berhormat Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman DCSM DPSM (Melaka); ADUN | |
---|---|
عبد الرزاق بن عبد الرحمن | |
Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka | |
Menyandang jawatan 24 Jun 2018 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Timbalan Presiden | Mohamad Hassan |
Setiausaha Agung | Ahmad Maslan |
Pengerusi Negeri | Ab Rauf Yusoh |
Setiausaha Negeri | Sulaiman Md Ali |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Telok Mas | |
Menyandang jawatan 27 Disember 2021 | |
Didahului oleh | Noor Effandi Ahmad |
Majoriti | 2,070 (PRU-15) |
Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Timbalan Presiden | Mohamad Hassan |
Setiausaha Agung | Ahmad Maslan |
Pengerusi Negeri | Ab Rauf Yusoh |
Setiausaha Negeri | Sulaiman Md Ali |
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka | |
Presiden | Najib Razak |
Timbalan Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Setiausaha Agung | Tengku Adnan |
Ketua Pemuda Pusat | Khairy Jamaluddin |
Pengerusi Negeri | Idris Haron |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Melaka, Malaysia | 14 Jun 1973
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Kediaman | Melaka, Malaysia |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Latar Belakang
suntingAbdul Razak Abdul Rahman pernah bertanding di DUN Telok Mas pada Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi kalah dengan majoriti 1,288 kepada Fendi Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat dan Kerajaan Negeri Melaka jatuh ke Pakatan Harapan.
Pada Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 November 2021, Abdul Razak Abdul Rahman sekali lagi terpilih sebagai calon Barisan Nasional di DUN Telok Mas dan berjaya mengalahkan calon daripada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dengan majoriti 2,076 undi.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali. Kemudian portfolio beliau ditukar kepada Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Melaka selepas terbentuk Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15.
Politik
suntingAbdul Razak Abdul Rahman mula aktif dalam politik dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sebelum menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan seterusnya menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka.
Beliau kemudian memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka sejak 2008 sehingga 2018. Dalam pada masa yang sama beliau menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sehingga 2013. Pada 2013, beliau dilantik sebagai Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sehingga tahun 2018 di bawah Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu, Khairy Jamaluddin.
Selepas PRU-14, beliau bertanding dan memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka (2018-Kini). Beliau juga dilantik selaku Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato' Seri Dr Shahidan Kassim dari 2014 sehingga 2018.
Pada Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026, Abdul Razak Abdul Rahman telah menawarkan diri untuk bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang diadakan pada Mac 2023.