Adlan Shaharir (lahir 13 April 1982) merupakan seorang pengarah, penerbit dan penulis dari Petaling Jaya, Malaysia. Beliau dikenali sebagai pencipta dan pengarah siri komedi popular Keluarga Instafamous di Awesome TV dan penerbit eksekutif, penasihat kandungan kreatif serta pengarah rancangan realiti "signature" pertama untuk TVS, Getaran Jiwa. Beliau juga pernah menerbitkan rancangan realiti komedi populardi Astro Warna bertajuk Maharaja Lawak Mega dari tahun 2016 hingga 2016.

Beliau juga merupakan penulis lagu dan lirik untuk pelawak Abam Bocey (Ala Tuyul) dan kumpulan nasyid UNIC (Langit Jingga)

Kehidupan Awal & Pendidikan sunting

Muhammad Adlan Shaharir dilahirkan di Kuala Lumpur pada April 13, 1982. Beliau pernah bersekolah rendah di Bangkok Patana International School di Bangkok, Thailand dan Hampden Gurney School di London, England. Bermula tahun 1990, beliau mula bersekolah di SRK Taman Melawati dan kemudian mendapat pendidikan menengah di SMK Taman Melawati dan SMK Seksyen 5, Wangsa Maju.

Adlan mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Bachelor of Multimedia (hons), Creative Multimedia (Film & Animation)) dari Multimedia University (MMU).

Karier sunting

Beliau memulakan karier sebagai seorang penyunting di MiTV Corp pada tahun 2005, kemudian menyertai Astro Productions Sdn. Bhd. sebagai seorang penolong penerbitpada tahun 2008. Ketika ini beliau terlibat dalam program tv berbentuk hiburan seperti Akademi Fantasia, Tom Tom Bak dan Kring Kring. Bermula tahun 2011 hingga 2019, beliau mula mengarah dan menerbitkan program tv dalam genre yang lain seperti Imam Muda, Meletop, Ustaz Evo, Gegar Lawak dan Maharaja Lawak Mega (2016-2018).

Beliau meninggalkan Astro pada tahun 2019 dan pernah menjadi Ketua Bahagian Produksi di Awesome TV pada tahun yang sama. Adlan kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Morningstar Entertainment Sdn. Bhd., sebuah syarikat produksi filem dan televisyen. Beliau dalam perancangan menayangkan filem seram pertama arahannya, Cari. Beliau juga dalam perancangan untuk menerbit, menulis dan mengarah beberapa siri tv dan filem.

Pautan Luar sunting

https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2010/10/21/soal-asyraf-temui-penonton-26-oktober-ini

https://www.hmetro.com.my/rap/2022/10/892555/asah-nyanyian-karya-legenda

https://era.syok.my/interaktif/berita-hiburan-era/abam-keluar-lagu-single

https://www.myinfotaip.com/2021/06/keluarga-instafamous.html

https://liriknasyidnet.blogspot.com/2019/05/unic-langit-jingga.html