Ahlam
Ahlam (lahir di Abu Dhabi, Negeri-Negeri Gencatan Senjata (kini Emiriah Arab Bersatu), 13 Februari 1968; umur 56 tahun) merupakan seorang penyanyi popular di Bahrain. Beliau telah mendapat kewarganegaraan Emiriah Arab Bersatu pada 1996.
Ahlam أحلام أحلام الشامسي | |
---|---|
Kelahiran | Ahlam Alshamsi 13 Februari 1968 |
Nama lain | Ahlam |
Pekerjaan | penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1995 – kini |
Pasangan | Mubarak Al-Hajiri |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Muzik Arab |
Instrumen | vokal |
Syarikat rakaman |
|
Beliau berjaya menghasilkan 9 buah album dan amat popular di dunia Arab khususnya di rantau Teluk.
Kehidupan Awal
suntingAhlam Ali Shamsi dilahirkan pada 13 Februari 1968 di Negeri-Negeri Gencatan Senjata (kini Emiriah Arab Bersatu).
Beliau mula menyanyi pada peringkat awal umurnya iaitu ketika di zaman kanak-kanak lagi. Beliau selalu membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan keraian di sekitar negara Teluk. Ketika inilah bakatnya telah diperhatikan oleh seorang komposer Kuwait bernama Anwar Abdullah
Karier Sebagai Penyanyi
suntingKemudian beliau telah menandatangani sebuah kontrak dengan Funoon Al Emarat, sebuah syarikat rakaman di rantau Teluk. Anwar Abdullah telah membantu beliau dalam menerbitkan albumnya yang pertama berjudul Ahlam (Mimpi-mimpi).
Beliau sekarang di bawah naungan syarikat rakaman Rotana.
Beliau telah dinobatkan oleh Muhammad Abdo, seorang penyanyi popular Arab Saudi sebagai seorang yang mempunyai suara Khaliji (rantau Teluk) yang 100% tulin.
Ahlam merupakan antara artis yang terkaya di dunia Arab dan merupakan antara artis yang mendapat bayaran tinggi daripada Rotana.
Kehidupan Peribadi
suntingAhlam telah berkahwin dengan seorang juara lumba kereta rally yang berasal dari Qatar, Mubarak Al Hajiri dan mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Fahid.
Pautan Luar
sunting- http://www.ahlamvoice.ws - laman web rasmi Ahlam.
- http://www.ahlamworld.net
- Ahlam di Instagram