Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee (1940 – 29 Mac 2024) merupakan seorang pengamal media Malaysia, yang berkhidmat di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Berita Harian. Beliau dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara pada tahun 2014.[1]


Ahmad Rejal Arbee
Kelahiran
Ahmad Rejal Arbee bin Mohamed Isa Arbee

1940 (1940)
Meninggal dunia29 Mac 2024(2024-03-29) (umur 83–84)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor, Malaysia
PekerjaanPengamal media
Tahun aktif1969–2014
PasanganDatin Noraini Shariff
Anak-anak7

Kerjaya sunting

Ahmad Rejal Arbee memulakan kerjayanya di BERNAMA pada 1969 sebagai pemberita kanan sebelum berangkat ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negara pertama agensi berita itu pada tahun 1973. Beliau juga ialah antara pengamal media terawal yang meneroka konsep media dwibahasa dan antara kakitangan pengasas BERNAMA sewaktu penubuhannya pada 1968.[1][2]

Sepanjang berkhidmat di BERNAMA, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Meja Politik dan Parlimen, kemudian dilantik Timbalan Pengarang dan Ketua Bahagian Ekonomi sebelum meninggalkan BERNAMA untuk menyertai New Straits Times (NST) pada 1976.[1]

Ahmad Rejal Arbee kembali menyertai BERNAMA sebagai Ketua Pengarang pada 1981 sebelum menamatkan perkhidmatan pada 1989. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Akhbar Malaysia (MPI) dari Januari 1984 sehingga April 1989. Beliau turut menjawat jawatan Pengarang Kumpulan Berita Harian bermula 1998, memegang jawatan selama 5 tahun sehingga 2003.[1]

Beliau turut menyumbangkan penulisan kritis ulasan berita untuk bebasnews.my.[3]

Anugerah sunting

Ahmad Rejal Arbee dinobatkan Tokoh Wartawan Negara 2014 sempena majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara dan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2014.[1] Selain itu, beliau turut pernah menerima darjah kebesaran persekutuan dan negeri.

Darjah kebesaran sunting

  •   Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (2001)
  •   Malaysia
    • Johan Setia Mahkota (J.S.M.) - 1989
    • Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2000)

Kehidupan peribadi dan kematian sunting

Beliau berkahwin dengan Datin Noraini Shariff dan dikurniakan 7 anak.[1][4]

Beliau meninggal dunia pada 29 Mac 2024 akibat sakit tua pada usia 84 tahun.[5][6] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam pada jam 11:20 pagi.[1][7][8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g "Bekas Pengarang Kumpulan BH, Rejal Arbee meninggal dunia". Berita Harian. 29 Mac 2024. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  2. ^ Tuah Buqhairah Tuan Muhamad Adnan (29 Mac 2024). "Ahmad Rejal pengamal media terawal teroka konsep media dwibahasa". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  3. ^ Abdul Hafiz Ahmad (29 Mac 2024). "Ahmad Rejal Arbee turut berjasa kepada bebasnews.my". Bebas News. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  4. ^ Faida Rahim (29 Mac 2024). "Allahyarham tegas tetapi penyayang - Anak Ahmad Rejal Arbee". Astro Awani. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  5. ^ "Former Berita Harian group editor Ahmad Rejal Arbee dies". New Straits Times. 29 Mac 2024. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  6. ^ "National journalism laureate Ahmad Rejal Arbee passes away". The Star Online. 29 Mac 2024. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  7. ^ Norzamira Che Noh (29 Mac 2024). "Jenazah Ahmad Rejal Arbee selamat dikebumikan". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  8. ^ "National Journalism Laureate Ahmad Rejal Arbee laid to rest in Shah Alam". The Malay Mail. 29 Mac 2024. Dicapai pada 29 Mac 2024.