Ala Dondang (album)
Ala Dondang ialah album studio ketujuh oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 28 Julai 1997, oleh Suria Records. Ia adalah album baharu pertamanya dalam tempoh lebih empat tahun, selepas keluaran Noraniza Idris (1992). Ditulis dan diterbitkan oleh Pak Ngah dan S. Atan, Ala Dondang ialah album Irama Malaysia dengan pengaruh muzik ghazal dan zapin.
Ala Dondang | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 28 Julai 1997 | |||
Dirakamkan pada | September 1996 - Jun 1997 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Studio | Pro Recording Studio | |||
Genre | Irama Malaysia | |||
Panjang | 44:34 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penerbit | ||||
Kronologi Noraniza Idris | ||||
| ||||
Single daripada Ala Dondang | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Untuk penerbitan album ini, Noraniza bekerjasama bersama Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dan S. Atan selaku penerbit yang menerbitkan album ini secara eksperimental dan akhirnya berjaya terjual sebanyak 200,000 ribu unit. Ala Dondang mempertaruhkan lagu Awallah Dondang sebagai single pertama untuk album ini. Noraniza telah membuka mata masyarakat pada ketika itu, Orang ramai bukan sahaja tertumpu dengan lagu-lagu bergenre pop, rock, R&B dan sebagainya tetapi mereka juga tertarik dengan lagu-lagu bercorak tradisional selepas sahaja album ini dilancarkan. Oleh kerana sambutan terhadap album ini memberangsangkan. Ala Dondang telah diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-5 (1998) dan turut tercalon untuk kategori utama, Album Terbaik.
Ringkasan album
suntingAla Dondang diilhamkan dengan hasrat agar dapat mengembalikan khazanah muzik tradisional yang menjadi warisan pusaka turun temurun untuk generasi masa kini menikmatnya menerusi album ini. Penghasilan album ini adalah merupakan koleksi lagu-lagu tradisional yang sering mengingatkan kita betapa kayanya keaslian budaya dan pusaka yang tiada ternilai. Melalui sentuhan dan gubahan muzik yang diberikan nafas baru bersesuaian dengan peredaran masa kini serta ilham rasa oleh penulis lirik dan pencipta maka lahirlah album Ala Dondang ini. Noraniza telah bekerjasama dengan ramai komposer untuk penghasilan lagu-lagu di dalam album ini antaranya Anak Sarawak, Khalil Sharif, Pak Ngah, Rahim Jantan dan Hairul Anuar Harun.
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Awallah Dondang" | Hairul Anuar Harun | Anak Sarawak | 4:15 | ||||||
2. | "Semalu Rimba" | Hairul Anuar Harun | Khalil Sharif | 5:03 | ||||||
3. | "Joget Orang Berkasih" | Siso | S. Atan | 4:12 | ||||||
4. | "Rindu" | Siso | Fandi | 3:22 | ||||||
5. | "Mustika Hati" | Atan Ahmad | Atan Ahmad | 5:41 | ||||||
6. | "Purnama" | Rahim Jantan | Rahim Jantan | 4:32 | ||||||
7. | "Mahligai Asli" | Lokgha | Pak Ngah | 4:12 | ||||||
8. | "Padamu Jua" | Habsah Hassan | Jamal Abdullah | 4:37 | ||||||
9. | "Embun Setitik" | Hairul Anuar Harun | Arid | 4:24 | ||||||
10. | "Inang Merindu" | Lokgha | Pak Ngah | 3:55 | ||||||
Jumlah masa: 44:34 |
Pencapaian
sunting- Album Terbaik - Ala Dondang (Tercalon)
- Album Pop Etnik Terbaik - Ala Dondang (Menang)
- Finalis Kategori Irama Malaysia - Awallah Dondang
Rujukan
sunting