Amir Abu Hasan (lahir 26 Disember 1996) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau ialah salah seorang daripada 12 peserta Big Stage musim ketiga.[1][2]

Amir Hasan
Nama lahirAmir bin Abu Hasan
Kelahiran (1996-12-26) 26 Disember 1996 (umur 27)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia (2018 - 2022)
Sony Music Malaysia (2022 - kini)

Kerjaya muzik sunting

Lagu beliau, "Bicaramu" telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta tontonan di YouTube, manakala "Gadis Yang Ku Tunggu" pula sebanyak 270,000 tontonan. Amir pernah mencuba nasib dalam ujibakat Akademi Fantasia 2015 dan 2016, namun beliau gagal disenaraikan kerana tidak berjaya melepasi saringan peringkat ketiga. Beliau kemudian mencuba nasib di ujibakat Big Stage musim kedua, bagaimanapun, beliau tidak terpilih sebagai peserta.

Big Stage Musim 3 sunting

Amir menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria, namun tersingkir di konsert minggu ketiga.

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Akad" Payung Teduh SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Donde" Andi Bernadee SELAMAT
Minggu 3 Duominasi "Bicara Rasa" (duet bersama Sarah Suhairi) Ariff Bahran & Sarah Suhairi TERSINGKIR

Kehidupan peribadi sunting

Bapanya, Abu Hasan Abd Aziz meninggal dunia pada 5 Mei 2020 akibat kanser limfoma.[3] Beliau dikatakan telah menjalin hubungan cinta sebanyak 13 kali.[4] Amir sebelum ini pernah digosipkan menjalin hubungan dengan pelakon Sweet Qismina.[5]

Diskografi sunting

Single
  • "Bicaramu" (2018)
  • "Gadis Yang Ku Tunggu" (2019)
  • "iShy" (2020)

Rujukan sunting

  1. ^ Fatin Farhana Ariffin (10 Ogos 2020). Amir bawa semangat arwah ayah Berita Harian. Dicapai pada 20 September 2020.
  2. ^ Georgie Joseph (10 April 2019). Amir temui hala tuju Harian Metro. Dicapai pada 20 September 2019.
  3. ^ Georgie Joseph (5 Mei 2020). Bapa Amir Hasan meninggal dunia Harian Metro. Dicapai pada 20 September 2020.
  4. ^ Zulqarnain Abu Hasan (10 April 2019). Amir Hasan dedah ada 13 kekasih Sinar Harian. Dicapai pada 20 September 2019.
  5. ^ Georgie Joseph (19 Mac 2019). Amir akui rapat dengan Sweet Qismina Harian Metro. Dicapai pada 20 September 2019.

Pautan luar sunting