Angkatan Tentera Imperial Jepun
Angkatan Tentera Imperial Jepun (Imperial Japanese Armed Forces atau IJAF) ialah gabungan angkatan bersenjata Empayar Jepun. Ditubuhkan semasa era Pemulihan Meiji pada tahun 1868,[1] ia telah dibubarkan pada tahun 1945, sejurus selepas kekalahan Jepun kepada Pihak Bersekutu; penyemakan semula Perlembagaan Jepun, digubal semasa pendudukan pihak Bersekutu ke atas Jepun, menggantikan IJAF dengan Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) yang terkini.[2]
Angkatan Tentera Imperial Jepun | |
---|---|
Bendera Imperial Jepun | |
Diasaskan | 3 Januari 1868[1] |
Dibubarkan | November 1945 |
Cabang khidmat | * Tentera Darat Imperial Jepun
Pasukan separa tentera: |
Ibu pejabat | Markas Besar Imperial |
Kepimpinan | |
Maharaja Jepun | Meiji (1868–1912) Taishō (1912–1926) Hirohito (1926–1945) |
Pengerahan | 18–35 |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Sejarah ketenteraan Jepun |
Pangkat | Pangkat tentera darat Pangkat tentera laut |
Tentera Darat Imperial Jepun (IJA) dan Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) berfungsi sebagai cabang utama tentera IJAF, dengan kuasa udara empayar dipecahkan antara Angkatan Udara Tentera Darat dibawah IJA dan Angkatan Udara Tentera Laut dibawah IJN.
Sejarah
suntingIJAF telah diasaskan dengan dekri yang dikeluarkan pada 3 Januari 1868, sebagai sebahagian daripada penyusunan semula tentera darat Jepun dan penerapan inovasi semasa Pemulihan Meiji. Penyusunan semula tentera darat dan tentera laut semasa era Meiji meningkatkan kekuatan tentera Jepun, membolehkan Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun mencapai kemenangan besar, sewaktu Perang China-Jepun Pertama dan Perang Jepun-Rusia.
IJAF juga menyertai Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Ia beroperasi sehingga penyerahan kalah Jepun pada September 1945.
Rujukan
sunting- ^ a b "One can date the 'restoration' of imperial rule from the edict of 3 January 1868." Jansen, Marius B. (2000). The Making of Modern Japan. Cambridge: Harvard University Press. p. 334.
- ^ "Chronological table 5 1 December 1946 - 23 June 1947". National Diet Library. Dicapai pada September 30, 2010.