Animasi komputer

seni membuat gambar bergerak dengan komputer
(Dilencongkan daripada Animasi 3D)

Animasi komputer adalah seni menghasilkan gambar bergerak dengan sendiri melalui penggunaan komputer dan merupakan sebahagian bidang komputer grafik dan animasi. Animasi semakin banyak dihasilkan melalui grafik komputer 3D, walaupun grafik komputer 2D masih banyak ada. Kadangkala sasaran animasi adalah komputer itu sendiri, kadangkala sasaran adalah perantaraan lain, seperti filem.

Untuk menghasilkan gambar pergerakan, imej dipaparkan pada skrin komputer dan diganti dengan imej baru yang seiras gambar sebelumnya dengan pantas. Teknik ini serupa dengan bagaimana gambar bergerak dihasilkan melalui televisyen dan filem.

Animasi komputer 3D pada asasnya merupakan pengganti digit bagi seni animasi gerak pegun (stop motion); patung animasi dibina pada skrin komputer dan dipasang dengan rangka siber. Kemudian anggota badan, mata, mulut, pakaian, dan lain-lain bagi patung 3D digerakkan oleh juruanimasi. Akhirnya, animasi dihasilkan.


Contoh mudah

sunting

Gambar pertama dipaparkan pada skrin. Kemudian gambar kedua yang mungkin sebahagian kecil atau sama saiz dengan gambar pertama ditindih pada gambar pertama. Proses ini diulang beberapa kali, setiap kali gambar yang baru menunjukkan sedikit perubahan. Sekiranya proses ini diulang dengan cukup pantas, ia kelihatannya seperti bergerak. Prosedure ini merupakan asas kepada semua filem bergerak dan televisyen.

Rancangan TV dan filem

sunting

Filem singkat CGI telah dihasilkan sebagai animasi bebas semenjak 1970-an, walaupun animasi komputer menjadi popular (terutama dalam bidang kesan khas) melonjak ketika era moden animasi di Amerika Syarikat. Siri animasi yang dihasilkan komputer sepenuhnya dikenali sebagai ReBoot.

DI bawah merupakan senarai filem dan rancangan telivisyen terpilih yang menggunakan animasi komputer.

Di Malaysia

sunting

Rancangan TV animasi komputer telah banyak dihasilkan dan ditayangkan di televisyen tempatan khususnya RTM. Filem animasi komputer juga telah dihasilkan seperti Budak Lapok, Geng: Pengembaraan Bermula dan Paddlepop Adventure.

Terdapat juga cerita bersiri animasi komputer yang telah ditayangkan di Malaysia seperti Upin & Ipin, Boboiboy, BoBoiBoy: The Movie, BoBoiBoy Galaxy, Ejen Ali dan banyak lagi.

Animasi imej terbenam di Wikipedia

sunting

Pautan luar

sunting

Aplikasi

sunting

Studio yang menggunakan animasi komputer

sunting