Anjing gembala Shetland (bahasa Inggeris: Shetland sheepdogcode: en is deprecated ), juga dikenali sebagai sheltie, ialah satu baka anjing gembala. Nama asli baka ini merupakan collie Shetland (bahasa Inggeris: Shetland colliecode: en is deprecated ), tetapi ini mencetuskan pertikaian dalam kalangan pembiak baka collie kasar pada masa itu, maka nama baka ini diubah secara rasmi kepada anjing gembala Shetland.[2] Anjing kecil ini cerdas, vokal, mudah teruja, bertenaga, dan berkeinginan untuk menyenangkan dan bekerja keras. Baka ini diiktiraf secara rasmi oleh The Kennel Club pada 1909.[3]
Sejarah awal Anjing gembala Shetland tidak berapa diketahui. Sungguhpun berasal usul kabur, anjing yang dikenali sebagai sheltie merupakan keturunan langsung collie. Sheltie merupakan keturunan spesimen kecil collie Scotland dan King Charles spaniel. Ia dikembangkan untuk menjaga biri-biri kenit Kepulauan Shetland, yang pesisirannya yang berceranggah dan bergelora telah menghasilkan haiwan kecil dan rendah lain seperti kuda padi Shetland. Kini ia dibesarkan sebagai anjing ladang dan anjing peliharaan keluarga.[4] Ia pada asalnya merupakan anjing baka kacuk kecil, kerap berketinggian hanya sekitar 20–30 cm (8–12 in) pada paras bahu dan disangkakan bahawa anjing gembala Shetland asli merupakan daripada jenis spits dan disilangkan dengan collie dari tanah besar Britain.[2] Pada awal abad ke-20, James Loggie menambahkan collie kasar kepada ternakan pembiakbakaan, dan bantu mengasaskan yang kini dikenali sebagai anjing gembala Shetland moden.[5]