Azizul Raheem Awalludin

Azizul Raheem Awalludin adalah pengarah Tourism Malaysia di Sweden yang telah dibebaskan dari penjara di Sweden pada 9 Julai 2014. Azizul Raheem Awaluddin dipenjara bersama isterinya Shalwati Nor Shal di Sweden kerana kesalahan memukul anak-anaknya Aisyah, Ammar, Adam, Arif kerana tidak menunaikan solat.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Spånga, daerah Stockholm antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.Sweden telah mengharamkan hukuman dera ke atas kanak-kanak sejak tahun 1979 dan ia menjadi antara penyebab pendakwaan ke atas Azizul dan Shalwati yang boleh dipenjara sehingga enam tahun penjara dan denda, jika didapati bersalah melanggar integriti anak-anak mereka. [1]

Didapati bersalah sunting

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di Spånga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010, dan telah menjalani hukuman tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac 2014. Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal. Bagaimanapun, mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada tempoh itu selepas mahkamah mengurangkan hukuman penjara berkenaan.

Kerajaan Sweden turut memberi bantuan sewajarnya dengan membiayai kos guaman untuk kes tersebut. Shalwati diwakili peguam Kristofer Stahre manakala Azizul oleh Jonas Tamm. Pada 28 Mac 2014 Ketua Hakim Mattias Moller membuat keputusan setelah kedua tertuduh dibicarakan sejak 18 Februari 2014 dengan mengemukakan 10 orang saksi pendakwaan.Antara yang dipanggil ialah rakan sekolah anak mereka, guru, pegawai khidmat sosial serta jiran tetangga. Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat turut berada di Sweden.

Dijaga bukan Islam sunting

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, akan dibebaskan tiga bulan lagi manakala anak mereka iaitu Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7, yang pada mulanya diletak di bawah jagaan keluarga angkat bukan Islam susulan kes itu, kemudian diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Sweden pada 30 Januari 2014.

Pada 31 Januari 2014, anak pasangan itu pulang ke Malaysia dan kini dijaga ibu saudara dan bapa saudara mereka di Kelantan.

Kembali ke Malaysia sunting

Selepas dipenjarakan Azizul Raheem Awalludin kembali ke Malaysia .Adik kepada Shalwati, Shaleena Norshal, 43, dan anak-anak Azizul menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).[2]

Twitter 'SwedenLetThemGo' serta Facebook '#BringShalNFamilyHome' telah diwujudkan bagi memberi sokongan moral kepada mereka.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menyatakan bahawa kes itu tidak menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Sweden sebaliknya kerjasama semakin erat dan kukuh antara kedua-dua negara.[3]

Rujukan sunting