Aznel Ibrahim
Dato' Haji Aznel Ibrahim ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Pengkalan Hulu selama dua penggal (2013-2022).[1]
Dato' Haji Aznel Ibrahim DPMP (Perak); AMN | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Perak bagi Pengkalan Hulu | |
Dalam jawatan 10 April 2013 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 2,375 (PRU-14) 3,361 (PRU-13) |
Setiausaha Politik Menteri Besar Perak | |
Dalam jawatan 12 Oktober 2020 – 3 Disember 2020 | |
Menteri Besar | Ahmad Faizal Azumu |
Didahului oleh | Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk Aznel Ibrahim merupakan ADUN Pengkalan Hulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang baharu pada 12 Oktober 2020.
Aznel juga adalah pemangku Ketua UMNO Bahagian Gerik, Perak telah menjadi ADUN Pengkalan Hulu sejak tahun 2013.
Pada PRU14, Aznel Ibrahim daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 5,716 undian ketika menentang Mohd Hamidi Ismail daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 3,341 undi dengan majoriti undi sebanyak 2,375.
Kerjaya:
- Setiausaha Politik Menteri Besar Perak pada 12 Oktober 2020
- ADUN Pengkalan Hulu (2013-kini)
Lantikan Ahli Lembaga dan pengerusi:
- Pengerusi Ladang Jalong Sdn Bhd
- Ahli Lembaga Eksekutif Perak Investment Management Centre
Jawatan dalam politik:
- Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik (2013-kini)
- Naib Ketua UMNO Bahagian Gerik (2008)
- Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Gerik (1999)
- Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bagaian Gerik (1990)
- Ketua Cawangan UMNO
Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:
- Penaung Rumah Anak Yatim Al Taqwa Pengkalan Hulu
- Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran Wattarbiyyatul Islamiah, Pulai, Baling, Kedah
- Penasihat Persatuan Seni Silat Bangau Putih Pengkalan Hulu
- Penasihat Majlis Belia Daerah Pengkalan Hulu
- Bapa Angkat Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu
Pendidikan:
- Master Eksekutif Pentadbiran Perniagaan
- Diploma Eksekutif Pentadbiran Perniagaan
- Sijil Pelajaran Malaysia
- Sekolah Menengah Teknik Alor Setar
- Sekolah Menengah Tun Saban
- Sekolah Kebangsaan Kroh, Pengkalan Hulu
Keputusan Pilihan Raya
suntingDewan Undangan Negeri (DUN)
suntingTahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Pengkalan Hulu | Aznel Ibrahim | BN (UMNO) | 5,790 | Mohamad Amin Roslan | PN (PAS) | 7,114 | 1,324 |
Mohd Saad Ismail | PH (AMANAH) | 2,041 | ||||||
2018 | Aznel Ibrahim | BN (UMNO) | 5,716 | Hamidi Ismail | PAS | 3,341 | 2,375 | |
Ahmad Safwan Mohamad | PH (BERSATU) | 2,711 | ||||||
2013 | Aznel Ibrahim | BN (UMNO) | 7,206 | Abdullah Masnan | PKR | 3,845 | 3,361 |
Kontroversi
suntingPelantikan Aznel sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dari Perikatan Nasional telah dipertikaikan oleh Saarani Mohamad dari Barisan Nasional kerana menganggap ia sebagai usaha untuk menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional.[2]
Anugerah
sunting- Perak
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato' (2017)