Bahasa Filipino ialah nama bahasa kebangsaan Filipina yang berasaskan Bahasa Tagalog. Pada 1937, Tagalog, yang dituturkan di tengah Pulau Luzon di sekitar wilayah ibu kota Filipina, dipilih sebagai asas bahasa kebangsaan Republik Filipina oleh Institut Bahasa Kebangsaan negara itu.[4] Kemudian pada 1939, Manuel L. Quezon menamai bahasa itu Wikang Pambansa (Bahasa Kebangsaan). Seterusnya, pada 1959, ia dinamai Pilipino pula oleh Setiausaha Pendidikan, Jose Romero, untuk menggambarkan identiti kebangsaan berbanding identiti kaum. Bagaimanapun, perubahan ini tidak mendapat sambutan di kalangan kaum bukan Tagalog, terutamanya Cebuano di Pulau Cebu (yang mana bahasa mereka ialah Sugbuano atau Cebuano mengikut sebutan Bahasa Sepanyol).[5]

Filipino
Wikang Filipino
Asli kepada Filipina
 Amerika Syarikat
 United Kingdom
 Rusia
dan penutur di
 Malaysia
 Singapura
 Oman
 Hong Kong
 Makau
 Jepun
 Kanada
 Australia
 New Zealand
 Taiwan
 Arab Saudi
 Emiriah Arab Bersatu
 Qatar
 Israel
 Lubnan
 Jordan
serta di
 Sepanyol
 Portugal
 Perancis
 Belanda
 Itali
 Jerman dan
 Yunani
Penutur bahasa
Bahasa pertama: 25 juta.[1] Bahasa kedua: lebih 60 juta
Jumlah: 90 juta[2]
Latin (kelainan Filipino)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Filipina
Dikawal selia olehSuruhanjaya Bahasa Filipino
(Komisyon sa Wikang Filipino)
Kod bahasa
ISO 639-1tl[3]
ISO 639-2fil
ISO 639-3fil

Pada 1971, isu bahasa timbul lagi lalu satu kompromi dicapai menerusi pendekatan "sejagat" iaitu dengan menamakannya Filipino sebagai ganti Pilipino. Nama Filipino diluluskan oleh perlembagaan Filipina pada 1987 dengan ketetapan bahawa bahasa itu akan turut menerima kosa kata daripada bahasa lain di Filipina termasuk bahasa asing seperti Bahasa Inggeris.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Ethnologue report for Philippines
  2. ^ Results from the 2000 Census of Population and Housing: Educational Characteristics of the Filipinos, National Statistics Office, 18 Mac 2005, dicapai pada 2008-01-21
  3. ^ http://www.google.com.ph/language_tools?hl=tl
  4. ^ Mga Probisyong Pangwika sa Saligang-Batas
  5. ^ a b Andrew Gonzalez (1998). "The Language Planning Situation in the Philippines" (PDF). Journal of Multilingual and Multicultural Development. 19 (5, 6): 487–488. doi:10.1080/01434639808666365. Dicapai pada 2007-03-24. Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)