Bait Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 dibintangi oleh Riz Ainuddin, Eira Syazira, Charmaine Poo dan Natasha Hudson. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Ratu TV9 dari 17 Mei 2011 hingga 4 Julai 2011 menggantikan Dia Bukan Maryam.[1]

Bait Cinta
GenreDrama
Konflik
Keluarga
Ditulis olehMufid Suhaimi Bahaudin
PengarahHarris Fadzillah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kita satu" oleh Spider
Lagu penutup"Kita satu" oleh Spider
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitTengku Iesta Tengku Alaudin
Lokasi
SinematografiSalehuddin Jamaluddin
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Siaran asal17 Mei 2011 – 4 Julai 2011

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Hazri (Riz Ainuddin) yang merupakan anak tunggal kepada seorang hartawan. Sejak kematian bapanya, Hazri dipertanggungjawabkan untuk mengurus perniagaan bapanya, Khalifah Holding. Hazri tidak pernah merasai kesusahan kerana ibunya Maria, lakonan Rozie Othman, tidak pernah menolak permintaan anak kesayangannya sejak kecil sehinggalah apabila dewasa, Hazri tidak lagi tahu membezakan yang mana halal dan haram. Hazri amat boros dan suka berjoli, apatah lagi dengan kehadiran Jeff (Azhar Sulaiman), sahabat baiknya yang sentiasa menunggu peluang menumpang kesenangan Hazri.

Maria berasa kesal dengan perbuatan dan perangai Hazri yang telah jauh menyimpang. Akhirnya Maria membuat keputusan untuk menjodohkan Hazri dengan seorang gadis kampung bernama Ana. Ana, lakonan Eira Syazira, merupakan seorang ustazah dan Maria berharap kemunculan Ana dapat membantu Hazri kembali ke jalan yang benar. Hazri tidak setuju dengan cadangan ibunya tetapi terpaksa akur apabila ibunya ingin menarik semula semua saluran kewangannya dan memecat Hazri dari Khalifah Holding.

Selama perkahwinan mereka, Ana tidak dilayan oleh Hazri sebagai suaminya. Hazri sering keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan di luar. Pada hari ulangtahun Hazri, Ana telah menyediakan kek untuk menyambutnya bersama Hazri tetapi tidak diendahkan oleh Hazri. Malah Hazri keluar menyambutnya bersama kawan-kawannya. Tetapi ketika di dalam perjalanan, Hazri teringatkan isterinya yang kesedihan dan timbul perasaan bersalah dan kasihan kepada isterinya, lalu pulang ke rumah.

Ana dan Maria berasa sangat bersyukur dengan perubahan Hazri yang lebih mengutamakan keluarga terutamanya isterinya, Ana. Namun di dalam kebahagian itu, mereka terpaksa menempuhi pelbagai dugaan yang melibatkan kandungan Ana dan cinta yang tidak diduga oleh Hazri terhadap rakan sekerjanya Shahnaz lakonan Natasha Hudson. Pada masa yang sama Ana pula berasa simpati terhadap seorang wanita mualaf, Nur Syuhada (Charmaine Poo) yang sentiasa didera oleh suaminya, Iqmal. Ana dan Hazri cuba menasihati suami Nur Syuhada namun lain pula yang timbul. Fikiran Iqmal telah diracun oleh Jeff dan menuduh Hazri mempunyai hubungan sulit dengan isterinya Nur Syuhada lalu menjatuhkan talak ke atasnya.

Adakah Ana akan membuat pengorbanan terhadap cintanya kepada Hazri dengan membenarkan Hazri berkahwin dengan Shahnaz atau Nur Syuhada? Mungkinkah Nur Syuhada tersasar jalan sebagai mualaf kerana kecewa diceraikan oleh suaminya?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Buidey (13 Mei 2011). Sinopsis Drama Bait Cinta Lakonan Riz Ainuddin Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Julai 2014.
  2. ^ Bait Cinta (2011): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 6 Disember 2018.
  3. ^ Kemalia Othman (12 Mei 2011). Eira Syazira Tidak Hirau Digelar Ratu Air Mata mStar Online. Dicapai pada 4 Julai 2011.
  4. ^ Miss Fara (17 Mei 2011). Eira Syazira Dimadukan Gosip dan Hiburan. Dicapai pada 4 Julai 2011.