Bendera dan jata Johor

(Dilencongkan dari Bendera Johor)

Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Johor sahaja, dan Simbol-simbol tersebut melambangkan pengaruh kerabat diraja Johor, agama Islam serta ciri-ciri siasah dan alam semulajadi yang terdapat di negeri ini.

Johor Darul Takzim
KegunaanBendera negeri
Nisbah1:2
Diterima pakai1871
Rekaanlatar warna biru dengan merah di kanton sebelah kiri atas, mengandungi Bulan sabit dan bintang yang berwarna putih.
Direka olehSultan Sir Abu Bakar
Jata Negeri Johor
Butiran
GencanaMahkota diraja Johor.
JabaranPerak, bulan sabit dan bintang bersama 4 bintang kecil di bahagian sudut.
Penopang/
penyokong
dua ekor harimau di setiap sisi.
PetakDua flora cermin mewakili gambir dan lada hitam.
Cogan kataکفد الله برسراه / Kepada Allah Berserah.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bendera Negeri Johor

sunting
 
Bendera Johor

Bendera negeri Johor Darul Ta'zim mempunyai corak kanton, dengan warna biru laut memenuhi sebahagian besar bendera dan warna merah cerah di kanton sudut kiri atas yang mengandungi bulan sabit dan bintang berbucu lima yang dengan warna putih.[1] Bidang merah bendera berada dalam kedudukan tiga perlima daripada panjang bendera di sebelah kiri. Reka bentuk bulan sabitnya pula tidak sejajar dengan bintang di mana ia menyerong sedikit ke arah jam dan membalut sedikit di sekitar bintang. Kedudukannya pula menghala ke arah sudut kanan bawah bidang.[1]

Warna dan reka bentuk bendera Johor membawa maksudnya yang tersendiri. Warna putih menandakan raja yang memerintah. Bahagian yang berwarna merah bererti hulubalang yang mempertahankan negeri manakala bahagian yang berwarna biru pula bermaksud kerajaan negeri dan rakyat jelata.[1][2][3]Bendera ini telah direka oleh Sultan Sir Abu Bakar dan telah digunapakai pada zaman penubuhan Kesultanan Johor Moden pada tahun 1871.

Selain bendera rasmi negeri Johor, terdapat beberapa bendera lain yang digunakan di negeri ini yang mewakili kerabat diraja Johor, para pembesar dan Dato' Menteri Besar.[4]

Bendera Bandar dan Daerah

sunting
Senarai Bendera Daerah dan Bandar di Johor
Bendera Daerah Batu Pahat
Bendera Bandar Johor Bahru
Bendera Bandar Johor Bahru (Jarang Digunakan)
Bendera Daerah Kluang
Bendera Daerah Kota Tinggi
Bendera Daerah Kulai
Bendera Majlis Perbandaran Kulai
Bendera Daerah Mersing
Bendera Bandar Maharani (Muar)
Bendera Pasir Gudang
Bendera Daerah Pontian
Bendera Daerah Segamat
Bendera Daerah Tangkak

Bendera Zaman Dulu

sunting

Jata Negeri Johor

sunting
 
Jata Johor Darul Ta'zim

Susun atur dan reka bentuk jata negeri Johor Darul Ta'zim telah direka oleh Leftenan Kolonel Haji Musa bin Yusof apabila diarahkan Sultan Sir Abu Bakar untuk mereka satu lambang untuk negeri itu dan beliau dikatakan mengambil inspirasi daripada jata negara United Kingdom. Jata negeri telah diubah beberapa kali dan yang terakhir pada Kemahktotaan Sultan Ibrahim pada tahun 2015.

Ketopong

sunting

Ketopong (merujuk kepada mahkota) melambangkan kedaulatan di mana ia merujuk kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan yang memerintah negeri Johor. Bulan sabit dan bintang berbucu lima menghiasi mahkota itu dan ia diwarnai dengan warna kuning dan biru. Ramai yang tidak tahu, bahawa Johor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menggunakan mahkota setelah diinspirasikan daripada mahkota British.

Perisai

sunting

Perisai jata ini terdiri daripada garis rangka "Inggeris" berwarna putih dan di setiap sudut terdapat empat bintang kecil serta satu bintang besar dan bulan di tengah perisai. Kelima-lima bintang tersebut berbucu lima dan berwarna kuning (termasuk warna bulan). Bintang-bintang kecil membawa maksud empat jajahan besar yang asal bagi Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.[5] Bulan sabit dan bintang besar pula sebagai tanda agama Islam sebagai agama rasmi negeri.[2][3][6]

Penyokong

sunting

Penyokong yang memegang perisai pada jata menampilkan dua ekor harimau yang pernah wujud di Johor iaitu Dengkis (sebelah kanan) dan Tepok (sebelah kiri).[3]Harimau ini dikatakan masih ada di Johor.

Pangsa dan cogan kata

sunting

Pangsa berwarna kuning yang berada di bahagian bawah perisai dan penyokong menggambarkan kepada tanaman gambir dan lada hitam iaitu dua jenis hasil pertanian utama bagi negeri ini.

Jata Versi Lain

sunting
 
Jata Negeri Johor

Lihat Juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Pelbagai penulis (14 Oktober 2006). "Johore (Malaysia)" (dalam bahasa Inggeris). Flags of the World. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2012. Dicapai pada 25 September 2008.
  2. ^ a b Zawawi Parjan. "Fakta negeri Johor" (dalam bahasa Melayu). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2012. Dicapai pada 11 Disember 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b c "NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM" (dalam bahasa Melayu). Portal Maklumat Rakyat (PMR). Dicapai pada 11 Disember 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ mohdnajib27 (27 Mac 2012). "BENDERA-BENDERA DI NEGERI JOHOR" (dalam bahasa Melayu). Dicapai pada 11 Disember 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "The Coat Of Arms Of The State Of Johor Darul Ta'zim" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC). Dicapai pada 11 Disember 2014.
  6. ^ "MALAYSIA - States I - Johor" (dalam bahasa Inggeris). 18 Julai 2010. Dicapai pada 11 Disember 2014.