Bom tangan merujuk kepada bom yang dipegang dengan tangan, untuk dilontar oleh askar. Terdapat sesetengah bom tangan yang direka untuk ditembak oleh pelancar bom tangan.

Bom tangan. Bentuk garisan bukan sebagai kecantikan, tetapi bagi memudahkan ia berkecai kepada banyak serpihan bagi membunuh musuh di sekeliling.

Reka bentuk dan kegunaan sunting

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz bom tangan, untuk tujuan yang berlainan, tetapi kesemuanya mempunyai dua benda yang sama. Pertama, ia berongga agar dapat diisi dengan bahan letupan atau pengisi kimia. Kedua, ia mempunyai liang yang membolehkan fius diketatkan atau dimasukkan.

Bom tangan pada asasnya adalah bom kecil, tetapi berfungsi serupa dengan mercun mudah. Mercun dibuat daripada ketulan kertas yang diisi dengan ubat bedil dan mempunyai fius kecil. Apabila fius dinyalakan, ia terbakar sehingga pada serbuk ubat bedil dan meletup berkecai. Bom tangan berfungsi dengan cara yang sama, perbezaan penting adalah fius bom tangan dinyalakan oleh peranti mekanikal dan bukannya dengan menggunakan mancis.

Ciri-ciri sunting

Bom tangan berkongsi tiga ciri-ciri yang sama:

  • Jarak penggunaan yang dekat.
  • Kawasan pembunuhan berkesan yang kecil.
  • Unsur penangguhan yang membenarkan lemparan selamat.

Bom tangan mempunyai bahagian utama seperti berikut:

  • Badan—mengandungi pengisi dan dalam kebanyakan bom tangan juga mengandungi serpihan.
  • Pengisi—bahan kimia atau letupan dalam bom tangan, yang menentukan kegunaan bom tangan dan ciri-cirinya.
  • Fius—membolehkan bom tangan berfungsi dengan menyalakan atau meletupkan bahan pengisi.

Menggunakan bom tangan sunting

Bom tangan rekaan biasa mempunyai pemegang dan pin keselamatan boleh alih yang menghalang pemegang daripada tertanggal secara tidak sengajanya. Bom tangan akan meletup dalam tempoh kira-kira empat saat selepas pin keselamatan dibuang.

Apabila bom tangan dilepaskan, matlamatnya adalah membiarkan bom tangan itu jatuh pada tempoh yang singkat agar musuh tidak sempat melemparnya kembali.

Mula-mula anggarkan tempoh balingan untuk sampai kepada pihak musuh dan tolak tiga saat. Selepas itu bom tangan digenggam, termasuk pemegang, dalam tangan yang kuat. Kemudian pin keselamatan dicabut daripada bom tangan, lepaskan pemegang dan tunggu masa yang tidak diperlukan untuk balingan dan baling kepada sasaran.
Nota: Tentera Amerika Syarikat dan NATO moden tidak dilatih "melengahkan" bom tangan dengan cara ini, disebabkan bahaya letupan di tangan sekiranya tentera itu terganggu atau ditembak.

Salah satu kesilapan umum dalam mengendalikan bom ini ialah pemablingan yang tidak kuat dan padu lalu menyebabkan kemalangan pada pelempar. Kegagalan menggenggam pemegang dan menarik pin dengan baik turut ditegaskan. Bom tangan mungkin juga akan meletup lebih awal daripada biasa, yakni sewaktu mengira masa untuk melemparkannya. Langkah keselamatan asas yang sering ditegaskan adalah agar sentiasa melontar bom tangan dari kawasan terlindung. Oleh itu, ia boleh dilontar keluar dengan cepat daripada kawasan perlindungan sekiranya berlaku kesilapan pada mekanisme leutpan bom.

Pelempar perlu memberi amaran kepada anggota-anggota lain sekiranya bom tangan terlepas pegang selepas diaktifkan mahupun bom dilepaskan ke dalam kawasan tertutup seperti terowong.

Bom tangan juga sering digunakan di lapangan bagi membina jerangkap samar. Konsep asas ialah menggunakan aksi sasaran (seperti membuka pintu, atau menghidupkan kereta) untuk meletupkan bom tangan. Jerangkap samar bom tangan mudah dibina di lapangan dengan menggunakan bahan yang ada. Bagaimanapun, ia menyumbang kepada masalah bahan letupan hidup (unexploded ordnance).

Rekabentuk dan operasi sunting

 
Skema bom tangan

Lakaran di atas menunjukkan keratan rentas bahagian bom tangan dan fius bagi bom tangan sepihan - fragmentation grenade. Aksi asas seperti berikut:

  1. Pegang bom tangan dalam tangan melontar, ibu jari di atas tuil keselamatan, tarik keluar pin keselamatan (kuasa tarikan 10-35 paun).
  2. Apabila bom tangan dilontar (tuil keselamatan bebas), spring menolak keluar tuil keselamatan dan memutar penukul kepada sumbu primer.
  3. Sumbu mengandungi bahan menyerupai kepala mancis. Apabila dihentam oleh penukul, ia menyala dan membakar fius, atau jalur serbuk (powder train). Fius terbakar pada kadar sekata lalu melengahkan masa (biasanya 4-5 saat). Apabila api fius sampai pada peletup atau pencucuh, ia bertindak kepada bahan pengisi.
  4. Peletup serupa dengan penutup peletup (blasting cap) kecil. Ia amat sensitif pada suhu, apabila fius menyalakannya, ia menyebabkan bom tangan meletup.
  5. Pencucuh adalah penutup yang terbakar dengan cepat. Ia pada asasnya membakar pengisi menyebabkan gas mengembang dengan pantas yang memecahkan bekas.
  6. Bom tangan serpihan yang ditunjukkan menggunakan peletup.

Bom tangan biasanya direka agar mudah dilempar. Sebagai contoh ia mempunyai berat 500 g (1 paun) dan mempunyai ukur lilit 100 mm. Bom tangan biasa boleh dilempar sejauh 25 hingga 35 meter oleh askar biasa. Ia menggunakan sebatian RDX, komposisi B atau TNT sebagai bahan peletup.

Bom tangan nenas klassik, seperti bom Mills, menggunakan ubat bedil dan kerangka besi tuang, yang menjadi serpihan sepanjang bahagian lemah yang disengajakan pada kerangka.

Bom tangan juga dibuat bagi membebaskan asap, gas pemedih mata ("CS"), dan cahaya. Pasukan khas menggunakan bom tangan "flash-bang" bagi mengelirukan manusia semasa memasuki bilik, tanpa bertujuan menyebabkan kecedaraan kekal.

Sesetengan bom tangan direka untuk jarak lebih jauh. Bom tangan pelecek kentang mempunyai pemegang kayu panjang yang meningkatkan jarak pada lima puluh peratus. Ia diletupkan oleh pencucuh geseran di kepala, yang diaktifkan dengan menarik tali menembusi kayu berongga, dengan menarik gelung plastik kecil yang diikat pada tali yang dilekatkan pada pencucuh geseran, fius masa, dan peledak direka untuk meletup selepas tempoh masa. Ia sering disalah anggap sebagai mempunyai fius hentaman.

Bom tangan jenis-jenis lain sunting

Bom tangan serpihan sunting

Bom tangan serpihan adalah peranti (antipersonnel) yang direka untuk menyebarkan serpihan ke semua arah. Badannya diperbuat daripada plastik keras atau besi, dan flechette atau wayar terpotong dibekalkan sebagai serpihan (antipersonnel). Juga isi kandungan mempunyai bebola logam bagi menembusi sasaran. Apabila perkataan bom tangan digunakan tanpa sebarang penerangan, dan konteks tidak menunjukkan sebaliknya, ia biasanya merujuk kepada bom tangan jenis ini.) Maklumat lanjut mengenai bom tangan "serpihan" di atas.

Bom asap sunting

 
Bom asap

Bom asap merupakan jenis bom tangan bentuk tin yang digunakan sebagai peranti isyarat darat ke darat atau darat ke udara, peranti penanda zon sasaran atau pendaratan, atau peranti tabir bagi pergerakan tentera. Bekas bom asap biasanya terdiri daripada silinder kepingan logam dengan liang bukaan di bahagian atas dan bawah bagi membebaskan asap apabila diaktifkan. Pengisinya biasanya terdiri daripada 250 hingga 350 gram campuran asap pewarna (merah, hijau, kuning, atau ungu) (kebanyakannya kalium klorat, laktosa dan pewarna). Jenis bom tangan asap lain, adalah jenis meletup. Ia mengandungi fosforus putih (WP) yang tersebar melalui letupan. Fosforus ini terbakar apabila didedahkan kepada udara dan menyala dengan nyalaan berwarna kuning terang, sambil menghasilkan asap putih yang banyak (fosforus pentoksida). Ia juga berfungsi sebagai bom pembakar ( incendiary grenades (q.v.) ).

Kawalan rusuhan sunting

 
Bom gas CS

Bom gas digunakan untuk membubarkan kumpulan orang ramai. Yang paling dikenali adalah bom pemedih mata (bom tangan gas CS). Bom tangan ini menyerupai bom asap dari segi bentuk dan cara digunakan. Walaupun dengan gas pemedih mata, pengisinya terdiri daripada 80 hingga 120 gram CS (Chlorobenzol malononitrile). Bahan kimia beracun toksid ini (apabila bersentuhan dengan muka) menyebabkan rasa terbakar yang teruk pada mata dan pada kerongkong apabila dihidu. Sekiranya seseorang itu kekal terdedah kepada gas ini untuk tempoh panjang (melebihi 10 minit) ia mampu menyebabkan lepuh pada kulit dan kecederaan kekal pada paru-paru (sebagai contoh barah paru-paru). Bagi mereka yang lemah dan berumur, gas CS mampu menyebabkan kematian.

Bom pembakar sunting

 
Bom pembakar (Incendiary)

Bom tangan jenis ini menghasilkan haba melampau melalui reaksi kimia. Bentuknya hampir serupa seperti bom tangan asap dan gas. Pengisinya terdiri daripada 600 hingga 800 gram thermate (TH3), yang merupakan versi thermite diperbarui, bahan pembakar yang digunakan dalam bom tangan semasa Perang Dunia II. Sebahagian daripada campuran thermate bertumar menjadi besi cair, yang terbakar pada suhu 2204 darjah Celsius (4000 darjah Fahrenheit). Ia menjadi sebati dengan bahagian logam yang bersentuhan dengannya. Pengisi thermate bagi bom tangan AN-M14 terbakar selama 40 saat dan mampu membakar menembusi 1/2-inci kepingan keluli homogeneous. Ia membekalkan oksigennya sendiri dan mampu terbakar di bawah air. Fosforus putih juga digunakan sebagai pengisi bom tangan pembakar, yang membakar pada suhu 2760 darjah Celsius (5000 darjah Fahrenheit).

Pembakaran thermate dan phosphorus adalah paling teruk dan menyakitkan kerana thermate dan phosphorus terbakar pada kadar pantas dan suhu yang membolehkan satu partikel kimia tersebut membakar menembusi hampir kesemua (kulit, saraf, otot dan juga tulang, walaupun di tempat di mana tidak terdapat oksigen. Selain itu, phosphorus putih amat beracun. Dos 50-100 milligram mampu membawa kematian.

Bom tangan gegaran sunting

 
Flashbang

Bom tangan gegaran (Concussion), juga dikenali sebagai grenad stun atau flashbangs, pada asalnya direka bagi Special Air Service (Pasukan Udara Khas) British. Bom tangan gegaran digunakan untuk menggegar, mengeliru, mengharu-biru, atau mengganggu potensi ancaman seketika selama lima sehingga enam saat. Yang paling dikenali adalah Bom Gegaran (Stun Grenade) XM84 , biasanya dikenali sebagai "Flashbang", dipanggil sedemikian kerana ia menghasilkan kilauan membutakan (1 juta kilauan Candela) dan letupan (170-180 Desibel). Bom tangan ini mampu melumpuhkan mangsa tanpa menyebabkan kecederaan kekal.

Apabila meletup, fius/bom tangan tersebut kekal tanpa menghasilkan sebarang serpihan. Ia berbentuk tiub heksagon besi dengan liang di sisi yang membenarkan letupan cahaya dan bunyi dikeluarkan. Pengisinya terdiri daripada 4,5 gram piroteknik campuran oksida logam magnesium & ammonium perklorat.

Bom tangan sebagai hiasan sunting

Bom tangan menunjuk-nunjuk, dengan percikan bunga api, digunakan sebagai hiasan pada uniform ketenteraan, terutamanya di Perancis (oleh anggota Gendarmerie Perancis) dan Itali (oleh anggota Carabinieri).

Pautan luar sunting