Bosou

pembuka selera Kadazan-Dusun

Bosou merupakan makanan menyerupai perkasam atau jeruk yang lazim dalam kalangan suku kaum Kadazan-Dusun dan Murut di Sabah, terutamanya sebagai suatu pembuka selera. Ia disediakan menggunakan daging atau ikan sebagai bahan mentah.

Ia juga dikenali dengan pelbagai nama setempat dalam Sabah sendiri termasuk nonsom, sambaat, kinaraatan, gagau dan tinamba (di Ranau).

KeteranganSunting

PembuatanSunting

Baik ikan sungai atau ikan laut boleh digunakan di mana banyak jenis tertentu dipilih untuk mendapatkan rasa sedap:

  • ikan sungai - ikan bertulang seperti tilapia, pelian.
  • ikan laut - boleh digunakan untuk rasa yang lebih berbeza seperti salmon atau tuna.

Buah kepayang (atau pangi[1] dalam bahasa Dusun) merupakan bahan pengawet utama untuk mengelakkannya daripada menjadi basi dan berbau busuk, isinya diambil dengan ditumbuk isirong buah sampai terbuka.

Ikan digaul bersama-sama dengan nasi putih, garam, dan buah panggi. Ia juga boleh ditambah dengan buah nangka, nenas muda, dan tuhau bagi menambah perisa. Batang pisang atau polod juga kadang-kala dicampurkan kepada bosou ini.

Campuran ini kemudiannya akan diperam di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Sekiranya nasi yang digunakan baru di masak, campuran itu akan dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum disimpan. Bosou biasanya disimpan dalam bekas tertutup kemas, kedap udara. penyimpanan yang betul membolehkan jeruk ikan ini boleh bertahan 6bulan hingga 1tahun

Penyimpanan dan penyediaanSunting

Oleh kerana bosou mempunyai bau yang kuat, bosou biasanya disimpan dalam bekas kedap udara mengelakkan lalat dan kulat memasuki lalu mencemari kandungan. Bosou sering disimpan dalam bekas labu ditutup dengan lilin lebah. Bekas tradisi lain termasuk kakanan, tetapi kini ia telah digantikan dengan bekas plastik dan botol kaca. Biasanya bosou disimpan selama lima sehingga tujuh hari sebelum dihidangkan.

Bosou boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu. Bosou biasanya dimasak bagi menghilangkan bau dan bagi menambah perisanya. Bawang, cili, dan bahan lain boleh ditambah bagi menambah perisa semasa memasak sebelum dihidang dengan nasi putih dan sayur-sayuran sama seperti hidangan budu atau tempoyak.

RujukanSunting

  1. ^ [1] Bosou - Makanan tradisi masyarakat Dusun Sabah

Pautan luarSunting