Bubblebee
jenama rantaian kedai minuman teh yang beroperasi di Malaysia
Bubblebee ialah rangkaian minuman teh susu dan jenama teh buih Malaysia yang beroperasi di Kuala Lumpur. Rangkaian ini terkenal dengan minuman teh berasaskan madu. Bubblebee diasaskan oleh pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raisuddin yang turut berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah.[1]
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Minuman |
Ditubuhkan | Disember 2019 |
Pengasas | Shuib Sepahtu |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
Tokoh penting | Ismail Abdul Rahman (CEO) Shuib Sepahtu (Ahli lembaga pengarah) Sarah Raisuddin (Ahli lembaga pengarah) |
Keluaran | Teh susu, teh mutiara, madu lebah, sarang lebah |
Pemilik | Bubblebee Sdn Bhd |
Syarikat induk | Bubblebee Sdn. Bhd. |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingBubblebee diasaskan pada Disember 2019 oleh Shuib dan isteri, Sarah, dengan kedai pertama beroperasi di Menara U2, Shah Alam, Selangor.[2] Asas utama minuman yang disajikan di Bubblebee ini adalah madu tempatan dengan aiskrim yang diadun dengan madu lebah. Pada Julai 2020, Bubblebee menyasarkan pembukaan 100 buah cawangan baharu.[3]
Rujukan
sunting- ^ S. Tamarai Chelvi (5 April 2020). "Success came after failure" [Kejayaan tiba selepas kegagalan] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 5 April 2020.
- ^ Khadijah Ibrahim (8 Julai 2020). "Bubble Bee kian popular! Pengorbanan Shuib Sepahtu berbaloi!". Kita Reporters. Dicapai pada 15 April 2021.
- ^ Muhammad Aminnuraliff (22 Julai 2020). "Bubble Bee sasar 100 cawangan tahun ini". Sinar Harian. Dicapai pada 15 April 2021.
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Tapak web rasmi