Caudillo [kauˈðiʎo; kau-dil-yo] (kata bahasa Sepanyol Lama: cabdillo, berakar daripada kata Bahasa Latin: capitellum terbitan caput, "kepala") ialah istilah bahasa Sepanyol merujuk kepada orang kuat tentera yang turut mempunyai pengaruh kuat dalam politik.

Golongan bergelaran sedemikian biasanya terdiri daripada pegawai tentera berpangkat jeneral yang memimpin askar peribadi serta menggunakan kekuasaan tentera mereka untuk mengambilalih kuasa pemerintahan negara yang dikehendaki - lazimnya negara yang terbentuk tidak lama selepas merdeka daripada kuasa imperial lebih besar (sepertimana yang berlaku di bekas taklukan Amerika Selatan milik Empayar Sepanyol). Mereka juga kebanyakannya daripada golongan bangsawan atau pemilik tanah (hacendadoa) serta mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk mencapai cita-cita mereka. Di samping mempunyai kemahiran dalam bidang ketenteraan, mereka mempunyai daya tarikan yang kuat untuk mendapat kesetiaan rakyat. Walaupun mereka bermula dengan menentang oligarki, namun mereka akhirnya akan cenderung terlibat dalam pemerintahan bercorak oligarki sendiri.

Terdapat seberapa tokoh yang menggunakan gelaran berpangkat sedemikian termasuklah Jeneral Juan Manuel de Rosas dan Juan Facundo Quiroga di Argentina, Gabriel García Moreno di Ecuador, Antonio López de Santa Anna dan Porfirio Díaz di Mexico, dan Rafael Leonidas Trujillo Molina di Republik Dominica. Di Sepanyol, Jeneral Francisco Franco menggelarkan dirinya el Caudillo.

Kelaziman mengikut sejarah negaraSunting

RujukanSunting