Chan Wing Hoong (lahir pada 29 April, 1977 di Ipoh, Perak) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Perak.

Chan Wing Hoong
Maklumat peribadi
Nama penuh Chan Wing Hoong
Ketinggian 1.73 m (5 ka ​8 18 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Perak Darul RidzuanPerak
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998-2005
2006
2007-2008
2009
2010
2011
Perak Darul RidzuanPerak
SelangorMPPJ Selangor
Perak Darul RidzuanPerak
PerlisPerlis
MalaysiaATM
Perak Darul RidzuanPerak



Pasukan kebangsaan
2002-2007  Malaysia 11 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Wing Hoong antara pemain yang berpengalaman dalam skuad Perak. Dia mewakili Perak dari 1998-2005,2007-2008 Dan Kembali 2011. Sebelum musim 2006 Liga Super bermula, dia membuat keputusan untuk berpindah kerana masalah pembayaran gaji.[1]

Wing Hoong dan rakan sepasukannya dari Perak K. Nanthakumar berhijrah ke pasukan yang digelar sebagai Chelsea Malaysia iaitu MPPJ Selangor. Kerjaya Wing Hoong bersama MPPJ hanya bertahan semusim apabila MPPJ menarik diri dari persaingan Liga Super. Perak kemudian menawarkannya kontrak.

Namun Wing Hoong sekali lagi mengambil keputusan untuk berpindah. Kali ini ke DPPM Brunei tetapi hasratnya terpaksa dibatalkan apabila DPPM terpaksa menarik diri dari liga. Dia kemudian mengikat kontrak bersama Perlis.

Wing Hoong juga pernah mewakili Malaysia dalam kejohanan Piala Tiger 2002, Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007, dan Pestabola Merdeka 2006.

Rujukan sunting

  1. ^ News article Diarkibkan 2011-05-16 di Wayback Machine (Inggeris)