Datin Paduka Chew Mei Fun (lahir 17 Oktober 1964) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (2009-2010 dan 2014-2018), mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal (2014-2017 dan 2009-2012) dan mantan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (kini Damansara) selama dua penggal (1999-2008).

Yang Berbahagia Datin Paduka

Chew Mei Fun

DSIS (Selangor)
周美芬
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Dalam jawatan
2014–2017
Berkhidmat dengan Azizah Mohd Dun
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Rohani Abdul Karim
Digantikan oleh Azizah Mohd Dun
Dalam jawatan
2009 – 2010
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Shahrizat Abdul Jalil
Didahului oleh Noriah Kasnon
Digantikan oleh Azizah Mohd Dun
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
26 Jun 2014 – 25 Jun 2017
Dalam jawatan
10 April 2009 – 9 April 2012
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Petaling Jaya Utara
Dalam jawatan
November 1999 – Februari 2008
Didahului oleh Lim Kuo Phau
Digantikan oleh Pua Kiam Wee
Majoriti13,043 (PRU-11)
2,481 (PRU-10)
Butiran peribadi
Lahir (1964-10-17) 17 Oktober 1964 (umur 59)
Pulau Pinang, Malaysia
Parti politik Persatuan Cina Malaysia
Alma materUniversiti Tunku Abdul Rahman

Letak jawatan

sunting

Pada 8 April 2010, Chew Mei Fun meletak jawatan Ketua Wanita MCA dan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat. Sebelum ini, pada 28 Mac 2010 semasa Pemilihan MCA 2010, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks DVD dilantik sebagai presiden.Chua Soi Lek berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis .makan koey teow pagi2 boleh sakit perot woo

Ramai yang menyindir supaya Chew Mei Fun meletak jawatan sebagaimana ikrar. Ramai pengikutnya di Wisma MCA membawa sepanduk "Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita" , "Kami sokong anda", "Kami perlukan anda" dan "Jangan letak jawatan!". [1]

PRK Kajang

sunting

Pada 27 Jan 2014 , Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ahli Dun Kajang secara mengejut .Berikutan tindakan yang dilakukan oleh beliau , PRK Dun Kajang diadakan .Secara tradisinya , Dun Kajang berada dibawah kepimpinan MCA. Oleh itu, Barisan Nasional mengumumkan Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN untuk PRK Dun Kajang .

PRK Dun Kajang yang akan menjelang tidak lama lagi bakal menyaksikan Chew Mei Fun berhadapan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang calon bebas iaitu Datuk Zaid Ibrahim.[2]

Rujukan

sunting