Cindy May McGuire

model dan ratu cantik Indonesia

Cindy May McGuire (/məˈɡwaɪər/ -GWIRE, bahasa Sunda: ᮞᮤᮔ᮪ᮓ᮪ᮚ᮪ ᮙᮨᮚ᮪ ᮙᮨᮎ᮪ᮌ᮪ᮝᮄᮈᮁ; lahir 27 Juni 1996)[1] ialah seorang doktor umum, pelakon, juruaudit, model dan pemenang pertandingan ratu cantik berdarah Indonesia-Amerika Syarikat yang dinobatkan sebagai Puteri Indonesia Lingkungan 2022.[2][3] Dia mewakili Indonesia di kontes Miss International 2022 yang diadakan di Tokyo, Jepun.[4][5]

Cindy May McGuire
Cindy sebagai Duta KTT G20 di Istana Merdeka pada 31 Mei 2022.
Kelahiran
Cindy May McGuire

(1996-06-27) 27 Jun 1996 (umur 27)[1]
Cirebon, Jawa Barat, Indonesia
Nama lainCindy McGuire
Pusat pendidikan
Pekerjaan
Ketinggian175 cm (5 ka 9 in)
Pangkat
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutCoklat gelap
Warna mataCoklat gelap
Pertandingan
utama
Tandatangan

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

 
Cindy semasa melawat Badan Pengawas Obat dan Makanan Republik Indonesia pada 25 Mei 2022.

Cindy dilahirkan di Kota Cirebon, Jawa Barat, Indonesia, daripada bapa berdarah Amerika Syarikat Lex McGuire yang berasal dari Philadelphia, Pennsylvania dan ibu berdarah Sunda Nelly Yulistin yang berasal dari Kabupaten Ciamis, Jawa Barat.[6] Selain itu, Cindy mempunyai seorang adik lelaki bernama Jason Maxwell McGuire.

Sejak kecil, Cindy sudah terbiasa berpindah tempat tinggal, dia telah berpindah ke Amerika Syarikat, Singapura, Australia, juga kota Bandung dan Ciamis di Jawa Barat, Indonesia.[1][5] Cindy belajar di Sekolah Menengah Leongatha Secondary College di bandar Leongatha di Victoria, Australia selama setahun sehingga akhirnya berpindah ke Kabupaten Ciamis, Jawa Barat dan bersekolah di SMA Negeri 2 Ciamis.[6]

Cindy sering menyertai program pertukaran pelajar ke beberapa negara, salah satunya dia menghadiri Senior High Student Exchange 2013 ke Australia. Pada tahun 2015, semasa masih bersekolah di Sekolah Menengah Leongatha Secondary College di Victoria, Australia, Cindy menghadiri program Excellent Medical Student Exchange 2015 ke Belanda.[2]

Cindy telah menamatkan pendidikan sarjana mudanya dan memperoleh gelar Bachelor of Medicine dalam Program Perubatan Profesional dan Doctor of Medicine dari Universiti Islam Bandung di Bandung, Jawa Barat. Pada masa ini, beliau sedang mengejar gelar master ganda; Master of Health Leadership and Management/Master of Infectious Diseases Intelligence di Universiti New South Wales di kota Sydney di New South Wales, Australia.[5]

Pada 31 Mei 2022, bersama rakan pemenang Puteri Indonesia 2022, Laksmi Shari De-Neefe Suardana dan Adinda Chresheilla, Cindy telah dilantik sebagai Duta G20 Bali 2022 oleh Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka, Jakarta, sebagai sebahagian daripada mesyuarat ketujuh belas Group of Twenty (G20) yang akan datang di Bali.[7][8][9]

Pertandingan ratu cantik sunting

 
Cindy dan rekan pemenang Puteri Indonesia 2022, Laksmi De-Neefe Suardana dan Adinda Chresheilla dengan Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu (kanan) setelah bertemu Joko Widodo di Istana Merdeka pada 30 Mei 2022.

Puteri Indonesia 2022 sunting

Selepas berjaya melayakkan diri sebagai wakil wilayah Puteri Indonesia DKI Jakarta 5 2022, Cindy mewakili provinsi DKI Jakarta 5 dalam pertandingan kecantikan kebangsaan Puteri Indonesia 2022 yang diadakan pada 27 Mei 2022 setelah tertangguh selama setahun akibat pandemik COVID-19 di Indonesia.

Beliau berjaya dinobatkan sebagai 1st Runner-up atau sebagai pemenang Puteri Indonesia Lingkungan 2022 oleh pendahulunya Puteri Indonesia Lingkungan 2019, Putu Ayu Saraswati dari Bali.[2][3] Pada malam pertabalan, Saraswati mengumumkan bahawa dia menarik diri daripada pertandingan dan menyerahkan keseluruhan jawatannya sebagai Miss International Indonesia 2022 kepada Cindy. Malam pertabalan itu dihadiri oleh Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat dari Thailand yang dilantik sebagai hakim jemputan.[10]

Miss International 2022 sunting

Sebagai Puteri Indonesia Lingkungan 2022, Cindy akan mewakili Indonesia pada peraduan Miss International 2022 yang diadakan di Tokyo Dome City Hall, Tokyo, Jepun pada 13 Disember 2022, acara ini telah ditangguhkan selama dua tahun kerana wabak pandemik COVID-19 di Jepun.[4] Pada akhir acara, dia tidak berjaya ditempatkan pada penempatan peraduan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c McGuire, Cindy May [@cindymaymcguire] (27 Jun 2019). "#birthdaygirl 🎂💥". Dicapai pada 5 Jun 2022 – melalui Instagram.
  2. ^ a b c Komarudin (28 Mei 2022). "Profil Cindy May McGuire dari Jakarta, Runner Up 1 Puteri Indonesia 2022". Liputan6. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  3. ^ a b Prima, Berkat (29 Mei 2022). "9 Potret Cindy May, Puteri Indonesia Lingkungan 2022 di Masa Karantina". IDN Times. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  4. ^ a b "Profil Cindy May McGuire, Runner Up I Putri Indonesia 2022 yang Menjadi Miss International Indonesia 2022". tvonenews.com. 28 Mei 2022. Dicapai pada 29 Mei 2022.
  5. ^ a b c Ajeng, Birgitta (31 Mei 2022). "Profil Puteri Indonesia Lingkungan 2022, Cindy May McGuire". Kumparan. Dicapai pada 2 Jun 2022.
  6. ^ a b Mang, Moh (Mei 2022). "Mojang Ciamis Raih Prestasi Sebagai Runner Up Puteri Indonesia 2022". djavatoday.com. Dicapai pada 4 Mei 2022.
  7. ^ "Presiden Jokowi Terima Kunjungan Puteri Indonesia 2022 dan Miss Universe 2021". Presiden Republik Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 30 Mei 2022. Dicapai pada 30 Mei 2022.
  8. ^ Gilang Galiartha (30 Mei 2022). "Presiden Jokowi libatkan Puteri Indonesia 2022 promosikan G20". Antara (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 30 Mei 2022.
  9. ^ Dhimas Ginanjar (31 May 2022). "Presiden Jokowi Gandeng Para Puteri untuk G20". Jawa Pos (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 31 Mei 2022.
  10. ^ Riani, Asnida (25 Mei 2022). "Jelang Malam Final Puteri Indonesia 2022, 3 Ratu Kecantikan Dunia Tiba di Indonesia". Liputan6. Dicapai pada 9 Jun 2022.

Pautan luar sunting

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Hillary Masrin
Puteri Indonesia DKI Jakarta 5
2022
Diikuti oleh:
Fidelia Prabajati
Didahului oleh
  Putu Ayu Saraswati
Puteri Indonesia Lingkungan
2022
Diikuti oleh:
  Yasinta Aurellia
Didahului oleh
  Jolene Marie Rotinsulu
(2019)
Miss International Indonesia
2022
Diikuti oleh:
  Farhana Nariswari Wisandana