Dabkah (Bahasa Arab: دبكة‎, juga dieja sebagai dabke atau dabka, majmuk Dabkaat) ialah sebuah tarian tradisional dalam kalangan orang Arab di kawasan Levant, Timur Tengah.[1] Tarian ini lazimnya dimainkan dalam upacara perkahwinan serta sebarang upacara yang berunsur kegembiraan. Asal istilah dabkah adalah tidak jelas, tetapi dipercayai berasal daripada istilah dabaka (Bahasa Arab: دبكة‎‎) yang bererti 'menghentak kaki'[2] atau 'membuat bising'.[3]

Tarian dabkah, 1880

Variasi tarian dabkah boleh ditemui di Palestin, Jordan, Lubnan, Syria, Iraq, Yaman dan utara Arab Saudi.[4] Sekitar sekurang-kurangnya 20 jenis tarian dabkah telah dikenal pasti di kawasan Levant.[5] Muzik dabkah lazimnya terdiri daripada peralatan muzik tradisional seperti oud, tablah dan daf.

RujukanSunting

  1. ^ Veal, Michael E.; Kim, E. Tammy (2016). Punk Ethnography: Artists & Scholars Listen to Sublime Frequencies (dalam bahasa Inggeris). Wesleyan University Press. ISBN 9780819576545.
  2. ^ "Turns out the dabke is an Israeli dance, according to The New York Times". Mondoweiss. 4 August 2013.
  3. ^ The Arab World, Volume 8. Arab Information Center. 1962. But what is dabke and to which period can it be traced? According to Lebanese historian Youssef Ibrahim Yazbec, who is working on a book on folklore, the dabke comes from the Arabic dabaka meaning to make a noise. ... His theory is that the Phoenicians were the first teachers of the dance in the world, and the dabke is a representative descendant of the Phoenician dances left to us.
  4. ^ Morris, Gay; Giersdorf, Jens Richard (n.d.). Choreographies of 21st Century Wars. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-020166-1 – melalui Google Books. Dabke is a folk dance "made up of intricate steps and stomps" (Rowe 2011, 364) performed by both men and women that is popular in areas such as Palestine, Lebanon, Syria, Iraq, Jordan, northern Saudi Arabia, and Yemen. The dance is often performed at weddings and celebrations; however, it is also performed in theatrical or contemporary modes.
  5. ^ "كل الاردن". Allofjo.net. Dicapai pada 2017-01-07.

Pautan luarSunting

  •   Media berkenaan Dabkah di Wikimedia Commons