Danial Zainal Abidin

Dato' Dr. Danial bin Zainal Abidin (lahir 21 Julai 1955) merupakan doktor perubatan di Klinik Syifa, yang terletak di Gelugor, Pulau Pinang. Beliau juga penulis buku motivasi dan pakar motivasi serta penceramah bebas di Malaysia.

Biodata sunting

Dato' Dr Danial berasal daripada Kampung Manggis, Sungai Ara, Pulau Pinang. Ayahnya Haji Zainal Abidin bin Hasan dan ibunya Hjh. Che Su bte Hj. Jamaluddin .

Pendidikan sunting

Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Jelutong dan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang.Seterusnya belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang Free. Sambung belajar di Universiti Iskandariah, Mesir - jurusan perubatan. Ketika di Mesir beliau menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia di Iskandariah (1975).Tahun 1981 beliau mendapat ijazah M.B.Ch.B. dalam bidang perubatan.


Kerjaya sunting

Beliau menjadi Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd.[1] Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang.Aktiviti lain adalah sebagai pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden. Beliau juga menyampaikan motivasi secara berkala di Perlis FM dan Perak FM.

Beliau pernah menjadi penceramah dan motivator di Telekom Malaysia, IKIM, Kuantan Port, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Persatuan Pekerja-Pekerja Islam TNB, KLIA dAN Petronas Carigali.Beliau juga dijemput berceramah di St. Louis, Amerika, Perth, Australia, dan Singapura.


Beliau menjadi penasihat bagi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) (2012). Yang Di Pertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang(1992-2001). Selain itu sebagai Pengerusi Kariah di Sungai Ara, Pulau Pinang (1996-2000).

Karya / penulisan sunting

Beliau merupakan kolumnis ruangan Islam dan Sains bagi Majalah-i, Karangkraf, dan Kosmik, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sepuluh buah buku hasil tulisan beliau ialah :

  1. Konsep Perubatan Islam
  2. Islam The Misunderstood Religion
  3. Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden
  4. Kit Kombat Islam
  5. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden - Finalis dalam Anugerah Media Islam (AMIN) bagi tahun 2006.[2]
  6. Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.
  7. Empayar Minda Muslim
  8. 7 Formula Individu Cemerlang
  9. Tip-tip Cemerlang Daripada Quran
  10. Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains.
  11. 7 Keajaiban Surah Al-Baqarah [3]
  12. Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari

Keluarga sunting

Beliau mempunyai dua isteri iaitu seorang doktor perubatan dan seorang pengurus syarikat.Anaknya seramai 8 orang:

  1. Ijazah dalam bidang Bio-Teknologi
  2. Jurusan Kimia Analisis
  3. Jurusan Teknologi Persekitaran
  4. Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia.[4]


Rujukan sunting

  1. ^ Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan Tahun 2016.
    ".....Malaysia, Dato’ Dr. Danial bin Zainal Abidin, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, YBhg....."
  2. ^ Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi 2015.
    By Danial Zainal Abidin
  3. ^ Dr. Danial bin Zainal Abidin
  4. ^ "Siapa Dr Danial ?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-16. Dicapai pada 2011-09-19.

Pautan luar sunting