Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Bukan Kerana Aku Tak Cinta merupakan sebuah drama televisyen sarat dengan konflik menyentuh perasaan. Kisah seorang cucu Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan. Drama ini ialah adaptasi daripada sebuah novel dengan judul yang sama karya E-man Sufi, terbitan Pena Creative Sdn Bhd, dan ditayangkan di slot drama Astro Mustika HD dari 9 Disember 2013 sehingga 22 April 2014, setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam. Ianya dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta
GenreDrama
Aksi
Cinta
Konflik
Dendam
FormatTelevisyen
Ditulis olehJanjira Rozie Rashid
Chinta Nadeesha
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Nelydia Senrose
Sharnaaz Ahmad
Iqram Dinzly
Lagu pembukaan"Salahkah" nyanyian Rossa & Hafiz Suip
Lagu penutup"Salahkah" nyanyian Rossa & Hafiz Suip
Negara asalMalaysia
Bahasabahasa Melayu
Bilangan episod60 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitZiela Jalil
Tempoh siaran30 minit setiap episod
Penyiaran
Saluran asalAstro Mustika HD
Julung kali ditayangkan di
 Malaysia
Siaran asal9 Dec 2013 – 22 April 2014 (2 episod akhir)
Kronologi
MengikutiJodoh Itu Milik Kita
Diikuti olehKusinero Cinta

Episod terakhir drama ini berjaya mendapat 800 ribu tontonan dan mencatat rekod tontonan tertinggi bagi saluran Astro Mustika.

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan sebelum ini. Ahmad Ziyad bin Iskandar Foo atau lebih dikenali sebagai Jebat, dibesarkan oleh keluarga gengster selepas ibu bapanya mati dibunuh. Bagaimanapun, Jebat berubah selepas satu kejadian dan bertemu pula dengan abangnya, Wahab dan majikan abangnya, Uwais yang banyak membantunya.

Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Namun, sifatnya yang tenang, rajin dan baik telah menarik hati Hannah Mastura binti Umar Mukhriz iaitu adik ipar majikannya. Pelbagai cara dilakukan Mastura untuk menarik perhatiannya sehingga Jebat berasa rimas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak pernah berputus asa. Jebat tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang mempunyai parut di bahagian kening.

Selepas berkahwin dengan Mastura, satu persatu rahsia Jebat terbongkar. Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui suaminya dulu bekas ketua gengster? Mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon sampingan sunting

  • Awie Dean sebagai Fisya
  • Syamim Razi sebagai Daqiq
  • Nur Fateha sebagai Nafisa
  • Azhar Amir sebagai Ayah Budak

Runut Bunyi sunting

Lagu tema drama ini ialah, "Salahkah" nyanyian Rossa & Hafiz Suip.

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014 Anugerah Astro On the Go Fan Choice Favorite Drama TV Show Bukan Kerana Aku Tak Cinta Menang
Favorite Fuyoo Actor Sharnaaz Ahmad Tercalon
Favorite Fuyoo Actress Nelydia Senrose Menang
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon TV Lelaki Popular Sharnaaz Ahmad Tercalon
Gandingan Serasi Di Layar Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose Tercalon
Anugerah MeleTOP Era Drama MeleTOP Bukan Kerana Aku Tak Cinta Menang
Pelakon TV MeleTOP Sharnaaz Ahmad Tercalon
Pelakon TV MeleTOP Nelydia Senrose Tercalon