Buletin Didik
Buletin Didik (dahulunya dikenali sebagai Warta Nasional ntv7, Edisi 7(era pertama), MNN Nasional News dan Edisi 7(era kedua) merupakan rancangan berbentuk berita dan informasi terkini dari dalam dan luar negara yang disiarkan di NTV7. Turut dimuatkan adalah perkembangan ekonomi, sukan dan hiburan. Edisi 7 bersiaran setiap Sabtu hingga Khamis pada 1:00 tengah hari, tetapi juga disiarkan pada 7:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat sebelum waktu siarannya bertukar, berikutan perubahan rancangan di ntv7 pada 5 Mac 2018.
Buletin Didik | |
---|---|
Format | Berita |
Pencipta | Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima |
Dibintangi oleh | Pelbagai |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Fazilah Hani Harun Mimi Azeera Abdullah Mohd Redzuan Abdul Manap Nor Aziran Yunus |
Penerbit | Haniza Hanifah Mimi Azeera Abdullah Muhammad Farhan Zainal Nor Aziran Yunus Nur Halifah Ghani |
Tempoh siaran | 30 minit (07.04.1998 - 30.12.2018, 01.12.2020 - 25.05.2023) 25 minit (31.12.2018-30.11.2020) |
Penyiaran | |
Saluran asal | NTV7 |
Format gambar | SDTV 480i60 4:3 (07.04.1998 - 14.06.2020) HDTV 1080i60/1440i60 16:9 (15.06.2020 - 25.05.2023) |
Siaran asal | 7 April 1998 – 25 Mei 2023 |
Mengikuti | Edisi 7 |
SejarahSunting
Waktu siaran Edisi 7 kembali ke 8:00 malam pada 1 Jun 2018, yang mana sebelum ini ialah waktu siaran sebelum Januari 2007, di mana slot tersebut digunakan oleh 7 Edition. Sebelum ini, Edisi 7 disiarkan pada 5:00 petang yang hanya dapat bertahan selama hampir tiga bulan. Dengan perubahan ini, 7 Edition berpindah ke 11:00 malam. Tetapi, ada bantahan berlaku menyebabkan Edisi 7 tukar siaran pada 2:30 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis mulai 17 Jun 2018.
Pada 31 Disember 2018, Edisi 7 disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.
Pada 1 Disember 2020, Edisi 7 disiarkan pada jam 12:00 tengah hari.
Pada 17 Februari 2021, Edisi 7 dinamakan semula sebagai Buletin Didik dan disiarkan pada jam 7:30 malam pada setiap hari.
Buletin Didik tukar waktu masa penyiaran bermula pada jam 7:00 malam hingga 7:30 malam sehingga 24 Mei 2023.
Buletin Didik telah menamatkan penyiarannya pada 25 Mei 2023.
Pada 26 Mei 2023, Buletin Didik telah digantikan oleh Buletin Utama TV3 yang bersiaran selama 1 jam bermula 8:00 - 9:00 malam.
Penyampai beritaSunting
Sebelum penamatanSunting
Dipindahkan ke Buletin Utama TV3.
- Charles Mohan
- Fazilah Hani Harun
- Midy Saleh
- Mimi Azeera Abdullah
- Mohd Hamidy Mohd Saleh
- Nur Halifah Ghani
- Syafrie Izwan Wahab
- Taha Rusydi Mohd Nazri
- Zaiti Zubir
- Azlinda Mohd Salim
- Farah Nabilah Wazer
- Hazwan Syah
- Helmi Majid Ismail
- Jasmine Abu Bakar
- Juliana Ramle
- Khairunnisak Dzun Nurin
- Melissa Ong
- Nadia Mohsin
- Nina Jamil
- Norazlina Awang Had
- Rusyilda Ismail
- Syarifah Salwa Syed Abdul Rahman
- Wan Kamaruddin Wan Ibrahim