Eric Enchin Majimbun
(Dilencongkan dari Enchin Majimbun)
Yang Berhormat Datuk Enchin Majimbun merupakan Ahli Parlimen Sepanggar, Sabah dari Parti Maju Sabah (SAPP). Beliau merupakan salah satu ahli Parlimen SAPP selain Datuk Chua Soon Bui.
Yang Berhormat Datuk Enchin Majimbun PGDK (Sabah); PPN | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk P171 Sepanggar, Sabah | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Jumat Idris |
Majoriti | 11,461 |
Butiran peribadi | |
Lahir | Inanam | 7 Februari 1950
Parti politik | Fail:Sapplogo.gif SAPP-Sabah (Bebas) |
Pasangan | Datin Sylvia Siap |
Anak-anak | Edna, Evina, Shone, Elsie |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Politik sunting
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari DAP, Ewol Bin Muji @ Edward Ewol Mujie dengan majoriti sebanyak 11,461 undi. Beliau memperolehi 16,884 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 3,709 undi. Seorang lagi calon, Mohd Ibrahim @ Paul Kuleling (Parti Keadilan Rakyat) mendapat 5,423 undi. Beliau mempertahankan kerusi terebut dan pernah menjadi Ahli Parlimen Sepanggar pada 2004 - 2008 menggunakan tiket BN-Parti Bersatu Sabah (PBS).