Eromanga Sensei (エロマンガ先生) merupakan siri novel ringan ditulis oleh Tsukasa Fushimi dan diilustrasikan oleh Hiro Kanzaki. Novel ringan diterbitkan oleh ASCII Media Works di bawah Dengeki Bunko pada 10 Disember 2013 dan kini mempunyai lapan buah jilid. Siri manga diilustrasikan oleh Rin diterbitkan oleh ASCII Media Works di bawah Dengeki Daioh bermula 24 Mei 2014. Siri televisyen anime dihasilkan oleh syarikat A-1 Pictures telah ditayangkan pada 8 April 2017 jam 24:30 (9 April 2017 jam 12:30 pagi) sehingga 24 Jun 2017.

Eromanga Sensei
Logo siri Eromanga Sensei
エロマンガ先生
GenreKomedi, romantik[1]
Novel ringan
PengarangTsukasa Fushimi
IlustrasiHiro Kanzaki
PenerbitASCII Media Works
DemografikShōnen
PencetakanDengeki Bunko
Tarikh Pengeluaran10 Disember 2013 – kini
Jilid9
Manga
PengarangTsukasa Fushimi
IlustrasiRin
PenerbitASCII Media Works
DemografikShōnen
PencetakanDengeki Comics
Majalah AsalDengeki Daioh
Tarikh Pengeluaran24 Mei 2014 – kini
Jilid6
Siri televisyen anime
PengarahRyohei Takeshita
PenerbitShinichiro Kashiwada
Shōki Niwa
Kazuma Miki
Noriko Kosukegawa
Kozue Kananiwa
Tomoyuki Ohwada
Skrip/PenulisTatsuya Takahashi
Lagu/MuzikTomoki Kikuya
StudioA-1 Pictures
Dilesenkan olehAmerika Syarikat Aniplex of America
Australia Madman Entertainment
Republik Rakyat China bilibili
Penyiaran AsalTokyo MX, MBS, TVA, GTV, GYT, BS11, AT-X
Tarikh tayangan8 April 201724 Jun 2017
Episod12 (Senarai episod)
Portal Anime dan Manga

Ringkasan cerita

sunting

Siri ini mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi bernama Masamune Izumi yang merupakan seorang novelis ringan. Masamune sangat berminat menulis sebuah novel sejak sekolah rendah lagi tetapi tidak mempunyai kemahiran untuk melukis. Masamune mendapatkan pertolongan seorang rakan kongsi yang menggunakan nama pena "Eromanga Sensei" sebagai ilustrator dalam novel beliau terkenal dengan lukisan erotik yang menjolokkan mata. Selain mengimbangi keghairahan dan sekolah, Masamune juga seorang penjaga kepada adik tiri perempuannya bernama Sagiri Izumi selepas ibu tiri (ibu Sagiri) dan bapanya meninggal dunia. Kini mereka berdua tinggal di rumah. Masamune bergantung kepada novel ringan untuk kehidupan seharian di rumah. Sagiri yang merupakan seorang hikikomori berkurung di dalam biliknya lebih setahun dan memaksa Masamune sentiasa bawakan makanannya ke biliknya walaupun dengan percubaan beliau untuk memujuk Sagiri meninggalkan biliknya. Ketika bertemu bual di laman sosial, Masamune secara kebetulan mendapat tahu bahawa rakan kongsinya yang bernama pena "Eromanga Sensei" ialah Sagiri. Semenjak itu, hubungan adik-beradik mereka semakin rapat hingga tahap keseronokan yang baru, terutamanya apabila seorang perempuan menyebabkan pergaduhan dengan seorang penulis novel ringan terkenal.

Masamune Izumi (和泉正宗, Izumi Masamune)
Disuarakan oleh: Yoshitsugu Matsuoka[2]
Merupakan watak utama dalam siri ini. Beliau berumur 15 tahun dan merupakan pelajar sekolah menengah tinggi tahun 1. Semenjak di sekolah menengah rendah, beliau sangat meminati menulis novel ringan. Dengan bantuan rakan kongsinya, "Eromanga Sensei" yang merupakan adiknya, Sagiri, jualan novel ringan beliau semakin laris.
Sagiri Izumi (和泉紗霧, Izumi Sagiri)
Disuarakan oleh: Akane Fujita[3]
Merupakan watak utama dalam siri ini. Beliau menggunakan nama pena "Eromanga Sensei". Beliau yang berumur 12 tahun ialah seorang pelajar sekolah menengah rendah. Rambut Sagiri berwarna perak seperti orang tua. Sagiri merupakan hikikomori kerana beliau jarang keluar dari biliknya, makan bersendirian (makanannya sering dihidangkan oleh abangnya yang meletakkannya di depan pintu biliknya) dan memonteng sekolah.
Megumi Jinno (神野めぐみ, Jinno Megumi)
Disuarakan oleh: Ibuki Kido[4]
Merupakan watak sampingan dalam siri ini. Megumi juga merupakan rakan sekelas Sagiri. Dia bersikap ceria, peramah dan mengambil berat mengenai rakannya yang bermasalah. Megumi juga merupakan bekas model amatur.
Elf Yamada (山田エルフ, Yamada Erufu)
Disuarakan oleh: Minami Takahashi[4]
Seorang novelis muda berumur 14 tahun yang telah berjaya menjual sebanyak 2 juta salinan dalam siri novelnya. Elf merupakan jiran kepada Masamune.
Tomoe Takasago (高砂智恵, Takasago Tomoe)
Disuarakan oleh: Yui Ishikawa[4]
Merupakan rakan sekelas Masamune dan juga pekerja sambilan di kedai buku.
Muramasa Senju (千寿ムラマサ, Senju Muramasa)
Disuarakan oleh: Saori Ōnishi[4]
Merupakan novelis terkenal yang telah menjual sebanyak 14.5 juta salinan siri novelnya dan juga saingan utama Masamune dan Elf. Muramasa jatuh cinta dengan Masamune tetapi cintanya ditolak selepas meluahkan perasaannya.
Ayame Kagurazaka (神楽坂あやめ, Kagurazaka Ayame)
Disuarakan oleh: Mikako Komatsu
Merupakan penyunting kepada Masamune dan Muramasa.
Chris Yamada (山田クリス, Yamada Kurisu)
Disuarakan oleh: Seiichirō Yamashita
Merupakan abang dan penyunting kepada Elf.
Kunimitsu Shidō (獅童国光, Shidō Kunimitsu)
Disuarakan oleh: Nobunaga Shimazaki
Merupakan salah seorang peserta Tenkaichi-Budoukai, tetapi dia kalah dalam acara tersebut lantaran Masamune memenangi tempat pertama dan dia hanya memenangi tempat kedua.
Amelia Almeria (アメリア・アルメリア, Ameria Arumeria)
Merupakan seorang ilustrator yang menggelarkan dirinya sebagai Eromanga Sensei G (エロマンガ先生G) dan saingan utama Sagiri.

Novel ringan

sunting

Siri novel ringan direka oleh Tsukasa Fushimi dan diilustrasikan oleh Hiro Kanzaki. Novel ringan diterbitkan oleh ASCII Media Works di bawah Dengeki Bunko pada 10 Disember 2013 dan kini mempunyai lapan buah jilid.[1]

No. Tajuk Tarikh keluaran bahasa Jepun ISBN bahasa Jepun
1Eromanga-sensei Imōto to Akazu no Ma (エロマンガ先生 妹と開かずの間)10 Disember 2013[5]ISBN 978-4-04-866081-5
2Eromanga-sensei (2) Imōto to Sekai de Ichiban Omoshiroi Shōsetsu (エロマンガ先生(2) 妹と世界で一番面白い小説)10 Mei 2014[6]ISBN 978-4-04-866531-5
3Eromanga-sensei (3) Imōto to Yōsei no Shima (エロマンガ先生(3) 妹と妖精の島)10 Oktober 2014[7]ISBN 978-4-04-866937-5
4Eromanga-sensei (4) Eromanga-sensei VS Eromanga-sensei G (エロマンガ先生(4) エロマンガ先生VSエロマンガ先生G)10 Mac 2015[8]ISBN 978-4-04-869334-9
5Eromanga-sensei (5) Izumi Sagiri no Hatsutōkō (エロマンガ先生(5) 和泉紗霧の初登校)10 September 2015[9]ISBN 978-4-04-865381-7
6Eromanga-sensei (6) Yamada Erufu-chan to Kekkon Subeki Jū no Riyū (エロマンガ先生(6) 山田エルフちゃんと結婚すべき十の理由)10 Mac 2016[10]ISBN 978-4-04-865808-9
7Eromanga-sensei (7) Anime de Hajimaru Dōsei Seikatsu (エロマンガ先生(7) アニメで始まる同棲生活)10 Ogos 2016[11]ISBN 978-4-04-892249-4
8Eromanga-sensei (8) Izumi Masamune no Kyūjitsu (エロマンガ先生(8) 和泉マサムネの休日)10 Januari 2017[12]ISBN 978-4-04-892597-6
9Eromanga-sensei (9) Sagiri no Shinkon Seikatsu (エロマンガ先生(9) 紗霧の新婚生活)9 Jun 2017[13]ISBN 978-4-04-892950-9

Siri manga ilustrasi oleh Rin diterbitkan oleh ASCII Media Works di bawah Dengeki Daioh bermula 24 Mei 2014.[14][15] Manga ini telah mengumpulkan lima buah jilid tankōbon pada Mac 2017.

No. Tarikh keluaran bahasa Jepun ISBN bahasa Jepun
1 10 November 2014[15]ISBN 978-4-04-866922-1
2 9 Mei 2015[16]ISBN 978-4-04-865087-8
3 9 Januari 2016[17]ISBN 978-4-04-865518-7
4 10 Ogos 2016[18]ISBN 978-4-04-892172-5
5 10 Mac 2017[19]ISBN 978-4-04-892718-5
6 7 Oktober 2017[20]ISBN 978-4-04-893431-2

Siri televisyen anime dihasilkan oleh syarikat A-1 Pictures. Anime ini diarahkan oleh Ryohei Takeshita, penulis ceritanya ialah Tatsuya Takahashi dan dihasilkan oleh Shinichiro Kashiwada dan Aniplex.[3][21][2] Anime ini mula ditayangkan pada 8 April 2017 sehingga 24 Jun 2017.[4] Aniplex of America mempunyai lesen penyiaran di Amerika Utara.[22]

No. Tajuk[a] Tarikh tayangan[23]
1 "Adik Saya dan Bilik Tertutup"
"Imōto to Akazu no Ma" (妹と開かずの間) 
8 April 2017
Masamune Izumi merupakan seorang pelajar sekolah menengah tinggi yang juga seorang novelis secara sambilan di samping menjaga adik angkatnya Sagiri yang telah berkurung di dalam biliknya selama setahun. Karya Masamune telah mendapat sambutan dan popular dalam carta lalu dia mengadakan sesi tandatangan bersama peminatnya secara umum tanpa kehadiran ilustratornya, "Eromanga Sensei". Keidakhadiran "Eromanga Sensei" menjadi tanda tanya kepada peminat dan Masamune. Ketika Eromanga Sensei menyiarkan siaran langsung sambil menggambarkan dan berbual dengan peminat, Masamune mengetahui identiti sebenar "Eromanga Sensei" ialah Sagiri. 
2 "Kehidupan Normal Ketua Kelas dan Pari-Pari Berani"
"Riajū Iinchō to Futeki na Yōsei" (リア充委員長と不敵な妖精) 
15 April 2017
3 "Buck Naked Mansion and the Fallen Master"
"Zenra no Yakata to Daraku no Aruji" (全裸の館と堕落の主) 
22 April 2017
4 "Eromanga Sensei"
"Eromanga Sensei" (エロマンガ先生) 
29 April 2017
5 "Let's Plan a Light Novel With Your Sister"
"Imōto to Ranobe Kikaku o Tsukurō" (妹とラノベ企画を創ろう) 
6 Mei 2017
6 "Masamune Izumi and the Namesis of Ten Million Copies"
"Izumi Masamune to Issen-man-bu no Shukuteki" (和泉マサムと一千万部の宿敵) 
13 Mei 2017
7 "Little Sister and the Most Interesting Novel in the World"
"Imōto to Sekai de Ichiban Omoshiroi Shōsetsu" (妹と世界で一番面白い小説) 
20 Mei 2017
8 "Dreaming Sagiri and Summer Fireworks"
"Yumemiru Sagiri to Natsu Hanabi" (夢見る紗霧と夏花火) 
27 Mei 2017
9 "Little Sister and Fairy Island"
"Imōto to Yōsei no Shima" (妹と妖精の島) 
3 Jun 2017
10 "Masamune Izumi and Younger Senpai"
"Izumi Masamune to Toshishita no Senpai" (和泉マサムネと年下の先輩) 
10 Jun 2017
11 "How the Two Met and Future Siblings"
"Futari no Deai to Mirai no Kyōdai" (二人の出会い未来の兄妹) 
17 Jun 2017
12 "Eromanga Festival"
"Eromanga fesutibaru" (エロマンガフェスティバル) 
24 Jun 2017

Staf utama

sunting
  • Karya asal - Tsukasa Fushimi
  • Ilustrasi asal - Kanzakihiro
  • Pengarah - Ryohei Takeshita
  • Perancang - Tatsuya Takahashi
  • Reka bentuk watak - Hiroyuki Oda
  • Pengarah animasi - Yuichi Oka, Shinpei Kobayashi
  • Tetapan warna - Kanako Hokari
  • Pengarah seni - Yukako Ogawa (KLAS)
  • Pengarah fotografi - Toshiaki Aoshima
  • Pengarah suara - Takayuki Yamaguchi
  • Muzik - Tomoki Kikuya
  • Penghasilan animasi - A-1 Pictures
  • Pengeluaran - Aniplex, Kodokawa ASCII Media Works, Kinoshita, Movic, BS11

Lagu tema

sunting
Lagu pembukaan
No. Episod Tajuk lagu Penyanyi Lirik Komposer Susunan Nota Ruj.
1 2-12 "Hitorigoto" (ヒトリゴト) ClariS Kelly Yoichiro Nomura Episod 1 lagu ini dijadikan sebagai lagu penutup [24]
Lagu penutup
No. Episod Tajuk lagu Penyanyi Lirik Komposer Susunan Nota Ruj.
1 2-7, 9-12 "Adrenaline!!!" TrySail Ryota Nakano
2 8 "Natsu Irokoi Hanabi" (夏色恋花火, Cinta Bunga Api Musim Panas) Sagiri Izumi (Akane Fujita) Hiroko Yamasaki

Keluaran media

sunting
Vol. Tarikh keluaran[25] Episod Nombor produk
Keluaran blu-ray Keluaran DVD
1 28 Jun 2017 1-2 ANZX-12481/2 ANZB-12481/2
2 26 Julai 2017 3-4 ANZX-12483/4 ANZB-12483/4
3 23 Ogos 2017 5-6 ANZX-12485/6 ANZB-12485/6
4 27 September 2017 7-8 ANZX-12487/8 ANZB-12487/8
5 25 Oktober 2017 9-10 ANZX-12489/90 ANZB-12489/90
6 22 November 2017 11-12 ANZX-12491/92 ANZB-12491/92
  1. ^ nama tajuk dalam bahasa Inggeris diambil di laman web Crunchyroll.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Oreimo Author's Ero Manga Sensei Light Novel Outlined". Anime News Network. 10 November 2013. Dicapai pada 9 Mac 2016.
  2. ^ a b "Eromanga Sensei Anime Reveals Lead Voice Actor, Main Staff". Anime News Network. 27 September 2016. Dicapai pada 27 September 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ a b "Eromanga Sensei Anime Casts Akane Fujita as Sagiri Izumi". Anime News Network. 13 Mac 2016. Dicapai pada 13 Mac 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ a b c d e "Eromanga Sensei Anime Reveals April 2017 Premiere, More of Cast". Anime News Network. 2 Oktober 2016. Dicapai pada 27 Disember 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "エロマンガ先生 妹と開かずの間". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 13 Mac 2016.
  6. ^ "エロマンガ先生(2) 妹と世界で一番面白い小説 / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 12 Mac 2016.
  7. ^ "エロマンガ先生(3) 妹と妖精の島 / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 12 Mac 2016.
  8. ^ "エロマンガ先生(4) エロマンガ先生VSエロマンガ先生G / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 12 Mac 2016.
  9. ^ "エロマンガ先生(5) 和泉紗霧の初登校 / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 12 Mac 2016.
  10. ^ "エロマンガ先生(6) 山田エルフちゃんと結婚すべき十の理由 / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 12 Mac 2016.
  11. ^ "エロマンガ先生(7) アニメで始まる同棲生活 / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 15 September 2016.
  12. ^ "エロマンガ先生(8) 和泉マサムネの休日 / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 10 Januari 2017.
  13. ^ "エロマンガ先生(9) 紗霧の新婚生活 / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  14. ^ Green, Scott (6 Mei 2014). ""Oreimo" Author's New Series Gets Manga Adaptation". Crunchyroll. Dicapai pada 13 Mac 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  15. ^ a b "エロマンガ先生(1) / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 12 Mac 2016.
  16. ^ "エロマンガ先生(2) / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 12 Mac 2016.
  17. ^ "エロマンガ先生(3) / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 12 Mac 2016.
  18. ^ "エロマンガ先生(4) / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 15 September 2016.
  19. ^ "エロマンガ先生(5) / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 10 Mac 2017.
  20. ^ "エロマンガ先生(6) / 電撃文庫公式サイト". Dengeki Bunko (dalam bahasa Jepun). ASCII Media Works. Dicapai pada 15 Oktober 2017.
  21. ^ "Oreimo Author's Eromanga Sensei Light Novels Get Anime". Anime News Network. 9 Mac 2016. Dicapai pada 9 Mac 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  22. ^ "Aniplex USA to Simulcast Eromanga Sensei on Crunchyroll, Daisuki, Anime Strike". Anime News Network. 31 Mac 2017. Dicapai pada 31 Mac 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  23. ^ "Eromanga Sensei" (dalam bahasa Japanese). Tokyo MX. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-09. Dicapai pada April 8, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ "ClariS Performs Eromanga Sensei TV Anime's Opening Song". Anime News Network. 10 Februari 2017. Dicapai pada 10 Februari 2017.
  25. ^ "Blu-ray&DVD". エロマンガ先生 | アニメ公式サイト. Dicapai pada 2017-03-12.

Pautan luar

sunting