Habsyah
Habsyah (daripada bahasa Arab: الحبشة) atau Ethiopia (Tulisan Jawi: ايثوڤيا) merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Tanduk Afrika dan tergolong dalam negara-negara tertua di dunia. Kawasan Ethiopia juga merupakan antara tapak tamadun yang terawal di dunia. Kerajaan Ethiopa pertama dibentuk sekitar tahun 980 S.M. dan menerima agama Kristian pada abad ke-4 M. Kini, Ethiopia merupakan negara berbentuk republik dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kerjasama antarabangsa. Ibu negaranya, Addis Ababa merupakan pusat pentadbiran Kesatuan Afrika (AU).
Republik Demokratik Persekutuan Habsyah ريڤوبليك ديموکراتيك ڤرسكوتوان حبشه የኢትዮጵያ ፌዴራላዊ ዲሞክራሲያዊ ሪፐብሊክ ye-Ītyōṗṗyā Fēdēralāwī Dīmōkrāsīyāwī Rīpeblīk | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Wodefit Gesgeshi, Widd Innat Ityopp'ya "Maralah, ibuku Habsyah" | |||||
![]() | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Addis Ababa | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Amhara | ||||
Kerajaan | Republik persekutuan | ||||
• Presiden | Sahle-Work Zewde | ||||
Abiy Ahmed Ali | |||||
Penubuhan | |||||
• Tarikh tradisional | 980 SM | ||||
• Kerajaan D'mt | Abad ke-8 SM | ||||
• Kerajaan aksum | Abad pertama SM | ||||
• Pembentukan Empayar Habsyah | 1137 | ||||
• Derg | 1974 | ||||
0.7 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2016 | 75,067,000 (ke-12) | ||||
• Bancian Penduduk 2007 | 73,750,932[1] | ||||
92.7/km2 (240.1/sq mi) (ke-123) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $216.449 bilion[2] | ||||
$2,299.26[2] | |||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | $87.303 bilion[2] | ||||
$927.39[2] | |||||
Gini (2011) | ![]() sederhana | ||||
HDI (2008) | 0.503 rendah · ke-155 | ||||
Mata wang | Birr Habsyah ( ETB ) | ||||
Zon waktu | EAT (UTC+3) | ||||
• Musim panas (DST) | tiada | ||||
Kod panggilan | 251 | ||||
DPT internet | .et |
Nama Sunting
Nama Habsyah pula berasal daripada kumpulan kaum Habesha, iaitu kaum yang mendiami kawasan Habsyah sejak 3000 S.M, nama kaum tersebut datangnya daripaa ungkapan nama bahasa Arab untuk bahasa Ethiosemitik; nama "Ḥabaśāt" (bukan vokal "ḤBŚT"). Perkataan moden Habesha adalah merujuk kepada nama penduduk awal negara (manakala negaranya dikenali "Ityopp'ya"). Namun begitu, dalam sesetengah bahasa, seperti bahasa Melayu, Ethiopia masih lagi dirujuk atas nama sanaknya (nama keturunan) yakni dengan perkataan "Habsyah"; ada juga menyebut "Abyssinia" yang berakar daripada istilah bahasa Arab moden Al-Ḥabashah.
Nama Bahasa Inggerisnya "Ethiopia" pula dikatakan berasal daripada "Ityopp'is", iaitu nama anak cucu Ham, pembentuk bandar Aksum. Bukti paling awal tentang penggunaan nama Ityopya dalam wilayah itu sendiri adalah merujuk kepada Kerajaan Aksum pada kurun ke-4, dalam sebuah batu bersurat Raja Ezana,[4] dimana yang pertama di Kristiankan untuk seluruh empayarnya. Nama tersebut muncul dua kali dalam karya Iliad dan tiga kali dalam Odýsseia melalui bentuk bahasa Yunani ia diberi nama Αἰθιοπία (dari Αἰθίοψ , Aithiops, 'Ethiopia').[5] Herodotus mengkhususkan penggunaannya kepada kesemua tanah di selatan Mesir,[6] termasuk Sudan dan Habsyah moden. Plinius yang Tua mengatakan nama negara itu datang dari anak Hephaestus (aka Vulcan) bernama Aethiops.[7] Sama juga, pada kurun ke-15, Bahasa Ge'ez Kitab Aksum, nama tersebut dihuraikan sebagai nama bagi seorang individu lagenda dipanggil Ityopp'is, anak kepada Cush, anak Ham, yang dikatakan pengasas Bandar Axum. Tambahan lagi, menurut Cushite, dua orang Raja Semitik terawal juga dikatakan diberi nama Ityopp'is berdasarkan susur galur Raja tradisional Habsyah. Cendekiawan Eropah moden yang bermula sekitar tahun 1600[8] juga merujuk nama tersebut diambil dari perkataan Yunani iaitu aitho "Saya bakar" + ops "muka".[9][10]
Sejarah Sunting
Pada zaman nabi Muhammad Sunting
Semasa Nabi Muhammad masih berada di Makkah, baginda mengarahkan penganut Islam untuk menyeberangi Laut Merah pergi ke Habsyah / Abyssinia. Habesha ialah suku kaum yang tinggal di Ethiopia. Ketika itu rajanya bernama Najasyi beragama Kristian. Mereka menyeberang mungkin menggunakan sampan menuju ke lokasi bernama Negash, selatan Ethiopia. Sahabat nabi Bilal bin Rabah berkulit hitam berasal daripada Habsyah. Bilal diseksa oleh majikannya Umaiyyah bin Khalaf.
Isteri Nabi Saudah pernah pergi ke Habsyah bersama suami pertamanya.
Melalui al Najashi, Nabi Muhammad melamar Ummu Habibah. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham dibayar al Najashi bagi pihak Nabi.
Zaman Empayar Sunting
Zaman rejim Derg Sunting
Zaman kini Sunting
Geografi Sunting
Habsyah berkeluasan kira-kira 1,104,300 kilometer persegi, menjadikan Habsyah sebagai negara ke-28 terbesar dunia.[11] Habsyah juga sebuah negara dikelilingi daratan. Kebanyakan kawasan Habsyah terletak dalam kawasan Tanduk Afrika, bahagian paling timur Afrika. Kebanyakan kawasan Habsyah adalah tertakluk kepada Tanah Tinggi Habsyah yang meliputi kawasan tengah dan barat laut negara. Ras Dashen, puncak tertinggi negara terletak dalam pergunungan ini dengan ketinggian 4,550 meter.[12] Sungai Nil Biru, salah satu punca utama Sungai Nil terbit dari Tasik Tana di barat laut negara. Iklim negara ini adalah pelbagai dengan iklim lazim ialah monsun tropika. Kawasan Habsyah di kawasan tanah tinggi memiliki suhu sederhana dengan kawasan lebih rendah adalah lebih panas.
Politik Sunting
Sistem politik di Habsyah adalah berdasarkan republik persekutuan berparlimen, dengan Presiden sebagai ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Secara umumnya, tugas-tugas Presiden adalah bersifat simbolik. Kuasa eksekutif dipegang oleh kerajaan negara, dan kuasa perundangan dikongsi oleh badan parlimen dwidewan negara serta kerajaan.
Lihat juga Sunting
Rujukan Sunting
- ^ "Country Level". 2007 Population and Housing Census of Ethiopia. CSA. 13 Julai 2010. Dicapai pada 18 Januari 2013.
- ^ a b c d Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanimf1
tidak disediakan - ^ Selima., Jāhāna, (2015). Work for human development (PDF). Human Development Report. United Nations Development Programme. ISBN 9789211263985. OCLC 936070939.CS1 maint: extra punctuation (link)
- ^ Munro Hay 1991
- ^ Histories, book 2, chapters 29 and 146; book 3 chapter 17 Odyssey, book 1, lines 22–23; book 4, line 84
- ^ Histories, II, 29–30; III, 114; IV, 197
- ^ Nat. Hist. 6.184–187; son of Hephaestus was also a general Greek epithet meaning "blacksmith".
- ^ India Sacra: hoc est suppetiae sacrae, ex vtraque India in Europam, pro ... by Francisco Colin, p. 5; see also Aethiopia
- ^ "Aithiops, Henry George Liddell, Robert Scott, ''A Greek-English Lexicon'', at Perseus". Perseus.tufts.edu. Dicapai pada 2009-03-16.
- ^ Anton L. Allahar (2001). "When Black First Became Worth Less". International Journal of Comparative Sociology. 34 (1–2). ISBN 9781446224175.
- ^ "CIA World Factbook – Rank Order – Area". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-09. Dicapai pada 2 February 2008.
- ^ "African Ultra-Prominences". Peaklist (dalam bahasa Inggeris).
Pautan luar Sunting
- Media berkenaan Habsyah di Wikimedia Commons