Buka menu utama

Filem Gila-gila Pengantin Remaja ialah filem terbitan bersama dua pengarah terkemuka Malaysia, Yusof Haslam dan Aziz M. Osman. Genre filem ini ialah komedi dan merupakan sekuel kepada filem Gila-Gila Pengantin.

Gila-gila Pengantin Remaja
Gila-gila pengantin remaja 01.jpg
PengarahAziz M. Osman
PenerbitYusof Haslam
Aziz M. Osman
Nor Aliah Lee
Ismail Mustafa
PenulisAziz M. Osman
Dibintangi olehZahnita Hussein
Aszerul Beego
Mula ditayangkan
29 April 2004 (2004-04-29)
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Rujukan Filemkita

SinopsisSunting

Filem ini mengisahkan Amir dan Mastura yang bakal menduduki peperiksaan SPM, berikrar akan berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Percintaan mereka dicemburui Fandi, rakan sekelas Mastura. Bapa saudara Amir, Bakar (seorang kaki pukul) memberi galakan kepada Amir untuk terus belajar hingga ke menara gading. Kakak Mastura, Anita (jurujual barangan kecantikan) percaya masa depan yang cerah tidak semestinya bergantung pada kelulusan akademik. Ketika SPM berlangsung, Mastura terlewat menghadiri ujian kertas Matematik dan kecewa kerana berasa sudah gagal dalam peperiksaannya. Anita pula berpendapat Mastura harus mula mencari calon suami kaya. Amir kecewa apabila mengetahui Mastura ditunangkan dengan Fandi. Namun, dia terkejut dan terdesak apabila mendapat tahu Mastura diminta kahwin secara tergesa-gesa bagi menutup malu apabila Fandi ditangkap berkhalwat dengan gadis lain. Menjelang perkahwinan Mastura dan Fandi, Amir melarikan Mastura ke selatan Thailand untuk bernikah. Dari sinilah bermulanya keriuhan dan kekecohan.

PelakonSunting

  1. Juliana Banos (Anita)
  2. Afdlin Shauki (Bakar)
  3. Zahnita Hussein (Mastura)
  4. Beego (Amir)
  5. Saiful Apek (Wong)
  6. AR Badul (Rustam)
  7. Zed Zaidi (Fandi)
  8. Sheila Mambo (Rosmah)

PengarahSunting

PencapaianSunting

  1. Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
    1. Anugerah Khas Juri - Filem komedi