Buka menu utama

Oh Fatimah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1989.[1] Filem Oh Fatimah diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Oh Fatimah
Poster Filem Oh Fatimah.jpg
Poster Filem Oh Fatimah
PengarahA. R. Badul
PenulisLakon layar:
Dibintangi olehA. R . Badul, Raja Noor Baizura
Mula ditayangkan
1989
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Oh Fatimah mula ditayangkan pada 1989 di pawagam seluruh negara. Filem ini menampilkan A. R. Badul, Raja Noor Baizura dan ramai lagi.

PengarahSunting

Filem Oh Fatimah diarah oleh pengarah A. R . Badul pada 1989.

RingkasanSunting

Rahmat & Fatimah sudahpun bercerai & membawa haluan masing-masing. Fatimah melarang keras pada anaknya, Jita, untuk berjumpa dengan Rahmat kerana Rahmat adalah seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Rahmat pula ingin membuktikan kepada Fatimah yang dia boleh mencari calon isteri baru yang boleh memberi kesenangan padanya.

Apabila Rahmat dan Fatimah mula berkenalan dengan ‘orang baru’ dalam hidup mereka, masing-masing berlaga dan menunjuk-nunjuk sesama sendiri untuk menentukan siapa yang lebih bahagia.

Rahmat kalah dalam perhubungan barunya kerana perbuatan dengki Fatimah. Fatimah pula berjaya dan akan berkahwin dengan kekasihnya Azman. Fatimah menjemput Rahmat ke majlis perkahwinannya di kampung. Setibanya di kampung, Rahmat cuba menghalang perkahwinan itu demi keselamatan anaknya Jita. Namun Fatimah berkeras hati dan masih mahu meneruskan perkahwinannya itu.

Rahmat menjadi kecewa lalu pergi meninggalkan majlis itu. Sebenarnya, perkahwinan olok-olok itu dirancang oleh Fatimah dan keluarganya untuk menguji kesetiaan hati Rahmat. Namun terbuka hati Fatimah untuk merujuk semula dengan Rahmat. Akhirnya mereka kembali semula sebagai suami isteri.

PelakonSunting

LaguSunting

PencapaianSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting