Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Marine Parade

(Dilencongkan daripada GRC Marine Parade)

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Marine Parade ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) yang beranggotakan lima Ahli Parlimen (AP) di bahagian tenggara negara Singapura. Kawasan undi ini merangkumi sebahagian kawasan yang berada di sekitaran Bedok, Chai Chee, Geylang, Kaki Bukit, Kallang, Kembangan, Marine Parade, Mountbatten, Ubi, Serangoon serta Hougang.

Marine Parade
  • Cina:马林百列集选区/Mǎlín Bǎiliè Jí Xuǎnqū
    Inggeris:Marine Parade Group Representation Constituency
    Tamil:மரீன் பரேட் குழுத் தொகுதி/Marīṉ Parēṭ Kuḻut Tokuti
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
bagi Parlimen Singapura
WilayahTenggara Singapura
Pengundi139,738
Kawasan undi semasa
Dibentuk1988; 36 tahun yang lalu (1988)
Bilangan wakil5
PartiParti Tindakan Rakyat
Wakil
Majlis BandaranMarine Parade
Ditubuhkan dari

GRC Marine Parade telah dipimpin bekas Perdana Menteri Goh Chok Tong sejak 1988 sehingga bersara di tahun 2020. Ia dipimpin oleh Tuan Speaker Tan Chuan Jin bersama dengan Menteri Edwin Charles Tong Chun Fai setelah pilihan raya umum Singapura 2020.

Sejarah

sunting

Sebelum GRC Marine Parade dibentuk, Goh sudah menjadi AP bagi kawasan undi Marine Parade sejak tahun 1976. Pada tahun 1991, kawasan undi ini ditambah jadi empat kerusi apabila SMC MacPherson digabung ke dalam kawasan undi ini. Kawasan ini selanjutnya bertambah menjadi enam kerusi manakala Kembangan, Mountbatten, Braddell Heights dan Taman Serangoon masuk pula ke dalam kawasan ini.

Bahagian Serangoon dahulu merupakan bagian dari kawasan ini. Ianya kemudian ditransfer semula ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Aljunied. Di tahun 2011, bahagian ini berkurang menjadi lima AP apabila Mountbatten dimansuh menjadi SMC baru, Kaki Bukit dimasukkan ke dalam GRC Aljunied, serta SMC MacPherson diserap masuk. Tahun 2015, bahagian MacPherson diukir lagi menjadi SMC tersendiri sementara SMC Joo Chiat berpindah balik ke GRC ini setelah lebih dari 18 tahun berdiri sebagai kawasan undi tersendiri.

GRC ini menjadi kawasan pertandingan di pilihan raya kecil tahun 1992 kerana empat AP berhenti dari jawatannya, termasuk Goh Chok Tong yang menginginkan mandat yang lebih kuat. Goh menginginkan mandat yang lebih segar setelah parti-parti pembangkang memenangkan tiga kerusi di pilihan raya umum Singapura 1991. Pertandingan ini melibatkan empat calon, selain Parti Tindakan Rakyat, yang terdiri atas Parti Perpaduan Nasional, Parti Demokratik Singapura (yang dipimpin oleh debutan Chee Soon Juan), serta Parti Keadilan Singapura yang menjadi bagian daripada Perikatan Demokratik Singapura.

Setelah kemenangan pilihan raya kecil, GRC Marine Parade menjadi kawasan undi tak tertandingi untuk tiga pilihan raya berikutnya hingga pada pilihan raya umum Singapura 2011. Tahun itu, kawasan undi ini bertarung dengan keras melawan NSP (yang dipimpin oleh Cheo Chai Che dan Nicole Rebecca Seah Xue Ling meski pada akhirnya ia pindah ke Parti Pekerja).

Setelah laporan EBRC dikeluarkan bagi pilihan raya umum Singapura 2020, kawasan Joo Seng dan Woodleigh yang menjadi bahagian daripada bahagian Geylang Serai dimasukkan ke dalam SMC Potong Pasir supaya pembangunan Estet Bidadari dapat digalakkan.

Anggota-Anggota Parlimen

sunting
Pilihan raya Bahagian Penyandang Parti
1984 PAP
Pembentukan
1988 PAP
1991 PAP
1992 PAP
1997
  • Goh Choon Kang
  • Othman Haron Eusofe
  • Mohamad Maidin bin Packer Mohd
  • Goh Chok Tong
  • Yap Giau Cheng Eugene
  • Lim Hwee Hua
PAP
2001
  • R Ravindran
  • Othman Haron Eusofe
  • Mohamad Maidin bin Packer Mohd
  • Goh Chok Tong
  • Andy Gan Lai Chiang
  • Lim Hwee Hua
PAP
2006 PAP
2011 PAP
2015 PAP
2020 PAP

Tanggungjawab Operasi

sunting
  • Marine Parade: seluruh Estet Marine Parade dan sebahagian kawasan Joo Chiat
  • Kembangan-Chai Chee: Kembangan, Chai Chee, Kampong Ubi dan Pasar Geylang Serai
  • Geylang Serai: Jalan Haig, Avenue Hougang 3, Kim Chuan, sebahagian selatan daripada Lorong Ah Soo, Tai Seng, Geylang Serai dan Eunos Crescent
  • Braddell Heights: Sommerville, Lorong Lew Lian, Avenue Serangoon 1-3, Mall Nex, Estet Bartley dan Lorong Chuan
  • Joo Chiat: Avenue Frankel, Telok Kurau, Estet Opera dan Siglap

Calon-calon dan keputusan

sunting

Pilihan raya pada 2020-an

sunting
PRU 2020: GRC Marine Parade[1][2]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 75,203 57.74% 6.33
Parti Pekerja (Singapura)
  • Ron Tan Jun Yen
  • Yee Jenn Jong
  • Nathaniel Koh Kim Kui
  • Muhammad Fadli bin Mohammed Fawzi
  • Muhammad Azhar bin Abdul Latip
55,047 42.26% 6.33
Majoriti 20,156 15.47% 12.66
Jumlah undian sah 130,250 98.65% 0.10
Undian rosak 1,787 1.35% 0.10
Peratusan mengundi 132,037 94.57% 2.55
Pengundi terdaftar 139,622
PAP kekal Peralihan 6.33

Pilihan raya pada 2010-an

sunting
PRU 2015: GRC Marine Parade[3][4]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 85,138 64.07% 7.43%
Parti Pekerja (Singapura)
47,753 35.93% N/A
Majoriti 37,385 28.13% 14.85
Jumlah undian sah 132,891 98.75% 0.93
Undian rosak 1,682 1.25% 0.93
Peratusan mengundi 134,573 92.02% 0.54
Pengundi terdaftar 146,244
PAP kekal Peralihan 7.43%
PRU 2011: GRC Marine Parade[5][6]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat 78,286 56.64% N/A
Parti Perpaduan Nasional (Singapura)
59,926 43.36% N/A
Majoriti 18,360 13.28% N/A
Jumlah undian sah 138,212 97.82% N/A
Undian rosak 3,082 2.18% N/A
Peratusan mengundi 141,294 91.48% N/A
Pengundi terdaftar 154,451
PAP kekal Peralihan

Pilihan raya pada 2000-an

sunting
PRU 2006: GRC Marine Parade[7][8]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat Tak tertanding
Pengundi terdaftar 155,149
PAP kekal Peralihan N/A
PRU 2001: GRC Marine Parade[9][10]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat
Tak tertanding
Pengundi terdaftar 140,174
PAP kekal Peralihan N/A

Pilihan raya pada 1990-an

sunting
PRU 1997: GRC Marine Parade[11][12]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat
Tak tertanding
Pengundi terdaftar 142,106
PAP kekal Peralihan N/A
PRK 1992: GRC Marine Parade[13][14]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat
48,965 72.94% 4.31%
Parti Demokratik Singapura
  • Chee Soon Juan
  • Low Yong Nguan
  • Mohamed Shariff bin Yahya
  • Ashleigh Seow Chuan-Hock
16,447 24.50% N/A
Parti Perpaduan Nasional (Singapura)
  • Ken Sunn
  • Sarry bin Hassan
  • Tan Chee Kien
  • Yong Choon Poh
950 1.42% N/A
Parti Keadilan Singapura
  • Suib bin Abdul Rahman
  • Lim Teong Howe
  • Theng Chin Eng
  • Yen Kim Khooi
764 1.14% 21.61%
Majoriti 32,518 48.44% 6.06
Jumlah undian sah 67,126 98.09% 1.51
Undian rosak 2,368 3.42% 1.51
Peratusan mengundi 68,436 92.50% 1.07%
Pengundi terdaftar 73,986
PAP kekal Peralihan 4.31%
PRU 1991: GRC Marine Parade[15][16]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat
  • Goh Chok Tong
  • Othman bin Haron Eusofe
  • Matthias Yao Chih
  • Lim Chee Onn
51,685 77.25% 3.44%
Parti Keadilan Singapura
15,222 22.75% 3.44%
Majoriti 36,463 54.50% 6.87
Jumlah undian sah 66,907 96.58% 0.29
Undian rosak 2,368 3.42% 0.29
Peratusan mengundi 69,275 93.57% 0.93
Pengundi terdaftar 74,032
PAP kekal Peralihan 3.44

Pilihan raya pada 1980-an

sunting
PRU 1988: GRC Marine Parade[17][18]
Parti Calon Undian % ±%
Parti Tindakan Rakyat
41,325 73.81% N/A
Parti Keadilan Singapura
  • Suib bin Abdul Rahman
  • Muthusamy Ramasamy
  • Theng Chin Eng
14,660 26.19% N/A
Majoriti 26,665 47.63% N/A
Jumlah undian sah 55,985 96.87% N/A
Undian rosak 1,809 3.13% N/A
Peratusan mengundi 57,794 92.64% N/A
Pengundi terdaftar 62,385
Parti Tindakan Rakyat menang (kerusi baru)

Rujukan

sunting
  1. ^ (Inggeris) [1]
  2. ^ (Inggeris) [2]
  3. ^ (Inggeris) [3]
  4. ^ (Inggeris) [4]
  5. ^ (Inggeris) [5]
  6. ^ (Inggeris) [6]
  7. ^ (Inggeris) [7]
  8. ^ (Inggeris) [8]
  9. ^ (Inggeris) [9]
  10. ^ (Inggeris) [10]
  11. ^ (Inggeris) [11]
  12. ^ (Inggeris) [12]
  13. ^ (Inggeris) [13]
  14. ^ (Inggeris) [14]
  15. ^ (Inggeris) [15]
  16. ^ (Inggeris) [16]
  17. ^ (Inggeris) [17]
  18. ^ (Inggeris) [18]